Saturday, April 17, 2021

UNHCR Dan Tulus Menjalinkan Kerjasama Dalam Bantuan Sokongan Pelarian Di Malaysia

Tulus berjanji untuk mengumpulkan dana sebanyak USD 600,000 melalui aplikasi mobil untuk program kesihatan, pendidikan, dan keganasan berasaskan gender..


UNHCR, Agensi Pelarian PBB, dan Tulus Digital Sdn Bhd telah menjalinkan suatu kerjasama strategik dalam pemerkasaan pengumpulan sumber sumbangan bagi membantu golongan pelarian di Malaysia. Melalui kerjasama ini, Tulus yang merupakan peneraju aplikasi mobil dan platform digital berkonsepkan Kewangan Sosial Islam telah bersetuju untuk memberikan bantuan solusi bagi pengumpulan dana berjumlah USD 600,000 bermula tahun 2021 sehingga 2023 bagi membantu orang pelarian yang amat memerlukan bantuan di dalam sektor kesihatan, pendidikan, dan keganasan berasaskan gender (gender-based violence).


 

Bantuan pencarian dana ini merupakan suatu inisiatif kritikal terutama dalam membantu golongan rentan yang terkesan akibat daripada impak pandemik COVID-19. Sekitar 178,000 orang pelarian sudah didaftar oleh UNHCR di Malaysia. Dianggarkan seramai 45% adalah tergolong dari golongan wanita dan kanak-kanak, ramai antara mereka yang berada dalam keadaan rentan dan terjejas dari segi ekonomi dan juga sosial akibat pandemik ini.
 

“FinTech merupakan inisiatif terbaik bagi memulihkan keadaan yang telah terkesan akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda. FinTech membolehkan pengguna menjalankan pelbagai transaksi secara telus, mudah, dan dapat menghubungkan penderma kepada perkara yang behubungkait,” kata Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Tulus Digital Sdn Bhd.
 

“Tulus memberi pengertian hati yang ikhlas, murni dan jujur dalam Bahasa Melayu, dan aplikasi ini terbinanya hasil daripada maksud tersebut – menjadikan segala aktiviti kami bersama penderma, penerima, dan rakan kerjasama termasuk UNHCR akan dijalankan secara telus dan ikhlas.”
 

“Sifat dermawan (philanthropy) tidak mengenal erti agama, tiada usul atau batas sempadan, dan tidak berpegang kepada mana-mana status sosial yang mana ianya adalah berasaskan kemanusiaan sepenuhnya. Oleh yang demikian, pihak kami amat positif untuk menggunakan platform digital ini dalam memberikan manfaat kepada komuniti.”

 


UNHCR secara teguh sentiasa berusaha dalam memperkasakan kerjasama dalam bidang Kedermawanan Islam (Islamic Philanthropy) melalui sistem kewangan sosial Islam bagi membantu orang pelarian yang paling terjejas di Malaysia.


“Tulus Digital Sdn Bhd merupakan rakan kerjasama FinTech Islam UNHCR yang pertama dan juga merupakan satu langkah yang besar dalam membantu mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan populasi orang pelarian di Malaysia,” kata Thomas Albrecht, Wakil UNHCR.

 
“FinTech juga adalah sebuah solusi inovatif dalam perkara ini. Penggunaan teknologi sebagai satu bentuk penggerak sokongan awam adalah merupakan langkah yang sangat praktikal terutamanya dalam keadaan yang memerlukan penjarakkan sosial.”

 
“UNHCR amat mengalu-alukan kerjasama bersama Tulus Digital Sdn Bhd sebagai Rakan FinTech Islam UNHCR yang pertama dan amat berharap agar dapat menjalinkan kerjasama yang berpanjangan yang mampu memberikan lebih banyak manfaat kepada orang pelarian yang terjejas di Malaysia.”


1 comment:

  1. Satu program yg bagus. Kalau bantu pelarian syria ok lg kalau rohingya tak mengenang budi dorang ni. Bg bantuan pun masih bongkak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah