Sunday, April 18, 2021

Rezeki Ramadhan Buat Paksu

Assalamualaikum..

Hi korang...

Syukur ke hadrat allah s.w.t kerana diberikan rezeki buat Pak Zain, niat nak hantar ikan hasil pancingan dia semalam ke rumah Paksu allah makbulkan. Dapat rezeki ikan tilapia sebesen besar dan setelah asingkan untuk kami sedikit terus yang baki sebesaen besar tu kami hantar ke rumah Paksu. Paksu dah potong kaki kan...so kehidupan dia agak terjejas. Tak tau urusan pekerjaan dia macam mana...samada masih kekal bekerja atau sebaliknya. Untuk itu sedikit sebanyak kami sebagai keluarga terdekat patut membantu sedikit demi sedikit untuk meringankan beban Paksu kan. 

Kesihatan Paksu semakin pulih walau ada komplikasi lain, buah pinggang dan paru- paru masih tidak bagus. Normal bagi pesakit kencing manis kronik..apa yang boleh kami bantu hanya dorongan semangat..selebihnya terpulang pada Paksu sekiranya ingin lebih sihat. Sebak hati tengok kakinya dah dipotong...harap semakin sihat la Paksu walau kehingan anggota badan yang paling penting.



Patut dia hilang pagi- pagi...rupanya pergi mancing...sekali bawak ikan banyak tu ha...


Boleh tahan besar- besar2 jugak ikannya...


Nikmat bila makan ikan fresh


Tak mampun nak gambarkan dengan kata- kata...dah nasib Paksu kan


Dengan anak sulungnya..Caca...gunting rambut macam tu dah macam lelaki plak...ini anak hasil dari perkahwinan kedua...anak sulung perkahwinan pertama dah umur 18 tahun dah...


Mikael...anak kedua...

Apapun...kami doa yang terbaik untuk Paksu dan familynya...semoga ada sinar di masa akan datang...ye SA sangat rapat dengan Paksu...beza umur kami hanya 9 tahun dan kami membesar bersama...Harapan SA agar Paksu diberikan ketabahan...bukan senang nak memulakan hidup dengan anggota badan dah berkurang...insyaallah ada rezeki kami bantu ikut kemampuan kami...ada juga kami sarankan Paksu isi borang OKU dan juga borang permohonan bantuan di mana- mana yang menawarkan bantuan buat OKU...sekurang- kurangnya boleh meringankan beban kan?

Jumpa lagi next entry.....


18 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki kak SA dan paksu kak SA.
    Semoga paksu kak SA sentiasa kuat menghadapi ujian Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan paksu dan paksu sihat selalu :)

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. Berat mata memandang, lebih-lebih lagi bahu yang memikul. Semoga Paksu terus sabar dan Allah SWT permudahkan segenap urusan.

    ReplyDelete
  3. Moga Allah ringankan bebannya & angkat kesakitannya aamin.

    Seronok tengok hasil tangkapan Pak Zain tu. Bakar pun sodap tu SA :)

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkn apa jua urusan paksu SA

    ReplyDelete
  5. Allah... semoga dipermudahkan segala urusan paksu SA :)

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan Pak Su Kak SA.

    ReplyDelete
  7. Allahu..sebak akak tgk keadaannya SA..

    ReplyDelete
  8. Kita tolong apa yang mampu.

    ReplyDelete
  9. Rajinnya abah SA memancing! Dapat banyak ikan pula tu. Memang rezeki Pak Su nampaknya.
    Pak Su kena ambil usaha sedikit untuk kembalikan kesihatan Pak Su. Allahu Akbar. Dugaan besar buat Pak Su. Memang kena selalu beri dorongan dan semangat untuknya SA.

    ReplyDelete
  10. Besarnya dugaan paksu... semoga dipermudahkan urusan pak su sefamili & dimurahkan rezeki kak SA sekeluarga spy dpt membantu paksu apa adanya

    ReplyDelete
  11. semoga paksu sentiasa sihat. banyk t talapia sebesen

    ReplyDelete
  12. kalau pernah mencarum perkeso, boleh semak juga dengan perkeso... bantuan persekolahan anak tu yg penting

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah rezeki.. besarnya ikan best bkn ikan bakar ni hehe

    ReplyDelete
  14. pakzain memancing kolam ke laut dalam giant ni SA? 👍👍👍

    ReplyDelete
  15. Sedap tu ikan talapia kalau buat pekasam

    Apapun semoga Paksu dimudahkan urusan & redho dengan ujian.

    ReplyDelete
  16. Banyak dan segar ikan tu. Rezeki Alhamdulillah..
    Semoga dipermudahkan segala urusan Pak Su. Pak Su kena kuat kalau nak sihat cepat..

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama..moga dipermudahkan urusan paksu sekeluarga...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah