Saturday, April 24, 2021

Alaris, Nusari Bayu @ Bandar Sri Sendayan

Semua orang ada rumah impian kan? sebuah rumah yang besar dan cantik, dilengkapi pelbagai jenis kemudahan. Paling suka kalau terletak di kawasan yang menenangkan dan berdekatan dengan bandaraya. Yang penting selesa untuk sebuah keluarga serta konsep pemilihan design dan warna yang berbeza yang pasti memenuhi citarasa. Zaman ini ramai yang suka membeli rumah yang sedia dihuni dan siap sepenuhnya  agar tidak perlu menunggu lama. Walaupun negara kita kini dilanda pandemik Covid 19,hartanah tidak terjejas dan untuk anda yang berhasrat untuk memiliki rumah impian ini adalah masa yang paling baik kerana pelbagai rebat diberikan kepada pembeli.


Setiap individu mempunyai keutamaan dalam memilih rumah idaman sama ada untuk didiami,untuk pelaburan mahupun untuk diwariskan kepada anak-anak..Saya sendiri pentingkan beberapa faktor dalam pemilihan rumah idaman antaranya Lokasi Strategik, Kawasan dilengkapi Prasarana dan rekabentuk rumah yang praktikal...Perumahan di Bandar Sri Sendayan ini setanding dengan kawasan perumahan yang hebat di Lembah Klang. Menariknya lagi kawasan perumahan ini merupakan laluan angin yang sering bertiup nyaman membuatkan ianya mendamaikan dalam suasana yang penuh ketenangan dengan udara yang segar.






Floor Plan

ALARIS Nusari Bayu sebuah lagi kawasan perumahan baru dan telah dirasmikan yang sememangnya menarik perhatian ramai. Dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2022.Tenang dan damai..korang pasti setuju dengan pendapat saya....semakin ramai memilih membeli rumah di kawasan Seremban sedangkan mereka bekerja di Kuala Lumpur. Ini kerana lokasi adalah sangat- sangat strategik memandangkan jarak tidak jauh dari Lembah Klang dan mempunyai highway utama. Kawasan perumahan ini adalah pegangan bebas yang berkeluasan 23 ekar. Rumah yang ditawarkan adalah 2 tingkat dengan keluasan 20' x 70'. Gaya dan konsep kontemporari yang diketengahkan cukup sempurna untuk anda menetap disini. Ditambah pula dengan kawasan yang dikelilingi rimbunan hijau pelbagai pokok disekitarnya.


Jenis rumah 

TYPE A

2,141sq.ft . (INT)

2,337sq.ft (ET)

2,416 sq.ft (. (CT) 

Unit yang ditawarkan adalah 192 units

Non.Bumi - 96 units

Bumi Terbuka - 38 units

Bumi -58 units




Memandangkan Bandar Sri Sendayan  berkonsepkan township maka pelbagai kemudahan dan fasiliti di beri penekanan utama dan dibangunkan untuk kemudahan penduduk di kawasan ini. Terlalu banyak kemudahan yang disediakan sekiranya anda memilih kediaman ini.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  1. Akses lebuhraya PLUS
  2. Highway Seremban -Port Dickson
  3. KLIA Linkage 
  4. Senawang -KLIA Expressway ( proposed)
  5. Kemudahan taman reakreasi d'Tempat Country Club, Sendayan Green Park, Carnelian Park dan X Park
  6. SJK(C ) Bandar Sri Sendayan, SMK Bandar Baru Sri Sendayan dan Matrix Global School
  7. Kemudahan Klinik dan Hospital yang berdekatan
  8. Tesco, AEON dan Mydin berdekatan


Terdapat 3 type untuk ALARIS Nusari Bayu  iaitu Bumiputera Lot, Bumiputra Terbuka Lot dan Non Bumi Lot. Adakah anda seorang kakitangan kerajaan yang sedang mencari rumah dan ansuran bulanan yang rendah disediakan? ALARIS Nusari Bayu adalah pilihan yang sewajarnya....

Pakej menarik yang ditawarkan adalah:-
  • Harga Kemasukan Rendah. Harga SPA bermula dari RM 511,999 untuk Bumiputera
  • Pengecualian Duti Setem dengan Insentif HOC 2.0 (sehingga Mei 2021).
  • Unit tersedia untuk berpindah*
  • Bayaran tempahan RM1,000.
  • Keahlian d'Tempat Country Club percuma
  • Ganjaran khas untuk kakitangan Kerajaan untuk unit terpilih.

Keahlian d'Tempat Country Club Percuma..

Apa yang anda perlukan semuanya ada di sini....



Swimming pool


Gymnasium


Tennis court


Spa


Jika korang memilih untuk menjadi pemilik di ALARIS Nusari Bayu , pastinya korang tidak akan menyesal kerana segala fasiliti terbaik untuk gaya hidup sempurna ada di sini. d'Tempat Country Club ini menempatkan gymnasium, bowling, Squash, Tennis dan Badminton untuk penduduk disini beriadah. Paling best swimming pool bersaiz Olympic juga lengkap untuk kegunaan penduduk.

Masih mencari kediaman bak syurga? disinilah kediaman yang patut anda pilih untuk kebahagiaan keluarga anda serta untuk membina masa depan anda. 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila daftar melalui http://bit.ly/nb2registerform


13 comments:

  1. Harga dia bikin seram.. 😅

    ReplyDelete
  2. Harga dia tu berbaloi dengan apa yang ada di sekeliling dia..bila baca sampai habis, memang buat saya terfikir nak beli satu..tapi apakan daya belum berkemampuan..

    ReplyDelete
  3. banyaknya kemudahan berdekatan...

    ReplyDelete
  4. Cantik cantik rumah kat Nusa Bayu Sri Sendayan ni. Kalau ada duit kepok kepok nak juga beli satu unit. tengok dari jauh je lah. huhu

    ReplyDelete
  5. Cantikkkk designnya, facilities punn banyak disediakan.
    Harga punnn boleh tahan hahahaha. Hanya mampu melihat dari jauh aje.

    ReplyDelete
  6. Facilities dia mmg wow2 kan.. Padan la dengan harga tu...

    ReplyDelete
  7. cantik dan selesanya kalau dapat beli sebiji bahagianya

    ReplyDelete
  8. Maakkk aaiii... harga lebih 1/2 juta oooowh!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah