Tuesday, April 27, 2021

Resepi Telur Bungkus Simple Suria Amanda

Assalamualaikum..

Hi korang..

Sebenarnya ada beberapa orang duk tanya macam mana nak buat telur bungkus...eh..eh..malunya sebab first try kan Ahad lepas atas permintaan Dania. Ada ke patut dia request yang sama macam kat kedai tomyam..allahu...pening mama dia fikir..tetiba ting!!!!google kan ado...so..mama dia ni terus la cari resepi yang simple...kebanyakkan guna ayam tapi dania nak daging kisar tu sebagai inti...erm...lately ni Dania agak memilih makan...kadang- kadang geram je...ayam dia dah muak dah...susah mama, Atuk dan Uwan nak sediakan makanan dia...bila dia kata takpe..Dania tak kisah...masak je la apa2...eleh..non hadonyaaaa...dia x usik pun makanan tu...cakap jer tak kisah...sampai buntu mama x tau nak masak apa dah....

Eh jom la tengok resepi..panjang plak membebel...nasib mama lulus buat telur bungkus...patut SA toreh sikit bahagian atas telur tu kan...baru nampak isi dalam dia...takpe la..next time buat lagi SA buat macam tu....



 

Resepi Telur Bungkus

Bahan- bahan

  1. Daging kisar jenama Ramly sekeping
  2. Bawang holland 1/2 biji hiris dadu
  3. Carrot 1/2 batang - hiris dadu
  4. Cendawan butang 2-3 biji
  5. Sos Tiram 1 sudu besar
  6. Sos tomato 1 sudu
  7. Sos Cili 1 sudu
  8. daun limau purut sehelai buat bau
  9. Maggi secukup rasa secubit je
  10. Telur 2 biji
Cara masak
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sampai naik bau
  2. Masukkan bahan 1, 3 dan 4
  3. Masukkan daging kisar
  4. letak air sikit
  5. Dah part bahan tadi masak, masukkan kesemua sos
  6. Gaul bagi sebati
  7. Masukkan daun limau purut dan seukup rasa..
  8. Biarkan kering ye..senang nak balut ngan telur nanti..

Cara bungkus dengan Telur
  1. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk
  2. Masukkan lada sulah sikit dan garam secubit
  3. Kacau sampai sedikit kembang, macam buat telur dadar tu
  4. Masukkan sedikit minyak
  5. Masukkan telur dan layangkan perlahan macam buat lempeng
  6. Masukkan bahan inti tadi dalam mangkuk dan lekapkan di tengah telur tadi
  7. Bungkus kiri kanan setiap sudut telur, tak perlu balikkan
  8. Ambil piring tekapkan ke dalam kuali dan balikkan
  9. Dah siap!!!
  10. Siap!!!
Harap korang faham la apa yang SA terangkan tu...x reti la nak create ayat yang sempurna..guna ayat senang je untuk korang paham..hehehe...

Selamat mencuba...ni versi SA tau..yang SA google tu hanya cari bahan- bahan dan cara masak je je...rupanya tak susah mana pun nak buat..sonang yo la.....

18 comments:

  1. pergh, tengok tengah hari camni bole bikin lapar ye.

    ReplyDelete
  2. pebret uyum ni!! hahaha...
    adoiii... ada yg rsa nk buat malam kang ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi masak telur bungkus ni.

    ReplyDelete
  4. sama dgn Iman, skrg dah pandai memilih...

    kita... tak pnh try lagi telur bungkus

    ReplyDelete
  5. Kalau masakan, bahan² kesukaan saya adalah 1. Telur, 2. Kentang, 3. Daging ������

    ReplyDelete
  6. Next time boleh tryyyyy, sebab dah muak dengan ayam setiap hari hahaha.

    ReplyDelete
  7. Nak cuba buat ni la. Tq SA share resepi

    ReplyDelete
  8. Mujur mudah juga makanan permintaan Dania ni. Sedap tu telur bungkus tapi ni level atas lagi dari kedai tomyam :)

    ReplyDelete
  9. Memang nk buat sgt telur bungkus mcm ni. Entah la jadi ke tidak. Huhu

    ReplyDelete
  10. fav telur bungkus..tp slalu husband la masak sbb tang nk bungkus tu tk reti haha

    ReplyDelete
  11. fav kitaorg ni kak telur bungkus boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  12. Akak biasa buat terkoyak telurnya

    ReplyDelete
  13. tadi saya ingat ada letak maggi, scroll balik naik atas..owhh maggi secukup rasa..hahahah!

    tengok bahan2 pun boleh agak memang sedap niii

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......