Friday, April 30, 2021
Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 17
Fadhilat Bismillah 5
Assalamualaikum...
Hi korang...
Jom kita baca dan amalkan sama- sama Bismillah 5 untuk pedoman dan untuk kebaikkan diri kita sendiri. Abah SA tak sihat buat masa ni so..sedang amalkan Bismillah 5 ini untuk pelindung diri dan Abah jugak suruh SA amalkan. SA terpanggil untuk share kat sini...kat bawah ni apa yang SA copy dari google. sharing is caring kan...mana tau dengan amalan ini kita dilindungi dari bisikan makhluk- makhluk halus. Memang bulan Ramahan ni Syaitan semua diikat tapi bukan Jin kan...takpe la kita usaha agar kita semua dilindungi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Kaedah Merawat
- Letakkan tangan di tempat yang sakit.
- Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
- Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
- Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
- Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
- Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
- Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
- Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
Amalan Bismillah 5
- Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
- Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
- Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
- Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
- Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
Thursday, April 29, 2021
Juadah Berbuka Puasa Ke 16
Cubaan Beli Ayam Percik Ayamas GAGAL.....
Salam Nuzul Al-Quran 1442H/2021M
Assalamualaikum
Hi Korang...
Alhamdulillah...hari ni dah 17 Ramadhan. Berbaki 13 hari lagi kita umat Islam bakal memperolehi kemenangan kan...Hari ni juga merupakan sambuatan Nuzul Al- Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Terdapat 8 buah negeri yang menjadikan Nuzul al-Quran ini sebagai hari kelepasan am bagi negeri masing-masing untuk tahun 2021 / 1442H.
Negeri yang cuti bersempena Nuzul al-Quran ini ialah:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
- Kelantan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Selangor
- Terengganu
Wednesday, April 28, 2021
Menu Berbuka Puasa Hari Ke 15 Simple Sangat..
Pengalaman Berbuka Puasa Sejurus Turun Train KTM
Assalamualaikum....
Hi korang..
Isnin lepas...pengalaman sedih SA berbuka tahun ni...entah kenapa train komute buat hal lagi...SA sampai seremban tepat azan maghrib berkumandang...sayu sebak hati....nasib dah bagi tau Abah awal- awal tak payah datang ambik...nanti tak sempat abah berbuka kan...turun je dari train, beli air kotak kat kiosk tepi stesen tu...buka puasa..then terus menapak ke Seremban Parade depan tu...ada kedai mamak kat sini...berjalan la SA melintas jalan dengan orang lain...Ikutkan SA tak la terasa sangat pun..tapi terpandang satu family makan..terus rasa sebak hati...sambil tunggu makanan sambil mengalir air mata...allah...cengeng betul SA masa tu..nasib takde yang perasan...
SA order Teh O dan maggi goreng tambah ayam goreng bahagian peha...tak lalu plak tekak nak makan sebab maggi ni siap ada kayu manis bagai...tengok sedap tapi tu la...potong selera sebab ada kayu manis...pelik plak...selalu mamak x macam tu masak goreng2 kan...SA makan jer la sikit...ratah ayam tu dan tak lama tu dalam pukul 8 lebih lepas solat Abah pun sampai...sedih tau...dah la balik awal 4.30 petang sampai plak dah berbuka...sejak tu SA malas nak naik train dah..lantak la...SA semalam dah start naik bas balik...lagi awal SA sampai..6.15pm SA dah sampai Seremban....ntah apa lagi yang KTM ni nak baik pulih...2 laluan jadi 1 laluan dan train amik masa nak gerak...SA kalau hari biasa okey lagi..tapi kalau bulan puasa memang jadi sensitive...banyak benda SA fikir...dah biasa berbuka ngan family kan...tiba jadi macam ni..ngan mak abah risau kat SA...boyfriend2 pun risau...ehhhh...hahahaha.....
Itu lah pengalaman sedih SA berpuasa tahun ni....siyes sedih...lepas ni SA naik bas la balik kerja...cepat sampai dan hati tak sakit...janji boleh luang masa berbuka dengan Mak Abah dan Dania..
WW~ Random Photo Minggu Ini.....
Tuesday, April 27, 2021
Resepi Telur Bungkus Simple Suria Amanda
Resepi Telur Bungkus
Bahan- bahan
- Daging kisar jenama Ramly sekeping
- Bawang holland 1/2 biji hiris dadu
- Carrot 1/2 batang - hiris dadu
- Cendawan butang 2-3 biji
- Sos Tiram 1 sudu besar
- Sos tomato 1 sudu
- Sos Cili 1 sudu
- daun limau purut sehelai buat bau
- Maggi secukup rasa secubit je
- Telur 2 biji
- Panaskan minyak dan tumis bawang holland sampai naik bau
- Masukkan bahan 1, 3 dan 4
- Masukkan daging kisar
- letak air sikit
- Dah part bahan tadi masak, masukkan kesemua sos
- Gaul bagi sebati
- Masukkan daun limau purut dan seukup rasa..
- Biarkan kering ye..senang nak balut ngan telur nanti..
- Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk
- Masukkan lada sulah sikit dan garam secubit
- Kacau sampai sedikit kembang, macam buat telur dadar tu
- Masukkan sedikit minyak
- Masukkan telur dan layangkan perlahan macam buat lempeng
- Masukkan bahan inti tadi dalam mangkuk dan lekapkan di tengah telur tadi
- Bungkus kiri kanan setiap sudut telur, tak perlu balikkan
- Ambil piring tekapkan ke dalam kuali dan balikkan
- Dah siap!!!
- Siap!!!
Paparazzi Di Mana- Mana...
Monday, April 26, 2021
First Day Beli Juadah Berbuka Di Bazaar Ramadhan Puasa Ke 13
Tanpa Sedar Pageviews Dah 7 Juta....
Cantiknya Baju Budak Budak Perempuan Di H&M
Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah