Friday, April 30, 2021

Fadhilat Bismillah 5

Assalamualaikum...

Hi korang...

Jom kita baca dan amalkan sama- sama Bismillah 5 untuk pedoman dan untuk kebaikkan diri kita sendiri. Abah SA tak sihat buat masa ni so..sedang amalkan Bismillah 5 ini untuk pelindung diri dan Abah jugak suruh SA amalkan. SA terpanggil untuk share kat sini...kat bawah ni apa yang SA copy dari google. sharing is caring kan...mana tau dengan amalan ini kita dilindungi dari bisikan makhluk- makhluk halus. Memang bulan Ramahan ni Syaitan semua diikat tapi bukan Jin kan...takpe la kita usaha agar kita semua dilindungi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.


Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

1. Menghalang jin dan syaitan

2. Terpelihara dari bahaya dan musuh

3. Penawar pelbagai racun dan bisa.

4. Penawar penyakit gila meroyan.

5. Melegakan bengkak dan benjol.

6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.

8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang

9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat

  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5 

  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.

‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’


10 comments:

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsiannya kak. Semoga ayah akak sentiasa sihat. Aaminn...

    ReplyDelete
  3. Banyak rahsia kebaikan Bismillah 5. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, thank you kak SA atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk perkongsian kak SA :)

    ReplyDelete
  6. dulu cousin pernah pesan suruh amalkan, dulu selalu la amalkan, sekarang makin lupa �� terima kasih SA kongsikan, insyaAllah boleh amalkan balik

    ReplyDelete
  7. hari tu masa tengok Borak Dulu Baru Buka dekat TV1, ustaz jemputan tu baca bismillah 5 ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah