Monday, March 15, 2021

Tips Elak Debu Di Rumah..

 Hi korang...


Debu rumah biasanya berkumpul di kasut, bantal, kerusi, peralatan rumah yang terbiar lama dan banyak lagi. Ia juga termasuk permainan kanak- kanak serta peralatan lain yang sering terlupa di cuci. Bab debu atau habuk ni memang SA sensitif, kalau ruang rumah atau bilik banyak habuk boleh mendatangkan penyakit. Antaranya asthma, sinus dan selsema. gatal- gatal kulit dan banyak lagi. Rumah berdebu dan berhabuk pun tak elok untuk kanak- kanak dan mengganggu pernafasan kita semua.




Tip di bawah ini berguna untuk menghindari atau mengurangkan debu dalam rumah anda. Jika anda termasuk individu yang alah debu, pastikan anda mempraktikkan panduan ini.



  1. Jauhi ruang yang sedang dibersihkan. Jika anda sendiri yang membersihkannya, lindungi mulut serta hidung anda dengan kain bersih.
  2. Untuk mendapatkan ruang yang bersih dari debu, ikuti langkah-langkah ini
  • Keluarkan semua barang dari bilik tidur termasuk alas lantai, permaidani dan semua barang dari dalam almari
  • Bersihkan bilik tidur mulai dari syiling, dinding, lantai, almari dan peralatan lain
  • Bersihkan bilik tidur diluar bilik. Kemaskannya satu persatu dengan dibersihkan sebelum dipasang kembali.
  • Kasut, bantal dan peralatan yang tidak digunakan perlu dibungkus supaya tidak terkena debu
  • Cuci cadar dan sarung bantal dua hari sekali
  • Peralatan di bilik tidur perlu minima, jangan gunakan permaidani berdebu dan lama
  • Adalah lebih baik jika bilik mempunyai alat penyedut debu
  • Bilik sebaiknya dijaga supaya sentiasa bersih
  • Jendela dan pintu perlu sentiasa ditutup
  • Jauhi dari duduk atau bermain pada kerusi yang sudah lama
  • Hindari tempat lembab dan tempat kedap udara
  • Anak yang tidak tahan debu jangan diberikan mainan yang berbulu kerana ianya memerangkap debu dan habuk
  • Pastikan anak bermain di ruang yang bersih dengan permainan yang bersih
  • Jangan biarkan pakaian bergantung atau barang- barang lain lama di dalam bilik



SA harap dengan sedikit panduan ini dapat membantu kita semua menghindarkan dari habuk atau debu di dalam rumah terutamanya bilik tidur. Penghidap asthma especially perlu mengambil berat tentang kebersihan rumah dan bilik tidur untuk mengelak dari serangan asthma. Sama- sama kita pastikan kebersihan untuk kesejahteraan keluarga kita..

11 comments:

  1. nak keluarkan semua barang tu yg paling lemah

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni kak.. kami anak beranakmmg sensitif dgn debu

    ReplyDelete
  3. mengelap habuk ni mmg kerja yang tak pernah habis...baru je lap...lat berapa hari dah berhabuk lagi

    ReplyDelete
  4. Nice sharing SA. Debu habuk ni memang sensitif, boleh naik gatal gatal kalau teruk sangat debunya

    ReplyDelete
  5. betul tu, nak kluarkan semua barang tu pk byk kali ni hahah..
    tapi ako ni sensitif btul dengan habuk... sekali mengemas mmg lps tu bsersin x ingat2.. bole jadi selsema 2 3 hari... sebab tu skrg ni ako upah orang mengemas je...

    ReplyDelete
  6. memang kena selalu bersihkan kediaman kita untuk mengelakkan debu

    ReplyDelete
  7. rumah kami tingkat 8, 2 jam je dah berdebu huhuhu

    ReplyDelete
  8. kene rajin cuci habuk.. wak cuci kipas siling je 😅

    ReplyDelete
  9. thank you sharing SA, mmg kena always cuci kan

    ReplyDelete
  10. Yang kena kluarkan semua barang tu memang hmmmm...

    ReplyDelete
  11. boleh try tips ni lepasniii :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......