Friday, May 7, 2021

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 24

Assalamualaikum...

Hi korang..

Semalam SA balik kerja cepat betul dapat bas dan awal betul sampai Seremban...best betul rasanya..bukan best pasal apa pun..best sebab SA boleh rehat...masuk kereta jer tanya abah..abah masak apa hari ni sambil mengharapkan menu yang best- best...sekali abah cakap...abah x tau nak masak apa long..abah masak ikan merah je yang beli hari tu...alahai...tumpul selera dengar masak lemak cili api lagi..SA complain la..kata asyik masak lemak je...abah cakap itu je dia tau masak...allahu...terus mintak maaf..sorry la abah..lepas ni along masak eh..esok along last kerja lepas tu along amik cuti panjang...haaaa gituuuu....tau abah SA dan Mak SA penat masak seminggu ni...kesian diorang...so sempat la SA  goreng ikan gelama masam dan panaskan kari kambing dalam tin Adabi...hoiiiii...sedap giler la kari kambing tu...lepas ni nak beli lagi la...SA panaskan jadi pekat sikit...habis SAa dengan Dania jer makan..Abah tak berani nak usik sebab takut sakit perut...dia kan takleh makan pedas...while mak mmg tak makan kambing....

Mak cakap tak payah la masak lauk lain...sebab SA penat balik kerja katanya...takpe la bukan susah pun kan...x sampai 10 minit dah siap...

Jom tengok menu...



Ikan gelama masam goreng...tambah bawang, cili potong dengan asam limau..limau nipis xde plak...


Sayur goreng


Telur asin...


Ikan merah masak lemak cili api campur peria...tapi sygnya ikan merah tu keras isinya..sebelum ni beli lembut..ikan merah ada jenis lembut dan keras ke erk?


Kari kambing dalam tin Adabi

Yeay hari ni SA last kerja...Isnin dah start cuti...banyak benda yang SA nak buat sebelum raya ni...nasib tak de announcement NS PKP...so boleh la SA bergerak masa cuti ni nak settlekan apa yang patut...ikutkan takde apa nak beli pun..ada pun nak beli kasut Dania...tengok nanti la macam mana..

Okey la korang...jumpa lagi next entry...


16 comments:

  1. Selamat bercuti kak SA! Mujur NS tak diumumkan PKP kan, boleh lah nak pergi mana mana janji jaga SOP :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya menu akak semua tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya masak lemak ikan merah. Tambah selera ada ikan gelama masak macam tu. :)

    ReplyDelete
  4. Rajin btul dia masak2...
    Kita pun rajin... rajin mengorder je hahah

    ReplyDelete
  5. Sedapnya, ada telur masin juga.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah... ikan gelama masam goreng tu mengundang nostalgia lama! Aduhai...terasa aromanya sampai ke LD. ADa lagi tu ikan merah masak lemak cili api dengan peria. Sedapnya!
    SA cayaaang, Kak Amie dengan Firdaus hantar sepiring prkedel jagung ni haaa di sini :
    https://salamisimon1.blogspot.com/2021/05/perkedel-jagung-untuk-suria-amanda.html

    ReplyDelete
  7. Ya Allah.. jealousnya takda PKP... hahaha..
    Nak wish mat ri ye!.. Saya rabu depan baru cuti.. Hihii

    ReplyDelete
  8. Nasi putih dengan ikan gelama masam pun dah cukup sedap

    ReplyDelete
  9. sedap ikan gelama masam ni. kalau goreng ni satu kampung dapat hidu haha

    ReplyDelete
  10. Sedap ikan goreng letak bawang cili goreng tu. Tak tahu sangat pasal ikan merah, jarang makan dan membeli.

    Selamat shopping raya dan selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  11. Kenapalah ikan gelama tu nampak sedap sangat huhu...

    ReplyDelete
  12. sedapnya nampak masakan tu semua!

    ReplyDelete
  13. Masak lemak cili padi tu best. Makan sekali dengan telur masin. 😋

    ReplyDelete
  14. Mcm nak makan ikan gelama pulak brbuka harini.hahah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah