Thursday, April 22, 2021

Resepi Kerang Goreng Berlada

Assalamualaikum

Hi korang...

Hari ni SA nak repeat share resepi Kerang Goreng Berlada. SA sebenarnya MC hari ni...rasa kurang sihat. Malam tadi SA demam..lepas buka puasa SA naik bilik atas lepas tu makan ubat terus berselimut tido. Tutup ekon segala..so tadi SA dah pergi klinik dan ambil ubat..lepas tu SA singgah sekejap pasar besar carik apa yang boleh dimasak petang nanti...teringin nak makan kerang goreng berlada..bila teringin dan allah izinkan SA dapat beli kerang fresh dan beli sekilo je..kang beli banyak tak habis pulak..so petang ni nanti SA nak goreng kerang berlada...

Jom tengok resepi...


 

Resepi Kerang Berlada

Bahan- Bahan

1. Kerang sekilo

2. Bawang merah kecik

3. Bawang putih

4. Serai 2-3 barang

5. Sos Tiram 2 sudu

6. Cili padi segenggam

7. Halia

8. sedikit secukup rasa


Cara masak

1. Bawang kecik, Putih, halia, cili api di tumbuk hancur dan di tumis sampai naik bau

2. Masukkan serai yang dh dititik dengan sos tiram

3. Masukkan kerang, goreng dan balik-balikkan 

4. Biarkan 5 minit...then padamkan api

5. Sedia dihidang dengan nasi panas


Selamat Mencuba...


9 comments:

  1. Lamanyaaaaa tak makannnn kerang! Salah satu favorite saya, hmmmm nak kena cari jugak ni walaupun allergik ahahahaha.

    ReplyDelete
  2. Mmm... Memang sedap le. Lama juga tak makan kerang. Ingat masa dulu, kerang murah je. Sekilo RM1.20. Sekarang, mahalll... 😅

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kerang! Rindu nak ratah kerang.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kerang. Lama tak makan kerang. Kerang mahal sikit kat area naniey ni..

    ReplyDelete
  5. sedapnya kerang bar smlm bercerita lauk kerang dgn pak mertua

    ReplyDelete
  6. Lama xmkn kerang. Kerang byk size kecik xbest mkn huhu

    ReplyDelete
  7. Ni menu febret housemate saya ni..

    ReplyDelete
  8. Sedap! Pernah buat juga masak macam ni. Masalah utamanya susah nak mencari kerang fresh. Ikut stok dorang juga. Kadang tu ada rezeki dapatlah yang fresh.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah