Monday, April 12, 2021

Hidangan Sempena Menyambut Ramadhan

Hi korang....

Assalamualaikum....

Siapa kerja hari ni? SA kerja la walau plan asalnya nak cuti tapi tak lulus...SA akan cuti esok jer...kebetulan plak mak nak pergi check up so SA memang kena amik cuti la...so hari ni seawal pagi SA dah sampai KL dah...ingat nak terus masuk office tapi macam awal sanagt plak..kalau ada kerja takpe boleh claim overtime..tapi takde dah kerja..so SA lepak kat luar dulu kedai Kayu Nasi Kandar pekena roti sardin dan teh o . Pukul 8am SA gerak ke office memandangkan SA masuk kerja pukul 8.30am. 

Hari ni SA nak share masakan atau hidangan sempena menyambut Ramadhan semalam.Mulanya takde la bercadangn nak buat sup tulang ke apa seperti kebiasaan kami satu keluarga setiap tahun...tapi knowing Pak Zain korang tu...tetap nak jugak buat...erm...SA layankan aje la...bagi duit beli tulang dan daging lepas tu call adik suruh balik...adik yang no 3 tu je la dapat balik sebab dalam daerah yang sama kan...adik no 4 tak dapat balik sebab ada hal satu family...takpe la..satu family tu pun meriah gak..ada Si kembar dan jugak Aydan...meriah rumah..seronok makan rebut2 semalam...berselera mak abah makan..kalau tak kami berempat je...

Jom tengok hidangan kami semalam



Sup tulang rusuk lembu..


Sotong goreng apa x tau sebab suami adik SA x makandaging dan ayam


Daging cincang masak lemak cili api


Daun sup dan daun bawng untuk sup


Sayur kangkung goreng..

Simple jer kan...

inilah hidangan kami semalam...kalau tahun2 yang dulu mesti nak sambut besar2 Ramadhan dan kami semua berkumpul ramai- ramai sehari sebelum puasa..tahun ni macam biasa berpuasa dalam norma baru kan...sama macam tahun lepas..sedih x jumpa adik beradik yang lain..VC jer la peneman walau tak sama...

Jumpa lagi next entry...

16 comments:

  1. pehh sup tulang.. sedapnya semua lauk

    ReplyDelete
  2. Sedap sedap semuanya laukkk kak SA. Kalau tengok tengah hari esok, confirm mencabar keimanan HAHAHA :D

    ReplyDelete
  3. VC tak sama dgn ada depan2 kan

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap2 belaka.
    Belum raya lagi, daging lembu tempatan dan tulang dah naik harga

    ReplyDelete
  5. Selamat menjalani ibadah puasa utk SA sekeluarga..semoga amalan kita diterima Yang Esa

    ReplyDelete
  6. Daging masak lemak cili api lama tak makan. Kecur tengoknya. Ini yang rasa nak pergi beli daging salai ni.

    ReplyDelete
  7. Masak lemak daging cincang tu menarik betullah

    ReplyDelete
  8. Daging cincang masak lemak cili api tu weeeeiii meleleh terus liur hahahaaa!

    ReplyDelete
  9. Psssttt mantai ke semlm? Hehe..

    ReplyDelete
  10. tahun ni nampak gayanya tak dapat juga berbuka puasa bersama keluarga...

    ReplyDelete
  11. Meriahnya. Lapo pula tengok. Nasib malam tengok ni. Naniey sahur pun tak sempat buat apa2 sebab Naura demam..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......