Thursday, April 22, 2021

Resepi Udang Goreng Berlada

Assalamualaikum..

Hi korang,

Dah plan nak masak apa berbuka petang nanti? Takde idea? meh sini SA nak kongsikan satu lagi resepi yang paling mudah nak buat..tutup mata pun boleh buat...sebelum tu sorry kalau gambar buat korang semua terliur ye...SA xde niat apa cuma nak berkongsi resepi. Kalau takde gambar idea tu macam susah nak mari la...korang blogger pun mungkin hadapi masalah yang sama kan?

Resepi ni paling senang...SA kalau masak atau cipta sesuatu masakan memang yang tak susah..senang aje..yang mudah untuk korang cuba buat lepas tu...memang SA suka cipta menu masakan lepas tu share kat blog...simple...




RESEPI UDANG GORENG BERLADA

Bahan- bahan

1/2 kg udang kertas sederhana besar (potong sedikit muncungnya)

20 biji cili padi * 

4 biji bawang putih *

1 inci halia*

3 biji bawang kecil*

2 btg serai dititik

1 sudu besar sos tiram


bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara- cara memasak

  1. tumis bahan bertanda * sampai naik bau.
  2. masukkan serai
  3. masukkan sos tiram
  4. masukkan udang dan gaul sebati
  5. kalau nak ada kuah boleh letak sedikit air, SA suka kering2
  6. padamkan api dan sedia dihidang
  7. Hidangan diatas sesuai dihidangkan untuk keluarga.


Selamat mencuba.


15 comments:

  1. Simple! Next time boleh masak hehehe, tapi bila next time tu tak tahu lah hahaha.

    ReplyDelete
  2. wahh sedapnye udang goreng berlada ni SA

    ReplyDelete
  3. Halia, serai, cili padi....pergghhh cukup rasa udang ni SA!

    ReplyDelete
  4. Plannya beli jr kak.. xde idea dah

    ReplyDelete
  5. Udang.. Semua orang suka. Masak apapun sedap.

    ReplyDelete
  6. Suka lauk macam ni sebab mudah dan ringkas tapi buka selera. Dan susah nak berhenti tambah nasi.

    ReplyDelete
  7. perghh..sedapnya..pedas dan padu..:)

    ReplyDelete
  8. Sudilah kiranya menyertai giveaway sulung saya ni https://fairusmamat.blogspot.com/2021/04/giveaway-buku-himpunan-kuih-muih.html?m=1

    ReplyDelete
  9. Sedapnya. Masakan macam ni makan dengan nasi kosong pun dah sedap..

    ReplyDelete
  10. Teringat pukak udang goreng mak saya..tapi mak biasa goreng kunyit je..nanti nak buat la untuk berbuka

    ReplyDelete
  11. Favourite saya juga ni, senang nak masak dan sedap :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah