Sunday, May 30, 2021

Beberapa Tips Persediaan Sebelum Dan Selepas Vaksinasi

Assalamualaikum..

SA dapat perkongsian ni melalui whatsaap dan berminat nak share kat blog ni untuk pengetahuan kita semua. Ini memang sangat penting dan sangat membantu. Jangan pergi berlenggang sahaja ye.tengok senarai persediaan yang perlu untuk anda semasa ke PPV yang telah ditetapkan..sememangnya perlu ikut masa yang ditetapkan tetapi jangan pergi terlalu awal. Sebaliknya pergi 1/2 jam sebelum masa yang telah di tetapkan dalam temujanji di aplikasi MySejahtera. Ini adalah untuk mengelakkan dari semua berkumpul terlalu ramai. 


Gambar dari google.com


Sebelum anda pergi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid, sila lakukan perkara berikut :-


1. Makan sebagaimana biasa dan  Jangan pergi dengan perut kosong.

2.  Minum air suam sekurangnya 250cc.  Cara ini akan mengurangkan ketidakselesaan, kesan sampingan akibat suntikan. 

3. Ingat, jangan minum minuman sejuk samada sebelum atau selepas suntikan.  Prosedur ini sangat penting untuk suntikan ke-2 kesan ketidakselesaan, kesan sampingan dari suntikan ke 2 lebih banyak berbanding dengan suntikan pertama.

4. Pakai baju yang senang nak selak bahu. Baju loose di lengan. Terutama utk wanita. 

5. Seluar berpoket supaya senang nak reach for your handphone. Handphone please fully charge sebab banyak sangat checkpoint and semua guna phone. 

6. Naik grab/minta orang hantarkan sebab banyak sungguh kereta. Nanti takyah pening2 cari parking. 

7. Sila check siap2 dimana  station anda dalam mysejahtera app sebab semua kena beratur ikut station. 

8. Mask on! (Additional face shield is good too- double ). Bawak hand sanitizer, spray , tisu. 

9. Paling penting PEN. Ada kena isi form dan takkan nak share pen dengan org lain pulak. elak pinjam drp org lain. Ataupun kalau org pinjam pen kita, bg jela terus 😆

10. Dah bawak sanitizer dgn spray tu sila guna sebab mmg terlampau ramai manusia. 


Selepas Di Vaksinasi



11. Dah balik tu jangan lupa mandi/basuh tangan/tukar baju. Sebab kita jumpa ramai sangat orang dan dengan case sekarang ni ramai yg takda simptom pun. Be extra careful!

12. Jangan lupa selfie , saya telah divaksinasi ni 😁. #oneforthememories

13 .  Setelah vaksinasi, ketika berehat, minum lagi secawan  air suam bersuhu bilik (250cc) lagi.

14. Tidak berjalan / bersenam selama 5 hari berikutnya.  Rehatlah sepenuhnya di rumah.

15. Vaksinasi akan memberi kesan yang sebenarnya setelah 2 minggu selepas dos kedua, kerana itu jangan bersikap ambil mudah dan jangan berada di luar rumah.  


Oleh itu, berhati-hatilah dan sebaiknya tinggal sahaja di rumah  sehingga 2 minggu lebih untuk dos kedua.


Akan ada sedikit demam selepas vaksinasi, tetapi jika demam berlanjutan hingga hari ke-3 ... maka segeralah dapatkan rawatan di hospital.

Saya tidak pasti sama ada kebanyakan warga emas telah mengetahui mengenai dos dan perkara yang tidak boleh dilakukan selepas vaksinasi ini (seperti mesti berehat dan jangan bersenam).  

Sila kongsikan maklumat ini untuk kebaikan warga emas yang akan mendapat vaksin.


Sumber : CnP dari Frontliner Kita. Semoga Bermanfaat.


13 comments:

  1. Nice sharing SA... terima kasih

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bermanfaat. Insyaallah, esok emak saya akan menerima vaksin yang pertama

    ReplyDelete
  3. Ahli keluarga lain dh suntik dos kedua dh..hanya akak ja yg tak daftar2 lg..ntahlah...dgn berbagai penyakit yg afa dlm diri ni..

    ReplyDelete
  4. Tq for tips kak.. Kak Di tag
    http://www.mamapipie.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html

    ReplyDelete
  5. Tq ingatkan dan share... Debo gaknni nak tgu tarikh utk dos ke2

    ReplyDelete
  6. Emak wak dah selesai dua kali vaksinasi
    Wak tunggu giliran
    Tk share info

    ReplyDelete
  7. wah baguslah info pasal ni..

    ReplyDelete
  8. tq..alhamdulillah..nadia telah selamat divaksin..dah complete 2 dos vaksin Pfitzer

    ReplyDelete
  9. nice SA. bookmark dulu, nnti semak balik 😂 bila tah nak dapat vaksin

    ReplyDelete
  10. Memang perlu ambil peduli perkara-perkara sebelum dan selepas divaksin. Maklumat ini sangat berguna untuk semua.

    ReplyDelete
  11. Baik, terima kasih kak untuk perkongsian ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah