Monday, May 31, 2021

Bukan Ingin Kurus Semata-mata, Atasi Masalah Obesiti Dengan Pembedahan Pintasan Gastrik

Pintasan Pembedahan Gastrik Bantu Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik


Masalah berat badan berlebihan memang merunsingkan. Awas, jika tidak diperhatikan apa yang ditelan setiap masa, setiap hari. Di Malaysia, bilangan pesakit obesiti dan diabetes dalam populasi semakin meningkat.

Berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan.Lebih membimbangkan, dianggarkan 3.5 juta individu juga disahkan mengalami masalah obesiti dan hal ini berkait rapat dengan faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.



Apabila seseorang itu adalah obes atau terlalu obes, pasti dia akan mengalami masalah sakit kaki dan sukar untuk berjalan. Selain itu, kebanyakan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan, ramai yang mengalami masalah gastrik, pedih ulu hati dan pelbagai masalah dalaman yang lain. Kegemukan berlebihan sebenarnya akan menjadi lebih parah jika tidak dikawal. Jika mendapatkan nasihat doktor, doktor akan memberikan beberapa pilihan kepada pesakit obes selepas membuat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.





Di sini, doktor pakar pembedahan bariatrik ingin berkongsikan info-info dan jawapan kepada pelbagai soalan mengenai pintasan gastrik khusus untuk pesakit gastrik kronik, obes dan sebagainya agar dapat memperoleh kesihatan yang lebih sihat. Menurut Doktor Kirubakaran, pembedahan itu sebenarnya bukan semata-mata untuk mengurangkan berat badan sebaliknya dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan dalam jangka masa panjang.


1.Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan pintasan gastrik?


Dikenali sebagai penurunan berat badan atau pembedahan metabolik, pembedahan bariatrik adalah prosedur yang menyebabkan penurunan berat badan secara mekanikal menyekat jumlah makanan yang dapat ditahan oleh perut. Pesakit yang memilih untuk menjalani prosedur ini akan lebih cepat, makan lebih sedikit makanan dalam sehari sehingga menyebabkan penurunan berat badan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh pakar bedah untuk mencapai keputusan ini. Prosedur pembedahan yang paling biasa adalah pintasan gastrik, gastrektomi lengan, penjagaan gastrik boleh laras, pembungkusan gastrik dan penggunaan dan belon intragastrik. Kini, banyak pembedahan dilakukan secara laparoskopi atau dikenali sebagai pembedahan lubang kunci sebagai satu prosedur yang agak baru berbanding dengan pembedahan standard yang sudah lama digunakan. Pakar bedah anda akan menentukan bersama dengan anda kaedah yang paling sesuai untuk keadaan anda.

2. Siapakah yang boleh melakukan pembedahan pintasan gastrik ini?


Menurut info dari Asian Guidelines for Bariatrik Surgery, seseorang pesakit berusia 18 hingga 65 tahun yang mempunyai BMI lebih daripada 32.5 tanpa sebarang penyakit layak melakukan pembedahan. Individu-individu ini akan dibantu oleh pasukan berdisiplin tinggi yang terdiri daripada Pakar Bariatrik, Pakar Endokrin, Pakar Pemakanan, Fisioterapi untuk memperlengkapkan pesakit dengan info dan bantuan kesihatan yang lengkap sebelum meneruskan proses pembedahan.

3. Bagaimana pula dengan risiko-risiko pembedahan?


Walaupun pembedahan ini adalah prosedur utama yang mampu mengubah kehidupan, ia tidak sesuai untuk semua orang. Seperti pembedahan, ia mempunyai risiko yang besar dan kesan sampingan. Risiko dan kesan sampingan adalah berbeza mengikut jenis pembedahan yang dilakukan. Risiko khusus berkaitan dengan pembedahan penurunan berat badan laparoskopi gastrik ini adalah msama dengan mana-mana pembedahan abdomen dan boleh terbagai kepada jangka masa pendek dan jangka masa panjang iaitu:


Kesan Jangka Pendek :
  • Tindakbalas pada anestesia
  • Kebocoran / pendarahan dari garisan ruji
  • Jangkitan kuman
  • Masalah pernafasan atau paru-paru
  • Vitamin dan / atau kekurangan mineral
  • Kebocoran di bahagian usus

Kesan Jangka Masa Panjang & Komplikasi :
  • Perubahan tabiat usus (iaitu sembelit cirit-birit)
  • Hernia
  • Ulser, muntah, mual yang menyebabkan cirit-birit
  • Paras gula rendah dalam darah (hypoglycaemia)
  • Masalah batu karang
  • Kekurangan zat makanan

4. Apakah persiapan kepada seseorang pesakit lakukan sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pintasan gastrik?

Persediaan sebelum pembedahan


Menjelaskan lebih terperinci mengenai pembedahan itu, Dr. Kirubakaran berkata, pesakit perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul selepas pembedahan."Selalunya, sebelum menjalani sebarang pembedahan pesakit perlu menjalani ujian kesihatan termasuk memeriksa setiap organ-organ dalam badan seperti paru-paru, jantung menerusi kaedah ultra bunyi.


"Jika pesakit mengalami masalah darah tinggi diabetes dan penyakit lain, kita akan bantu menstabilkan dahulu keadaan mereka dan sekiranya perlu pesakit dikehendaki mengambil ubat dan diet khas seminggu sebelum pembedahan.”


2. Apakah yang perlu di jangka oleh pesakit sebelum melakukan pembedahan? Kebaikan dan keburukan?


“Jika pembedahan perlu dilakukan bertujuan untuk memperoleh kesihatan yang lebih sihat dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, mengapa perlu dilengahkan lagi bukan?” ulas Dr. Kirubakaran. Setiap pembedahan pasti ada kebaikan dan keburukan. Individu yang akan menjalani pembedahan, adalah perlu untuk membuat pemeriksaan dan evaluasi secara menyeluruh. Mereka juga akan dinasihatkan dengan plan diet yang lengkap dan rutin senaman lengkap untuk memotivasikan pesakit.





Sama juga seperti pembedahan yang lain, dengan kecanggihan pembedahan terkini, berjuta orang telah mendapat manfaat dari pembedahan pintasan gastrik ini. Menurut Dr Kiru lagi, pembedahan pintasan gastrik ini merupakan ‘Gold Standard’ di dalam bidang perubatan pembedahan bariatric, bermaksud ia bukan sahaja pembedahan yang telah biasa ,di lakukan diseluruh dunia malah ia telah lama dikaji dan dieksperimenkan dan memberikan hasil yang sangan efektif. Pesakit pasti mengalami masalah perubahan kesihatan yang lebih baik. Berat badan pesakin akan susut sehingga 60-80% dari berat asal. Antara kesan lain yang baik dapat dilihat adalah pesakit dapat menjalani rutin harian dengan lebih baik, tiada masalah komorbiditi atau penyakit 2 atau 3 secara serentak, kesihatan dalaman lebih sihat, peluang mendapatkan zuriat lebih tinggi, seterusnya memberikan kualiti kesihatan yang terbaik kepada tubuh badan.


1. Berapakah jumlah berat badan mampu turun selepas menjalani pembedahan?


Kesemu pesakit yang telah menjalani pembedahan laparoskopi pintasan gastrik akan dipantau oleh Pakar Pemakanan dan akan mulakan diet berkalori rendah iaitu hanya 800-1000 kalori sahaja. Berapa jumlah berat badan yang susut itu bergantung kepada jenis pembedahan yang dilakukan dan hasilnya berbeza secara individu. Pembedahan pintasan gastrik secara laparakospi adalah pembedahan yang biasa dilakukan keatas pesakit yang mempunyai kira-kira 60-80% berat badan berlebihan pada tahun setengah sebelum pesakit menjalani pembedahan.

2. Apakah perbezaan antara pintasan gastrik dan lipatan gastrik?


Terdapat tiga jenis pembedahan bariatrik. Secara asasnya, pembedahan bariatrik terbahagi kepada tiga iaitu Sleeve Gastrectomy, Gastric Bypass dan Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras. Ketiga-tiga pembedahan ini secara asasnya mengurangkan saiz perut yang akan mengehadkan penyerapan dan pencernaan makanan ekoran pengambilan makanan dalam kuantiti terhad selepas pembedahan. Pembedahan yang menggunakan kaedah yang berbeza akan memberikan hasil yang berbeza.

3. Adakah terdapat diet khusus untuk pesakit yang baru menjalani pembedahan pintasan gastrik ini?


Ya, sudah tentu ada. Pesakit yang menjalani pembedahan pintasan gastrik ini akan dipantau oleh pakar pemakanan dan disarankan untuk mengambil diet sihat yang khusus dari diet cecair kepada makanan lembut dan boleh meneruskan diet sihat seperti biasa.

9.Bolehkah seseorang itu mengandung selepas menjalani pembedahan ini?


Ya, sudah tentu boleh kerana pesakit obesitu yang ingin mencuba mendapatkan zuriat pasti disarankan untuk menurunkan berat badan agar lebih mudah untuk mendapatkan anak. Walaubagaimanapun, pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan pintasan gastrik ini perlu mengambil perancang dan tunggu sehingga 18bulan selepas pembedahan dilakukan dengan tujuan untuk merehatkan tubuh badan dan boleh cuba mendapatkan zuriat selepas tempoh yang disarankan itu. Pesakit perlu jalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sebelum melakukan sebarang keputusan lain.

10.Adakah sebarang kesan sampingan kepada fizikal selepas pembedahan pintasan gastrik ini?


Tiada. Pesakit yang telah menjalani pembedahan pintasan gastrik ini disarankan untuk bergerak selepas pembedahan. Ahli fisioterapi akan membantu pesakit dengan senaman selepas pembedahan. Pesakit juga disarankan agar jangan mengangkat sesuatu yang berat dalam masa 2minggu selepas pembedahan dan dinasihatkan agar membuat senaman biasa selepas sebulan.



Dr Kirubakaran Malapan 
Pakar Bedah Am, Bariatrik, Payudara dan Endokrin,
Gleneagles Penang Hospital

5 comments:

  1. PErkongsian yg baik... baru tahu ttg pembedahan pintasan gastrik ni

    ReplyDelete
  2. Oh... macam-macam option kita ada kan?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih perkongsian SA.

    ReplyDelete
  4. ada juga baca pasal ni tapi ingat ingt lupa 😅 thankyou share SA! dapat ingat balik :)

    ReplyDelete
  5. Saya ada update juga pasal ni sebelum ni. Memang bagus untuk mereka yang obes dan susah untuk bergerak. tapi itulah dia punya kesan tu pun tak bagus sangat. Apapun kena jaga kesihatan amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah