Hi korang....
Assalamualaikum....
Siapa kerja hari ni? SA kerja la walau plan asalnya nak cuti tapi tak lulus...SA akan cuti esok jer...kebetulan plak mak nak pergi check up so SA memang kena amik cuti la...so hari ni seawal pagi SA dah sampai KL dah...ingat nak terus masuk office tapi macam awal sanagt plak..kalau ada kerja takpe boleh claim overtime..tapi takde dah kerja..so SA lepak kat luar dulu kedai Kayu Nasi Kandar pekena roti sardin dan teh o . Pukul 8am SA gerak ke office memandangkan SA masuk kerja pukul 8.30am.
Hari ni SA nak share masakan atau hidangan sempena menyambut Ramadhan semalam.Mulanya takde la bercadangn nak buat sup tulang ke apa seperti kebiasaan kami satu keluarga setiap tahun...tapi knowing Pak Zain korang tu...tetap nak jugak buat...erm...SA layankan aje la...bagi duit beli tulang dan daging lepas tu call adik suruh balik...adik yang no 3 tu je la dapat balik sebab dalam daerah yang sama kan...adik no 4 tak dapat balik sebab ada hal satu family...takpe la..satu family tu pun meriah gak..ada Si kembar dan jugak Aydan...meriah rumah..seronok makan rebut2 semalam...berselera mak abah makan..kalau tak kami berempat je...
Jom tengok hidangan kami semalam
Sup tulang rusuk lembu..
Sotong goreng apa x tau sebab suami adik SA x makandaging dan ayam
Daging cincang masak lemak cili api
Daun sup dan daun bawng untuk sup
Sayur kangkung goreng..
Simple jer kan...
inilah hidangan kami semalam...kalau tahun2 yang dulu mesti nak sambut besar2 Ramadhan dan kami semua berkumpul ramai- ramai sehari sebelum puasa..tahun ni macam biasa berpuasa dalam norma baru kan...sama macam tahun lepas..sedih x jumpa adik beradik yang lain..VC jer la peneman walau tak sama...
Jumpa lagi next entry...
pehh sup tulang.. sedapnya semua lauk
ReplyDeleteWah, banyak menunya.
ReplyDeletedaging cincang..yum22
ReplyDeleteSedap sedap semuanya laukkk kak SA. Kalau tengok tengah hari esok, confirm mencabar keimanan HAHAHA :D
ReplyDeleteVC tak sama dgn ada depan2 kan
ReplyDeleteNampak sedap2 belaka.
ReplyDeleteBelum raya lagi, daging lembu tempatan dan tulang dah naik harga
Selamat menjalani ibadah puasa utk SA sekeluarga..semoga amalan kita diterima Yang Esa
ReplyDeleteSemua menu manthoppppp
ReplyDeletekecur tengok MLCA tu
ReplyDeleteDaging masak lemak cili api lama tak makan. Kecur tengoknya. Ini yang rasa nak pergi beli daging salai ni.
ReplyDeleteMasak lemak daging cincang tu menarik betullah
ReplyDeleteDaging cincang masak lemak cili api tu weeeeiii meleleh terus liur hahahaaa!
ReplyDeletePsssttt mantai ke semlm? Hehe..
ReplyDeletetak pi pun...abah jer yang pergi...
Deletetahun ni nampak gayanya tak dapat juga berbuka puasa bersama keluarga...
ReplyDeleteMeriahnya. Lapo pula tengok. Nasib malam tengok ni. Naniey sahur pun tak sempat buat apa2 sebab Naura demam..
ReplyDelete