Friday, April 30, 2021

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 17

Assalamualaikum...

Hi korang..

Lambat SA update blog hari ni kan...ada urusan kat Pejabat Tanah Seremban dan balik kampung sekejap rumah Mak Lang, lepas tu jemput plak anak bertuah tu balik sekolah dan terus ke Family Store cari lauk untuk berbuka..semalam SA masak macam biasa sebab tengah bercuti kan semalam...turn SA la masak plak...so SA masak simple je...ada yang marah sebab ini bukan simple katanya...for me ini la simple..x susak mana pun nak masak...hehehe...

Jom tengok apa SA masak semalam...


Sambal Sotong, abah mintak masak bulat2 macm tu...i mean sekor- sekor..


Kicap cili...SA goreng dulu cili dan bawang putih sampai agak layu then tumbuk baru masukkan kicap, maggi cukup rasa dan limau kasturi sebiji...sodap....


Sup kepala ikan merah...


Kailan Goreng ikan masin

3 juadah jer semalam...syukur alhamdulillah....dapat masak lagi untuk berbuka dengan Mak Abah dan Dania...hari ni tak tau la nak masak apa plak...anak dara tu request nak makan nasi arab..ayah dia ada kirim beras satu pek untuk nasi arab..SA pun tak tengok lagi...tak banyak la pek kecik je...kang SA nak cuba la masakkan...lepas tu decided buat Daging Kurma..kira ok la tu...malas plak nak masakkan lauk kambing walau ada je kambing dalam fridge tu....dah dia mintak tu maksudnya dia nak makan la tu...kena la buat..kalau tak tu kang...allahu susaha betul nak masakkan lauk untuk dia...semua tak makan...kecik2 dulu elok je plak makan....oh ye..SA ada gak beli kepah tadi kat pasar..beli sekilo jer cukup SA nak buat masak berlada serai....cukup la tu kot...goreng sayur kacang buncis kan?

Korang masak apa petang ni? 

Takkan beli lagi kot......
 


Fadhilat Bismillah 5

Assalamualaikum...

Hi korang...

Jom kita baca dan amalkan sama- sama Bismillah 5 untuk pedoman dan untuk kebaikkan diri kita sendiri. Abah SA tak sihat buat masa ni so..sedang amalkan Bismillah 5 ini untuk pelindung diri dan Abah jugak suruh SA amalkan. SA terpanggil untuk share kat sini...kat bawah ni apa yang SA copy dari google. sharing is caring kan...mana tau dengan amalan ini kita dilindungi dari bisikan makhluk- makhluk halus. Memang bulan Ramahan ni Syaitan semua diikat tapi bukan Jin kan...takpe la kita usaha agar kita semua dilindungi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.


Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

1. Menghalang jin dan syaitan

2. Terpelihara dari bahaya dan musuh

3. Penawar pelbagai racun dan bisa.

4. Penawar penyakit gila meroyan.

5. Melegakan bengkak dan benjol.

6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.

8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang

9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat

  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5 

  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.

‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’


Thursday, April 29, 2021

Juadah Berbuka Puasa Ke 16

Assalamualaikum...

Hi korang..

Alhamdulillah hari ni kita dah sampai hari ke 17 berpuasa kan...sekejap je masa berlalu...rasa macam baru semalam jer start puasa..masa sekarang makin laju kan...sedar tak sedar je...so semalam SA berbuka sedap sikit walau hanya 4 orang je kat rumah.. makan macam ada 8 orang kat rumah ni...Abah masak satu lauk je so SA beli Ayam Panggang...buat tambah....

Jom tengok juadah berbuka semalam. gambar tak teratur plak...masa upload dari hp bukan main lagi ikut susunan...bila dah masuk kat blog jadi tunggang langgang...malas plak SA nak delete dan betulkan balik...


Sos ayam panggang


Ayam panggang blackpepper ayamas


Mee goreng daging


Kurma best besar2


Asam rebus ikan pelaling


Telur Masin

Hari ni plak buntu ha tak tau nak masak apa...ulang kali dah bukak fridge, bahan nyer banyak tapi tak tau nak buat macam mana...kadang orang yang selalu masak ni pun hilang idea nak masak...tak tau la apa menu petang ni kang....abah nak pi beli kepala ikan nak buat sup katanya....tapi x tau la jadi ke tak...kita tengok la nanti ye....

Korang bercadang nak masak apa?
 


Cubaan Beli Ayam Percik Ayamas GAGAL.....

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam kan...SA sampai awal kat Seremban, lepas tu teringat Ayam Percik Ayamas. Tanya abah ada masak lauk apa hari ni..katanya masak satu lauk je..asam rebus ikan pelaling..so SA ajak abah pi Ayamas Seremban dan memang satu jalan pun...

Hampa....Ayam Percik Ayamas tu dah sold out..alaaaaa....mula ingat tak nak beli tapi dah jadi amalan SA..kalau dah masuk kedai tu klau takde benda yang kita nak dan ada pilihan lain SA akan beli yang lain...so SA beli la Ayamas Black Pepper...Golden chicken macam kosong sangat kan...



List untuk order...


Tinggal Pepper dan golden chicken je..SA amik pepper...


Ada chili sauce dia laa......


Pesanan SA sedang disediakan.....


Yang ni la yang SA nak beli tu...Ayam Panggang Percik...cepat betul habisnyaa


Ni yang SA beli....

Total damage RM28.00

Mahal?

Takpe la sesekali...next nak beli Ayam Panggang Bakers Cottage plak.. sebenarnya opposite je pun Bakers Cottage tu...boleh tak perasan plak...Sedap ke ayam ni? Sedap....juicy sangat...panas lagi kan...memang sedap....

Dania dah muak makan ayam katanya...tolong la jangan masak ayam lagi katanya...tapi bila masak dia gak yang makan....

Syukur rezeki semalam...rezeki dikongsi bersama....


Salam Nuzul Al-Quran 1442H/2021M

 Assalamualaikum

Hi Korang...



Alhamdulillah...hari ni dah 17 Ramadhan. Berbaki 13 hari lagi kita umat Islam bakal memperolehi kemenangan kan...Hari ni juga merupakan sambuatan Nuzul Al- Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Terdapat 8 buah negeri yang menjadikan Nuzul al-Quran ini sebagai hari kelepasan am bagi negeri masing-masing untuk  tahun 2021 / 1442H.

Negeri yang cuti bersempena Nuzul al-Quran ini ialah:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
  2. Kelantan 
  3. Pahang 
  4. Perak
  5. Perlis
  6. Pulau Pinang
  7. Selangor
  8. Terengganu
Negeri-negeri lain yang tidak menjadikan Nuzul al-Quran sebagai cuti atau hari kelepasan Am bagi negeri masing-masing adalah kerana mereka memilih Awal Ramadhan sebagai Hari Kelepasan Am pada 13 April yang lalu sebagai pilihan.

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran buat semua pembaca dan follower blog Suriaamanda..


Wednesday, April 28, 2021

Menu Berbuka Puasa Hari Ke 15 Simple Sangat..

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam..SA balik sampai Seremban Awal kan..sampai kat rumah tengok ada adik no 3 tu sekali ngan Aydan dan anak kembar dia..wah..meriah la berbuka macam ni...sampai je SA terus mandi dan turun balik nak tolong apa yang patut..tengok semua dah get ready dah...SA buka tudung saji tengok ada kuih je...aik...x masak ke? rupanya abah masak 1 lauk je...adik tengh goreng ayam untuk anak- anak dia..erm..ok la...elok la x banyak masak so takde la membazir....rupanya...Mak dah buat kuih fav abah dan buat lepat pisang jugak....

Jom tengok gambar jom...



Lepat Pisang Mak Buat


Kuih fav abah Kuih Bosopang..kuih ni agak popular di area Kuala Pilah...dia sama macam badak berendam cuma beza bentuk je...


Daging cincang masak lemak cili api...rasanya bulan puasa ni selalu sgt dah masak lauk daging


Ayam goreng Upin Ipin si Aydan dan kakak kembar...


So itulah rezeki kami semalam...simple jer...Abah makan kuih tu banyak gak..sebab fav dia tu....SA x tau la kenapa dinamakan macam tu...

Hari ni tak tau la Abah masak apa plak...kita tengok la nanti balik kang...kalau korang nak tau SA dah larang Mak SA berpuasa..dia dapat puasa 4 hari je...sebab dia letih sanagt bila puasa..dah la kena dialysis 4 kali sehari kan...so sedikit beban kat dia..SA dah cakap dari awal mak dikecualikan berpuasa..tak payah risau..nanti kit abayar Fidyah aje...mak pesakit Kronik...tapi korang tau la kan...dealing dengan parent yang dha berumur ni mana dia nak faham apa yang kita maksudkan..pada dia dia kuat..bila dah letih sangat, mencungap dan tak larat nak bangun...baru dia faham kenapa kita larang dia puasa...jaga orang tua yang uzur ni kita kena banyak sabar kan....

Ya allah berikan la SA sepenuhnya kesabaran menangani dan menjaga kedua ibu bapa SA...

Amin....

 


Pengalaman Berbuka Puasa Sejurus Turun Train KTM

Assalamualaikum....

Hi korang..

Isnin lepas...pengalaman sedih SA berbuka tahun ni...entah kenapa train komute buat hal lagi...SA sampai seremban tepat azan maghrib berkumandang...sayu sebak hati....nasib dah bagi tau Abah awal- awal tak payah datang ambik...nanti tak sempat abah berbuka kan...turun je dari train, beli air kotak kat kiosk tepi stesen tu...buka puasa..then terus menapak ke Seremban Parade depan tu...ada kedai mamak kat sini...berjalan la SA melintas jalan dengan orang lain...Ikutkan SA tak la terasa sangat pun..tapi terpandang satu family makan..terus rasa sebak hati...sambil tunggu makanan sambil mengalir air mata...allah...cengeng betul SA masa tu..nasib takde yang perasan...


SA order Teh O dan maggi goreng tambah ayam goreng bahagian peha...tak lalu plak tekak nak makan sebab maggi ni siap ada kayu manis bagai...tengok sedap tapi tu la...potong selera sebab ada kayu manis...pelik plak...selalu mamak x macam tu masak goreng2 kan...SA makan jer la sikit...ratah ayam tu dan tak lama tu dalam pukul 8 lebih lepas solat Abah pun sampai...sedih tau...dah la balik awal 4.30 petang sampai plak dah berbuka...sejak tu SA malas nak naik train dah..lantak la...SA semalam dah start naik bas balik...lagi awal SA sampai..6.15pm SA dah sampai Seremban....ntah apa lagi yang KTM ni nak baik pulih...2 laluan jadi 1 laluan dan train amik masa nak gerak...SA kalau hari biasa okey lagi..tapi kalau bulan puasa memang jadi sensitive...banyak benda SA fikir...dah biasa berbuka ngan family kan...tiba jadi macam ni..ngan mak abah risau kat SA...boyfriend2 pun risau...ehhhh...hahahaha.....

Itu lah pengalaman sedih SA berpuasa tahun ni....siyes sedih...lepas ni SA naik bas la balik kerja...cepat sampai dan hati tak sakit...janji boleh luang masa berbuka dengan Mak Abah dan Dania..


WW~ Random Photo Minggu Ini.....

Assalamualaikum..

Hi korang...

Jumpa lagi di entry Wordless Wednesday...wordless ke ni...hahaha..hari ni as usual kita tengok entry Random Photo...ini apa yang ada dalam gallery handphone dan dah delete pun...lagi 2 minggu kita nak raya kan...sibuk skrg cari persiapan raya tambahan...cuma baju je blom ada...walau nampak sama jer macam tahun lepas kita tak beraya...makanya tak perlu nak ove membeli..SA beli kuih je sikit dan sekarang nak cari baju raya kami 4 beranak...mak abah blom ada baju baru..abah tak nak baju melayu nak pakai baju melayu tahun lepas je..tapi nak seluar ngan t-shirt baru..Mak plak malu2 bila tanya...nak beli baju raya kaler apa..dia kata tak tahu la...SA dan Dania sebenarnya dah ada baju baru..last year dah beli macam- macam tapi nak gak add on..so..gigih la mencari yang online..sayangnya...kebanyakkan dah habis....maksud SA size dah habis....



Suka yang navy blue tu...tapi takde size M dan dah sold out...


Throwback FB...gambar diorang masa kecik2


Budak bertuah ni tak puasa...


Popia vietnam adik tayang dari rumah dia


Kerabu mangga kawan opis punya


Jumaat lepas, kerja selepas MC hari Khamis


Shopping beras dan barang dapur skit


Handphone jatuh dan screen protector retak berderai macam ni...skrg hp xde screen protector..nanti la balik Seremban cari...


SA sekarang balik kerja naik bas plak...x nak naik train dah sebab makin lambat...naik bas SA sampai Seremban 6.15pm..


Roadblock di exit nak masuk ke bandar Seremban

 

Suka jugak baju ni...tapi size M takde


Sekarang giler nak beli tupperware...join adik main kutu..SA nyer turn bulan 7 nanti


Anak buah...anak kepada sepupu...hari ni birthday dia genap setahun...tak pernah jumpa sebab lahir tahun lepas masa MCO kalau x salah...


Kurma dari Yayasan Al- Bukhary...pertengahan Ramadhan baru dapat..suka kurma ni sebab besar dan sedap...


Itu jer rasanya gambar yang ada dalam hp SA..takde dah yang terbaru...jumpa lagi next Random Story next week....


Tuesday, April 27, 2021

Resepi Telur Bungkus Simple Suria Amanda

Assalamualaikum..

Hi korang..

Sebenarnya ada beberapa orang duk tanya macam mana nak buat telur bungkus...eh..eh..malunya sebab first try kan Ahad lepas atas permintaan Dania. Ada ke patut dia request yang sama macam kat kedai tomyam..allahu...pening mama dia fikir..tetiba ting!!!!google kan ado...so..mama dia ni terus la cari resepi yang simple...kebanyakkan guna ayam tapi dania nak daging kisar tu sebagai inti...erm...lately ni Dania agak memilih makan...kadang- kadang geram je...ayam dia dah muak dah...susah mama, Atuk dan Uwan nak sediakan makanan dia...bila dia kata takpe..Dania tak kisah...masak je la apa2...eleh..non hadonyaaaa...dia x usik pun makanan tu...cakap jer tak kisah...sampai buntu mama x tau nak masak apa dah....

Eh jom la tengok resepi..panjang plak membebel...nasib mama lulus buat telur bungkus...patut SA toreh sikit bahagian atas telur tu kan...baru nampak isi dalam dia...takpe la..next time buat lagi SA buat macam tu....



 

Resepi Telur Bungkus

Bahan- bahan

  1. Daging kisar jenama Ramly sekeping
  2. Bawang holland 1/2 biji hiris dadu
  3. Carrot 1/2 batang - hiris dadu
  4. Cendawan butang 2-3 biji
  5. Sos Tiram 1 sudu besar
  6. Sos tomato 1 sudu
  7. Sos Cili 1 sudu
  8. daun limau purut sehelai buat bau
  9. Maggi secukup rasa secubit je
  10. Telur 2 biji
Cara masak
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sampai naik bau
  2. Masukkan bahan 1, 3 dan 4
  3. Masukkan daging kisar
  4. letak air sikit
  5. Dah part bahan tadi masak, masukkan kesemua sos
  6. Gaul bagi sebati
  7. Masukkan daun limau purut dan seukup rasa..
  8. Biarkan kering ye..senang nak balut ngan telur nanti..

Cara bungkus dengan Telur
  1. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk
  2. Masukkan lada sulah sikit dan garam secubit
  3. Kacau sampai sedikit kembang, macam buat telur dadar tu
  4. Masukkan sedikit minyak
  5. Masukkan telur dan layangkan perlahan macam buat lempeng
  6. Masukkan bahan inti tadi dalam mangkuk dan lekapkan di tengah telur tadi
  7. Bungkus kiri kanan setiap sudut telur, tak perlu balikkan
  8. Ambil piring tekapkan ke dalam kuali dan balikkan
  9. Dah siap!!!
  10. Siap!!!
Harap korang faham la apa yang SA terangkan tu...x reti la nak create ayat yang sempurna..guna ayat senang je untuk korang paham..hehehe...

Selamat mencuba...ni versi SA tau..yang SA google tu hanya cari bahan- bahan dan cara masak je je...rupanya tak susah mana pun nak buat..sonang yo la.....


Paparazzi Di Mana- Mana...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hey...selalu kena macam ni tau...paparazzi di mana- mana...feeling- feeling artis skit..ye la..macam SA kalau pi mana- mana pun nampak orang yang kita kenal especially officemate memang akan snap gambar...pas tu letak kat grup opis...hahaha..saje melawak..kadang buat video pun...pas tu membahan..bahan untuk orang yang jenis boleh bergurau kan..kalau jenis sendu macam takde life memang takde la nak buat...macam tu la kami kat office kalau bergurau...tak leh bergurau tak leh geng kami...takkan nak sendu je hidup kan..hidup ni kena ada gelak ketawa..kalau serius je...payah la....yang gambar ni kisah minggu lepas..masa ni tunggu orang hantar barang..duk kat tepi drop off area Malakoff tu...tak perasan plak kena snap photo....nasib baik tak nampak cacat tau.....




Rasanya ada video jugak..video SA melintas nak balik masa tu kat traffic light...hahaha...dulu ada sekali..ada lagi satu video..ntah mana ntah SA letak. Ke dah delete....eh..ntah la..kalau ada nanti SA buat entry...hahaha...itupun kalau la rajin...korang rasa SA rajin ke?


Monday, April 26, 2021

First Day Beli Juadah Berbuka Di Bazaar Ramadhan Puasa Ke 13

Assalamualaikum...

Hi korang....

For the first time juadah berbuka semalam SA beli sedikit makanan kat Bazaar Ramadhan kat area rumah..semua gara-gara xde idea nak masak apa ..bahan ada je banyak dalam fridge tapi macam rasa nak makan masakan org lain....kelakar betul la...adik2 x jadi plak berbuka kat rumah ..so..bagi duit kat Pak Zain, suruh dia beli je apa nak beli...sementara SA masak la apa yang patut...SA masak lauk sayur dan telur bungkus je buat tambah-tambah...

Jom tengok apa yg atuk ngan cucu tu beli....


Tepung pelita...sedap tapi....kurang manis...bukan kurang...tawar...ye la bulan puasa kan..what u expect


Kuih onde onde...


Satay beli 20 cucuk je..10 ayam..10 satay


Kuah kacang okey cuma cair...


Bawang, timun dan nasi impit


Sayur apa ada je dlm fridge..


Telur bungkus...percubaan pertama yang menjadi...

 

Dania puji telur bungkus SA masak tu...first try tp sedap la mama...nanti baju kerja mama biar dania yg gosok...haaaaa...nampakkkk....nampak x permainan dia macam mana...bertuah betul...macam ni mama suka..suka sangat2...mama boleh buat hari-hari..hahaha...jeling je dia...

Nasib juadah beli semalam tu settled...kecuali tau fu fa...gula pahit dan tauhu dia bertukar warna jadi choc...SA x bagi abah ngan mak makan...takut apa2 jadi kat perut diorang..diorang dh la sensitive...

Settle juadah puasa 13....

Hari ni x tau la Mak Abah masak apa.....

Tanpa Sedar Pageviews Dah 7 Juta....

Assalamualaikum...

Hi korang...

Haaa...ngade nak buat entry gak untuk kenangan...hey..SA x sedar pun pageviews dah cecah 7 juta uolls....ya allah terharunyaaaa...tak sempat plan nak buat pape pun kan...


 
Ada blogger dia akan buat mini GA untuk dapatkan siapa yang boleh snapshot jumlah pengunjung untuk jumlah tertentu dan bagi hadiah kan..SA cadang nak buat cam tu jugak la...tapi tak sempat..nak plak badan tengah tak sedap dan mood kelaut dalam kan...Apapun SA bangga...sekurang- kurangnya dah sampai 7 juta pageviews..jauh lagi perjalanan...ada blogger dah sampai 11 Juta dah..lama lagi la nak setanding diorang....

Terima kasih kat korang yang selalu berkunjung ke blog SA yang asyik merapu meraban je ni....masih banyak lagi yang SA perlu belajar dalam dunia blogging ni...hidup kita bila dah minat sesuatu kena rajin cari ilmu kan....semoga blog ni terus menerima kunjungan tanpa henti...Lepas raya insyaallah SA akan muncul dengan idea baru dalam dunia makan- makan...apa tu?

Tungguuuuu......


Cantiknya Baju Budak Budak Perempuan Di H&M

Assalamualaikum...

Hi korang...

Seronoknya bila ada anak perempuan kan...anak lelaki pun sama seronok tapi anak lelaki pun ok jugak kan...well..SA temankan kawan ofis pergi H&M tukar size seluar anak dia..sambil- sambil tu SA membelek la jugak baju budak- budak perempuan semua cantik- cantik dan geram jer SA tengok...terus rasa nak ada anak kecik lagi..tapi tu la..sayangnya adik- adik blom nak menambah lagi...hahaha..aci tak tumpang diorang jerk...sendiri memang tak la kan...

Eh korang tgok la gambar- gambar yang sempat SA snap tadi...








 
Tiara pakai cantik la ni kan...

Semuanya untuk anak- anak dari umur 2- 5 tahun...cantik- cantik...nasib x ikut kata hati tadi...haih..kenapa la Dania cepat sangat besarnya...kan elok kecik jer...macam - macam baju yang mama boleh beli...hahaha...dia dah puas dah dulu...puas dapat banyak baju mama dia belikan..last- last baju tu semua pergi ke adik- adik sepupu dia...lagi la untung adik - adik sepupu tu ha...kan?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah