Thursday, March 11, 2021

Salam Israk & Mikraj

Assalammualaikum..

Salam Israk Mikraj buat semua followers dan rakan bloggers serta kepada semua muslimin dan muslimat, marilah sama-sama kita menghayati makna dan roh di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj agar kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan akhirat



PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 621M iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w berumur 51 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). 

Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

#Salam_Israk_Mikraj

27 Rejab 1442H  |  11 Mac 2021.

12 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......