Monday, May 31, 2021

Bukan Ingin Kurus Semata-mata, Atasi Masalah Obesiti Dengan Pembedahan Pintasan Gastrik

Pintasan Pembedahan Gastrik Bantu Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik


Masalah berat badan berlebihan memang merunsingkan. Awas, jika tidak diperhatikan apa yang ditelan setiap masa, setiap hari. Di Malaysia, bilangan pesakit obesiti dan diabetes dalam populasi semakin meningkat.

Berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan.Lebih membimbangkan, dianggarkan 3.5 juta individu juga disahkan mengalami masalah obesiti dan hal ini berkait rapat dengan faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.



Apabila seseorang itu adalah obes atau terlalu obes, pasti dia akan mengalami masalah sakit kaki dan sukar untuk berjalan. Selain itu, kebanyakan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan, ramai yang mengalami masalah gastrik, pedih ulu hati dan pelbagai masalah dalaman yang lain. Kegemukan berlebihan sebenarnya akan menjadi lebih parah jika tidak dikawal. Jika mendapatkan nasihat doktor, doktor akan memberikan beberapa pilihan kepada pesakit obes selepas membuat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.





Di sini, doktor pakar pembedahan bariatrik ingin berkongsikan info-info dan jawapan kepada pelbagai soalan mengenai pintasan gastrik khusus untuk pesakit gastrik kronik, obes dan sebagainya agar dapat memperoleh kesihatan yang lebih sihat. Menurut Doktor Kirubakaran, pembedahan itu sebenarnya bukan semata-mata untuk mengurangkan berat badan sebaliknya dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan dalam jangka masa panjang.


1.Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan pintasan gastrik?


Dikenali sebagai penurunan berat badan atau pembedahan metabolik, pembedahan bariatrik adalah prosedur yang menyebabkan penurunan berat badan secara mekanikal menyekat jumlah makanan yang dapat ditahan oleh perut. Pesakit yang memilih untuk menjalani prosedur ini akan lebih cepat, makan lebih sedikit makanan dalam sehari sehingga menyebabkan penurunan berat badan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh pakar bedah untuk mencapai keputusan ini. Prosedur pembedahan yang paling biasa adalah pintasan gastrik, gastrektomi lengan, penjagaan gastrik boleh laras, pembungkusan gastrik dan penggunaan dan belon intragastrik. Kini, banyak pembedahan dilakukan secara laparoskopi atau dikenali sebagai pembedahan lubang kunci sebagai satu prosedur yang agak baru berbanding dengan pembedahan standard yang sudah lama digunakan. Pakar bedah anda akan menentukan bersama dengan anda kaedah yang paling sesuai untuk keadaan anda.

2. Siapakah yang boleh melakukan pembedahan pintasan gastrik ini?


Menurut info dari Asian Guidelines for Bariatrik Surgery, seseorang pesakit berusia 18 hingga 65 tahun yang mempunyai BMI lebih daripada 32.5 tanpa sebarang penyakit layak melakukan pembedahan. Individu-individu ini akan dibantu oleh pasukan berdisiplin tinggi yang terdiri daripada Pakar Bariatrik, Pakar Endokrin, Pakar Pemakanan, Fisioterapi untuk memperlengkapkan pesakit dengan info dan bantuan kesihatan yang lengkap sebelum meneruskan proses pembedahan.

3. Bagaimana pula dengan risiko-risiko pembedahan?


Walaupun pembedahan ini adalah prosedur utama yang mampu mengubah kehidupan, ia tidak sesuai untuk semua orang. Seperti pembedahan, ia mempunyai risiko yang besar dan kesan sampingan. Risiko dan kesan sampingan adalah berbeza mengikut jenis pembedahan yang dilakukan. Risiko khusus berkaitan dengan pembedahan penurunan berat badan laparoskopi gastrik ini adalah msama dengan mana-mana pembedahan abdomen dan boleh terbagai kepada jangka masa pendek dan jangka masa panjang iaitu:


Kesan Jangka Pendek :
  • Tindakbalas pada anestesia
  • Kebocoran / pendarahan dari garisan ruji
  • Jangkitan kuman
  • Masalah pernafasan atau paru-paru
  • Vitamin dan / atau kekurangan mineral
  • Kebocoran di bahagian usus

Kesan Jangka Masa Panjang & Komplikasi :
  • Perubahan tabiat usus (iaitu sembelit cirit-birit)
  • Hernia
  • Ulser, muntah, mual yang menyebabkan cirit-birit
  • Paras gula rendah dalam darah (hypoglycaemia)
  • Masalah batu karang
  • Kekurangan zat makanan

4. Apakah persiapan kepada seseorang pesakit lakukan sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pintasan gastrik?

Persediaan sebelum pembedahan


Menjelaskan lebih terperinci mengenai pembedahan itu, Dr. Kirubakaran berkata, pesakit perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul selepas pembedahan."Selalunya, sebelum menjalani sebarang pembedahan pesakit perlu menjalani ujian kesihatan termasuk memeriksa setiap organ-organ dalam badan seperti paru-paru, jantung menerusi kaedah ultra bunyi.


"Jika pesakit mengalami masalah darah tinggi diabetes dan penyakit lain, kita akan bantu menstabilkan dahulu keadaan mereka dan sekiranya perlu pesakit dikehendaki mengambil ubat dan diet khas seminggu sebelum pembedahan.”


2. Apakah yang perlu di jangka oleh pesakit sebelum melakukan pembedahan? Kebaikan dan keburukan?


“Jika pembedahan perlu dilakukan bertujuan untuk memperoleh kesihatan yang lebih sihat dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, mengapa perlu dilengahkan lagi bukan?” ulas Dr. Kirubakaran. Setiap pembedahan pasti ada kebaikan dan keburukan. Individu yang akan menjalani pembedahan, adalah perlu untuk membuat pemeriksaan dan evaluasi secara menyeluruh. Mereka juga akan dinasihatkan dengan plan diet yang lengkap dan rutin senaman lengkap untuk memotivasikan pesakit.





Sama juga seperti pembedahan yang lain, dengan kecanggihan pembedahan terkini, berjuta orang telah mendapat manfaat dari pembedahan pintasan gastrik ini. Menurut Dr Kiru lagi, pembedahan pintasan gastrik ini merupakan ‘Gold Standard’ di dalam bidang perubatan pembedahan bariatric, bermaksud ia bukan sahaja pembedahan yang telah biasa ,di lakukan diseluruh dunia malah ia telah lama dikaji dan dieksperimenkan dan memberikan hasil yang sangan efektif. Pesakit pasti mengalami masalah perubahan kesihatan yang lebih baik. Berat badan pesakin akan susut sehingga 60-80% dari berat asal. Antara kesan lain yang baik dapat dilihat adalah pesakit dapat menjalani rutin harian dengan lebih baik, tiada masalah komorbiditi atau penyakit 2 atau 3 secara serentak, kesihatan dalaman lebih sihat, peluang mendapatkan zuriat lebih tinggi, seterusnya memberikan kualiti kesihatan yang terbaik kepada tubuh badan.


1. Berapakah jumlah berat badan mampu turun selepas menjalani pembedahan?


Kesemu pesakit yang telah menjalani pembedahan laparoskopi pintasan gastrik akan dipantau oleh Pakar Pemakanan dan akan mulakan diet berkalori rendah iaitu hanya 800-1000 kalori sahaja. Berapa jumlah berat badan yang susut itu bergantung kepada jenis pembedahan yang dilakukan dan hasilnya berbeza secara individu. Pembedahan pintasan gastrik secara laparakospi adalah pembedahan yang biasa dilakukan keatas pesakit yang mempunyai kira-kira 60-80% berat badan berlebihan pada tahun setengah sebelum pesakit menjalani pembedahan.

2. Apakah perbezaan antara pintasan gastrik dan lipatan gastrik?


Terdapat tiga jenis pembedahan bariatrik. Secara asasnya, pembedahan bariatrik terbahagi kepada tiga iaitu Sleeve Gastrectomy, Gastric Bypass dan Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras. Ketiga-tiga pembedahan ini secara asasnya mengurangkan saiz perut yang akan mengehadkan penyerapan dan pencernaan makanan ekoran pengambilan makanan dalam kuantiti terhad selepas pembedahan. Pembedahan yang menggunakan kaedah yang berbeza akan memberikan hasil yang berbeza.

3. Adakah terdapat diet khusus untuk pesakit yang baru menjalani pembedahan pintasan gastrik ini?


Ya, sudah tentu ada. Pesakit yang menjalani pembedahan pintasan gastrik ini akan dipantau oleh pakar pemakanan dan disarankan untuk mengambil diet sihat yang khusus dari diet cecair kepada makanan lembut dan boleh meneruskan diet sihat seperti biasa.

9.Bolehkah seseorang itu mengandung selepas menjalani pembedahan ini?


Ya, sudah tentu boleh kerana pesakit obesitu yang ingin mencuba mendapatkan zuriat pasti disarankan untuk menurunkan berat badan agar lebih mudah untuk mendapatkan anak. Walaubagaimanapun, pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan pintasan gastrik ini perlu mengambil perancang dan tunggu sehingga 18bulan selepas pembedahan dilakukan dengan tujuan untuk merehatkan tubuh badan dan boleh cuba mendapatkan zuriat selepas tempoh yang disarankan itu. Pesakit perlu jalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sebelum melakukan sebarang keputusan lain.

10.Adakah sebarang kesan sampingan kepada fizikal selepas pembedahan pintasan gastrik ini?


Tiada. Pesakit yang telah menjalani pembedahan pintasan gastrik ini disarankan untuk bergerak selepas pembedahan. Ahli fisioterapi akan membantu pesakit dengan senaman selepas pembedahan. Pesakit juga disarankan agar jangan mengangkat sesuatu yang berat dalam masa 2minggu selepas pembedahan dan dinasihatkan agar membuat senaman biasa selepas sebulan.



Dr Kirubakaran Malapan 
Pakar Bedah Am, Bariatrik, Payudara dan Endokrin,
Gleneagles Penang Hospital

Poligami Tingkatkan Risiko Kanser Pangkal Rahim

Jangan Tuding Jari Kepada Kaum Wanita




Siapa kata hidup bermadu itu manis? Jangan kata perlu berkongsi suami dan membahagi-bahagikan kehidupan seharian dengan insan ketiga (atau keempat dan kelima), bayangkan sekiranya perkongsian ini membawa akibat lebih buruk lagi. 

Kerap kali apabila bercerita tentang kanser pangkal rahim, suasana terus menjadi tegang kerana penyakit ini dikaitkan dengan tabiat seksual rambang oleh masyarakat. “Sebenarnya itu persepsi yang perlu diperbetulkan oleh masyarakat. Walaupun anda mempunyai satu pasangan sahaja, anda masih berisiko untuk mendapat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) yang boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim,” kata Dr. Ahmad Zailani Hatta Mohd Dali, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan (Kanser Ginekologi) dari Hospital Pantai Kuala Lumpur. 



Apatah lagi apabila sesebuah keluarga mengamalkan poligami atau pernah bercerai dan berkahwin semula. Menurut Dr. Hatta, masyarakat perlu mengetahui bagaimana jangkitan HPV boleh berlaku. Secara dasarnya, virus tersebut adalah sejenis bendasing yang boleh menjangkiti tidak kira lelaki atau perempuan. “Sebenarnya tubuh kita boleh melawan jangkitan HPV secara semula jadi sekiranya kita mempunyai sistem imun yang kuat. Namun, apabila jangkitan ini berlaku berulang-kali, kebarangkalian untuk ia bermutasi menjadi kanser adalah sangat tinggi,” tambah Dr. Hatta. 

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan masyarakat yang sering menuding jari kepada kaum Hawa apabila mereka menghidap kanser pangkal rahim. Ramai menganggap pesakit kanser pangkal rahim mempunyai tabiat seksual seperti terlalu aktif dan kerap bertukar pasangan”.




“Kadang-kala kita terlupa orang lelaki juga boleh menjadi pembawa virus HPV. Hanya kerana mereka tidak mempunyai rahim seperti wanita, maka mereka tidak menghidap kanser pangkal rahim”. 

Sebab itu, Dr. Hatta juga mengingatkan kepada masyarakat, sama ada sudah berkahwin atau tidak, asalkan individu tersebut mengadakan hubungan seks, risiko untuk jangkitan HPV adalah tinggi. “Begitu juga dengan keluarga yang mempunyai lebih daripada satu isteri. Sekiranya salah seorang isteri menghidap penyakit kanser pangkal rahim, kebarangkalian isteri yang lain untuk menghidapnya juga agak tinggi kerana si suami bertindak sebagai pembawa virus tersebut. Oleh itu, janganlah kita hanya menuduh orang lain mempunyai hubungan seks rambang apabila mereka menghidap kanser tersebut. Tuduhan itu hanya menunjukkan betapa kurangnya pengetahuan kita tentang kanser pangkal rahim,” tambah Dr. Hatta. 



Dr. Hatta juga menerangkan, bagi pasangan yang mengamalkan monogami tanpa mempunyai hubungan seksual dengan orang lain selain suami isteri juga masih boleh dijangkiti HPV kerana sifat virus tersebut yang sebenarnya boleh didapati di sekeliling kita termasuklah pada tangan, pakaian dan permukaan benda di sekeliling kita. “Pokoknya adalah apabila virus tersebut terdedah pada pangkal rahim seorang wanita. Sebab itu, ia boleh berkembang menjadi kanser pada masa hadapan. Kita perlu faham, kanser pangkal rahim ini adalah sejenis penyakit yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk bermutasi. Sebab itu apabila seorang wanita sudah berumah tangga, doktor sakit puan akan menyarankan supaya wanita tersebut membuat ujian pap smear setiap tiga tahun apabila ujian pertama jelas menunjukkan keputusan smear yang normal,” katanya. 




Tambah Dr. Hatta lagi, kebarangkalian untuk dijangkiti HPV walaupun menggunakan kondom apabila mengadakan hubungan intim adalah lebih tinggi berbanding HIV. “HIV tersebar menerusi bendalir dalam badan, HPV pula tersebar menerusi sentuhan. Sebab itu, saya berharap masyarakat dapat memahami konsep ini dan tidak membuat andaian apabila ada wanita yang mereka kenali menghidap kanser pangkal rahim. Perbezaan antara dua virus ini adalah, HPV masih boleh dibendung dengan suntikan vaksinasi”. 





Suntikan vaksinasi HPV lazimnya diberikan sebanyak 3 dos dalam tempoh 6 bulan untuk melengkapkan antibodi wanita melawan virus tersebut. “Kita sebagai rakyat Malaysia dianggap bertuah kerana kerajaan menggalakkan suntikan vaksinasi tersebut diberikan kepada pelajar perempuan dari usia persekolahan lagi. Ada negara Barat seperti Australia yang mewajibkan vaksinasi HPV kepada kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan dalam usaha mengawal risiko kanser yang berpunca daripada HPV. Ada juga negara lain yang tidak mempunyai program vaksinasi seperti ini langsung. Sebab itu, kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan Malaysia boleh menjadi negara yang sifar kanser pangkal rahim pada masa akan datang,” kata Dr. Hatta, mengakhiri perbualan. 

Selain daripada kanser pangkal rahim, HPV juga boleh menyebabkan kanser lain termasuk kanser alat kelamin dan kanser hidung atau nasopharyngeal yang mencatatkan bilangan tinggi dalam kaum lelaki Cina di Malaysia. 

Sunday, May 30, 2021

Beberapa Tips Persediaan Sebelum Dan Selepas Vaksinasi

Assalamualaikum..

SA dapat perkongsian ni melalui whatsaap dan berminat nak share kat blog ni untuk pengetahuan kita semua. Ini memang sangat penting dan sangat membantu. Jangan pergi berlenggang sahaja ye.tengok senarai persediaan yang perlu untuk anda semasa ke PPV yang telah ditetapkan..sememangnya perlu ikut masa yang ditetapkan tetapi jangan pergi terlalu awal. Sebaliknya pergi 1/2 jam sebelum masa yang telah di tetapkan dalam temujanji di aplikasi MySejahtera. Ini adalah untuk mengelakkan dari semua berkumpul terlalu ramai. 


Gambar dari google.com


Sebelum anda pergi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid, sila lakukan perkara berikut :-


1. Makan sebagaimana biasa dan  Jangan pergi dengan perut kosong.

2.  Minum air suam sekurangnya 250cc.  Cara ini akan mengurangkan ketidakselesaan, kesan sampingan akibat suntikan. 

3. Ingat, jangan minum minuman sejuk samada sebelum atau selepas suntikan.  Prosedur ini sangat penting untuk suntikan ke-2 kesan ketidakselesaan, kesan sampingan dari suntikan ke 2 lebih banyak berbanding dengan suntikan pertama.

4. Pakai baju yang senang nak selak bahu. Baju loose di lengan. Terutama utk wanita. 

5. Seluar berpoket supaya senang nak reach for your handphone. Handphone please fully charge sebab banyak sangat checkpoint and semua guna phone. 

6. Naik grab/minta orang hantarkan sebab banyak sungguh kereta. Nanti takyah pening2 cari parking. 

7. Sila check siap2 dimana  station anda dalam mysejahtera app sebab semua kena beratur ikut station. 

8. Mask on! (Additional face shield is good too- double ). Bawak hand sanitizer, spray , tisu. 

9. Paling penting PEN. Ada kena isi form dan takkan nak share pen dengan org lain pulak. elak pinjam drp org lain. Ataupun kalau org pinjam pen kita, bg jela terus 😆

10. Dah bawak sanitizer dgn spray tu sila guna sebab mmg terlampau ramai manusia. 


Selepas Di Vaksinasi



11. Dah balik tu jangan lupa mandi/basuh tangan/tukar baju. Sebab kita jumpa ramai sangat orang dan dengan case sekarang ni ramai yg takda simptom pun. Be extra careful!

12. Jangan lupa selfie , saya telah divaksinasi ni 😁. #oneforthememories

13 .  Setelah vaksinasi, ketika berehat, minum lagi secawan  air suam bersuhu bilik (250cc) lagi.

14. Tidak berjalan / bersenam selama 5 hari berikutnya.  Rehatlah sepenuhnya di rumah.

15. Vaksinasi akan memberi kesan yang sebenarnya setelah 2 minggu selepas dos kedua, kerana itu jangan bersikap ambil mudah dan jangan berada di luar rumah.  


Oleh itu, berhati-hatilah dan sebaiknya tinggal sahaja di rumah  sehingga 2 minggu lebih untuk dos kedua.


Akan ada sedikit demam selepas vaksinasi, tetapi jika demam berlanjutan hingga hari ke-3 ... maka segeralah dapatkan rawatan di hospital.

Saya tidak pasti sama ada kebanyakan warga emas telah mengetahui mengenai dos dan perkara yang tidak boleh dilakukan selepas vaksinasi ini (seperti mesti berehat dan jangan bersenam).  

Sila kongsikan maklumat ini untuk kebaikan warga emas yang akan mendapat vaksin.


Sumber : CnP dari Frontliner Kita. Semoga Bermanfaat.

Nasi Goreng Sardine Untuk Berbuka Puasa Hari Ke 6


Assalamualaikum...

Hi korang

Petang semalam SA masak nasi goreng sardine untuk Dania berbuka. Lama dah tak makan nasi goreng sardine so terus buat. Sesekali makan sedap la kan..SA buat tak pedas mana pun. Cuma nasi dia sedikit lembut..selalu SA suka masak nasi agak berderai skit sebab  suka buat nasi goeng jenis berderai. Tak suka lembab2 lembik gitu...tapi takpe la..SA adjust bagi nampak tak lembab sangat....Kat rumah SA ni selalu buat nasi goreng tapi versi Nasi goreng ikan bilis, nasi goreng cili api atau nasi goreng daging..kali ni Dania request lain plak memandangkan nasi sejuk banyak...Adakala kalau nasi sejuk banyak dan dah muak buat nasi goreng...sedekah je kat burung merpati belakang rumah yang ada beratus ekor...

Jom tengok resepi...dan SA sediakan jugak resepi version bergambar. Senang untuk korang follow kalau nak cuba style SA la kan..

Resepi Nasi Goreng Sardine versi SA

  1. Nasi sejuk semangkuk
  2. Bawang kecil 3 ulas*
  3. Bawang putih 2 ulas*
  4. Cili api 10 biji *
  5. Sos tiram 1 sudu besar
  6. Minyak bijan 1 sudu kecil
  7. Sardine cap ayam tin kecil ( hancurkan isinya, kuah ambil sikit)
  8. 2 batang sayur sawi
  9. 1 sudu kecil secukup rasa
Bahan 2-4 tumbuk lumat

Cara masak
  1. Tumis bahan 2-4 sampai naik bau, masukkan sardine
  2. Tumis agar nampak garing sedikit
  3. Masukkan sos tiram dan minyak bijan
  4. Masukkan telur sebiji, gaulkan
  5. Masukkan secukup rasa dan sayur sawi..
  6. Biarkan seketika
  7. Masukkan nasi sejuk dan gaul sampai semua bumbu meliputi nasi
  8. Tak perlu letak garam sebab secukup rasa dan sos tiram dah masin
  9. Siap dan sedia untuk dihidang



Bumbu yang dah di tumbuk


Nasi sejuk


Sardine cap ayam tin kecil


Minyak bijan


Sos tiram jenama mahsuri


Sardine yang telah di hancurkan isinya


Sayur sawi


Dah siap!!

 

Done...

Selamat mencuba ye kawan- kawan....

Saturday, May 29, 2021

Mengidam Burger Tepi Jalan...Craving Satisfied...

Assalamualaikum...

Hi korang..

Selamat berhujung minggu, Sabtu dah kan...yeay boleh rehat..tapi takde la rehat mana pun kan...still kena buat kerja rumah..maksud SAa rehat tu, bebas kejap dari urusan pejabat. Alhamdulillah totl lockdown bermula 1 Jun - 14 Jun...tapi dah lambat..patut dari kes 6 ribu dulu dah boleh buat lockdown..tapi ye la siapalah kita nak pertikai...apapun SA menunggu email dari company samada kami total lockdown atau sebaliknya. Sebab kami ni company essential. Kalau kena kerja SA nak mohon WFH sebab kalau total lockdown semua kemudahan terganggu jugak especially public transport.

So hari ni SA nak citer pasal burger tepi jalan. Alhamdulillah dah dapat dah semalam. SA order FoodPanda je. So craving satiesfied. lepas ni tak mengidam dah...hahaha....cuma sedikit mahal la sebab SA amik semua yang special..hehehe...



Tadaaaa roti john special, burger daging dan burger ayam special...SA beli untuk yang dalam rumah ni la...bukan la makan sorang


Mahal jugak burger special..dulu dapat la RM3.50, zaman sekarang burger daging special RM8.50  dan ayam special RM6.50


Sedap...panas2 lagi masa ni


Puas hati dapat makan burger daging special


Ya allah tengok balik ni rasa erm.........

 Ada yang tanya SA..

Kalau takde burger tepi jalan kenapa x beli McD je...

Bukan la x suka McD, SA craving burger tepi jalan kan...lain rasa dan lain kesedapannya..tak percaya?

Cuba korang beli burger McD dan burger Ramly tepi jalan...cer bandingkan rasa nya..beza tak....

Jawapan SA, banyak bezanya.....pendapat SA, burger McD lebih kering dan more on jenama serta promosi...sedapnya blom tentu. Burger tepi jalan jauh lebih sedap...lebih fresh...lebih yummy.....siap boleh request nak macam mana lagi...

So apa pendapat korang? 

Jom share

Friday, May 28, 2021

Happy Birthday Pak Zain Yang Ke 67 Tahun

Assalamualaikum..

Hi korang...

Hari ni genap usia Pak Zain 67 Tahun... 28hb May 2021...tapi memandangkan anak cucu yang lain tak dapat balik makanya masak je lauk sikit cuma tiada sambutan...tak seronok katanya...tahun lepas ada gak cucu2 balik kan...takpe la ingatan tu yang penting...SA beli ayam kampung dan masak lauk kegemaran dia je....alhamdulillah simple je....


SA update kat FB...ramai wish dia..alhamdulillah..


Jangan memain ngan hidung dia...hahhaha...dari situ la SAa dan adik beradik perempuan dapat hidung yang mancung...termasuk la anak- anak cucu...


 

Handsome tak abah SA?

Bukan main dia posing kan dan of course la itu gambar lama...well macam anak dia gak la kan suka posing2...of cos tu bukan la gambar terbaru..Pak Zain ni jarang bergambar..dia cakap jangan nak masuk2 FB ke apa nanti abang kena ngorat...hek eleh...perasan lebih...

Sekarang Pak Zain dah di mamah usia...dah mula x sihat..kalau sihat tu bagusnya dia jarang sakit semula...tapi once dah sakit dia akan sakit sepanjang masa...ni pun dia baru je nak sihat..beberapa bulan ni dia gastrik teruk kan...ye..Pak Zain indu kat semua anak- anak dan cucu- cucu dia..rindu nak berkumpul dan makan- makan...dia sedikit emosi masa Hari Raya hari tu sampai langsung x nak beraya even dengan SA and Dania pun...takpe la kan..Covid 19 ni memang buat kita semua jauh dari keluarga yang ada...semoga cepat- cepat la hilang virus ni semua dan semua boleh kembali ke asal....

Selamat hari lahir Abah...semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagian yang berpanjangan...kami semua sayang abah sampai hujung nyawa....

Happy sweet 67 years.....

Hantar Mak Check Up & Ke Pasar Tani Ampangan

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni nak habiskan kisah Selasa lepas..SA pergi hospital hantar Mak SA check up. Rutin check Buah Pinggang...everytime cukup masa memang kena check up untuk check darah apa segala la...so SA habiskan masa kat hospital tu dalam 1 jam lebih je sebab Mak memang dah ada appointment . SA bawak la laptop usung kesana sini memandangkan SA sedang work from home kan...macam tu sekali ha commitment SA dengan kerja. 

Lepas dari settle check up tu SA ajak Abah pergi pasar tani sekejap. beli sayur dan ikan fresh kalau ada kan....


Pergi check up mesti nak lawa- lawa...hahaha


Dah amik darah..

Gambar selebihnya Mak kat spital SA x amik sebab SA sibuk buat kerja office kat bahagian menunggu...orang duk pandang- pandang je SA lpak kat kerusi tu dengan laptop dan handphone kat tangan...

Lepas tu balik dan pergi Pasar Tani jap..SAa excuse kat boss dalam 1/2 jam...


Beli ikan baung 2 ekor...RM 22 hengget...


Beli sotong rendam ni pun 2 ekor RM18


Beli putu bambu 2 pack..Dania suka tapi lupa plak dia tgh puasa...hahaha...kena la mama dia habiskan 1 pack..satu lagi simpan utk dia berbuka


Ikan baung tu SA masak lemak cili api campur pucuk ubi....settle 2 ekor tu sekali masak...sebab malam tak yah masak dah...


Beli gak lemang dan rendang...sedap...nanti bleh repeat..

Sebenarnya ada banyak je benda kat Pasar Tani tu kalau nak beli. Tapi harganya nauzubillahiminzalik mahal betul..berbeza harga di pasar besar..so SA decided untuk beli apa nak beli je...sesekali bleh la beli kat Pasar Tani...siyes sayur pun mahal...maybe sebab pandemic ni kot...

Sampai disini...jumpa lagi next entry....

Thursday, May 27, 2021

Syukur Dapat Submit Slot Vaksin AZ ...

Assalamualaikum

Hi korang

Semalam betul- betul hectic dari pukul 12.15 tengahari. SA semalam sampai excuse tak boleh nak masak sebab nak focus apply vaksin online. Stress betul semalam...mula- mula line dah buka tu dah start stuck dah...2-3 kali SA cuba...sampai kena blocked kat laptop...tukar plak laptop lagi satu..x jadi jugak..tukar lagi ke hp...memang rakyat Malaysia semalam hangin satu badan..berpuluh kali thick captcha im not robot tu...kena ulang- ulang masukkan details...sampai adakala x sedar dah start sumpah seranah dah...Mak Abah dan Dania x berani bersuara...memang focus dan stress SA semalam..



Kena blocked kat laptop...refresh banyak kali pun tetap paparan screen macam ni...



Eh...dapat masuk bila klik button W.P Kuala Lumpur dan SA masukkan tarikh June...aikkkk....penuh plakkkkk.....lagi bertambah hangin...terus cuba lagi dan lagi...


v

v

v


Akhirnyaaaa....



Alhamdulillah...cubaan ntah kali ke berapa SA berjaya submit dengan tarikh hujung2 Julai...amik kau...lambat pun lambat la asalkan SA dapat slot...ini pun belum dapat confirmation lagi...katanya tunggu 48 jam diorang akan hubungi melalui My Sejahtera / Sms...so tengah tabah menunggu la ni...kalau tak dapat jugak...aduhai..penat je la menodak semalam...ntah bila la dapat confirmation ni...semalam rata- rata Rakyat Malaysia memang moody...ye la..dalam masa 1 jam je slot semua penuh kan...SA semalam nasib- nasib je..so lega dah...nak buat untuk Dania tapi blom cukup umur kan..baru 17 tahun...

Semalam ada kawan SA doktor message SA...kenapa amik yang AZ ni...better amik Pfizer..laaa...kita ni dah la letih menunggu...dah daftar awal kat MySejahtera pun masih tak dapat panggilan lagi. Kebetulan Vaksin AZ ni open registration untuk umur 18 tahun keatas..so..SA cuba je la apply..Nanti kalau dpat panggilan yang Pfizer SA batalkan la yang AZ ni...ini pun confirmation tak dapat apa pun lagi kan...so kena la sabar...janji dah submit dan tempah slot...SA dapat semalam kat PPV UM...dekat je la ngan office SA cumanya SA klik 25hb Julai nanti jatuh pada hari Ahad...hahaha...pandai- pandai SA la nanti kan....

Wednesday, May 26, 2021

Happy Birthday Si Kembar Ieya & Iecha

Assalamualaikum

Hi korang

Semalam genap umur si kembar kesayangan kami Ezarra Adeliya dan Ezarra Aressa  yang ke 10 tahun...macam cepat sangat la masa berlalu..dan besar dah diorang...dah umur 10 tahun..dan dah anak dara dah...dua- dua dah period. Cepat betul...agaknya budak- budak sekarang memang cepat matured compared dengan kita masa kecik-kecik dulu kan....

So tahun ni merupakan tahun kedua sambutan birthday diorang dalam norma baru. ikutkan nak panggil datang rumah...tapi takut plak kena report kan...walau rumah dalam daerah je....ni dah 2 minggu lebih tak jumpa diorang...tak beraya dengan diorang...rindu sanagt- sanagt nak berkumpul macma dulu...



Bestnya dapat banyak hadiah...


Cantik birthday cake diorang....amboiii yang tengah- tengah tu plak...next month birthday dia plak 5hb June...sehari sebelum birthday mama...hehehe...


Comel la gambar diorang ni....Aydan tu buat mama geram laaa


Eh..eh..apesal ibu kurus..adik SA tu si Lissa merupakan frontliner...baru ni cucuk vaksin dan effectnya dia kurus...haihhh....untungla bleh kurus...


Last but not lease...oiii apesal ayah korang pakai kain pelikat je tuh...hahahah....

Buat Ieya & Iecha...mama doakan semoga panjang umur, murah rezeki...jadi anak yang baik..solehah...dan berjaya dalam pelajaran. nanti mama bagi hadiah ye...mama tak dapat kemana- mana ni so nanti mama bagi hadiah kemudian..

WW~ Random Photo Minggu Ini

Assalamualaikum

Hi korang

Jumpa lagi dalam siri random photo untuk wordless Wednesday... dah macam wajib plak SA citer pasal random story ni every week kan...memang nak buat permanent artikel kat blog ni rasanya...hehe...semalam SA mental block tau...on laptop..off laptop..satu apa pun SA tak dapat buat semalam...sampai ke malam...

Eh membebel banyak plak...jom la tengok apa yang ada kat random photo hari ni....



Choc Oreo smoothies


Waffle


Pergi kedai  Setia RM2.20 lebur RM80


Antara barang- barang yang SA beli


beli botol2 air...dan macam- macam lagi..memang kedai ni berhantu la...sedar x sedar habis RM80


Beli plak kuaci ni...sedap...
 

SA dah start pakai 2 item ni...dari Minara dan kulit muka SA makin baik...


SA beli 2 set.. RM200


Kat office sejuk nak mati, so SA beli benda ni..heater dan baru je sampai last week..blom guna lagi tapi comel kan...harap- harap membantu SA rasa sedikit panas kat opis


Semalam SA beli 2 botol vitamin C ni RM150...boleh la bertahan untuk 6 bulan..


Adik sepupu kat Langkawi selamat nikah hari Isnin...selamat pengantin baru buat Aisyah & Amir



Air asam mak buatkan sebab Isnin hari tu SA sibuk kerja dari pagi sampai petang...x dapat nak masak...


Sayur bayam goreng


Sotong bakar air tangan Abah...sabar jer la dia x marinated...dah pucat je rupanya


Order tiffin ni kat kawan sekolah SA....satu untuk mommy Dida


Satu untuk SA...


Dania mengaji dengan atuknya...


Setiap hari selepas asar...dania sekarang tengah puasa 6 dan nak direct buat puasa ganti


Terjebak dengan Sis Lin...beli kain buruk 40 sen ni kat Shopee...cepat betul sampai..ari ni beli esok sampai dah..tapi takde plak size L, tinggal size S je...beli je la sampai 20 helai


Kenalan FB buat bisnes Rendang Daging Rusa....so kirimkan kat SA sepeket...sedap...rendang tok katanya....


Cukup rasanya cuma sedikit manis...


Opick ni pencinta haiwan...Octopus yang ibu beli nak buat sambal dia buat main...lepas tu mengamuk ibu dah buat sambal...ambil jugak version sambal buat main...sabar je la..


Sorry gambar terbalik...makan rendang daging rusa ni dengan nasi panas...yummy


Opah kat Ipoh meninggal dunia hari Isnin pukul 3 petang akibat sakit tua...dari opah nazak sampai meninggal kami bergoogle meet..sedih memang sedih so semalam dah selesai pengkebumian...


Birthday si kembar Aressa dan Adeliya pun sambut guna video call je


Pagi ni SA bangun tido SA kemas2 sikit depan rumah...lepas tu petik limau kasturi yang dah banyak besar besar...dapat la sebekas ni ha....


Petik jugak cili api yang banyak buahnya


Mintak daun limau purut kat jiran depan rumah


Tak perasan buah peria ni...terus2 dah masak dah dia...memang duk celah2 daun yang x boleh perasan kewujudan dia....


Haaa..settle dah entry random photo ni...boleh delete dah semua gambar....nanti cari gambar lain plak....yes...berjaya jugak SA buat 1 entry hari ni dalam pada takde mood sangat ni....entah la kenapa ntah...lepas satu- satu berita sampai ke telinga. Bermula dari berita kawan- kawan office positive covid sampai la arwah Opah meninggal dan beberapa lagi kes covid yang positive dan ada yang meninggal dunia...SA x boleh dengar semua ni dan terus jadi panic attacked dan di serang anxiety. 

Okey la jumpa lagi next entry.....