Monday, March 15, 2021

Resepi Ikan Kembung Goreng Berlada Versi Suria Amanda

Hi korang...

Dah makan? ke dah masak? Atau buntu x tau nak masak apa...meh la SA share satu lagi resepi paling mudah nak masak di kala xde idea nak masak kan. Musim panas ni kalau boleh hari- hari nak makan sup- sup atau rebus - rebus tapi itu kalau selera SA sendiri la..kalau orang lain SA x tau sure muak plak nanti kan..SA bila dah takde idea tu selalunya repeat apa SA and family suka makan...macam lauk ikan kembung goreng berlada ni la...senang, sedap dan jimat masa memasak....

Jom tengok resepi and as usual semua kat caption gambar ye..



3 ekor ikan kembung gemok gedempol di cuci bersih selepas disiang ye...hehehe...watak utama la kan..tajuk pun guna nama dia...


10-15 biji cili api, 4 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih...SA blend sebab nak cepat..malas sebenarnya nak tumbuk guna lesung batu..( sebenarnya dah tumbuk tapi masa tumbuk cili terpercik ke mata..apo..meraba la kejap, marah kat lesung batu terus blend kering je semua tu), SA add on sebiji bawang besar dan hiris kasar2


Kita bedakkan dia dengan serbuk kunyit dan sedikit garam


Dah siap blend, lantak la gambar tunggang terbalik ye Senah ye..masa blend ni..memang blend kering tapi korang tau la bawang merah tu memang kuarkan air kan...so nampak berair skit


Gorengkan dalam minyak yang panas..disiplin jer dia 3 ekor pandang satu arah...hehehe...


Dah siap goreng...eh mana lagi seekor...Pak Zain dah hijack untuk lauk dia nak makan ngan bubur...sabar jer la..


SAa goreng bawang besar dulu sampai layu dan naik bau kemudian masukkan bahan yang blend tadi, masak sampai cili dan rakan2 dia tadi nampak garing dan bertukar warna sikit, masukkan sos tiram satu sudu besar dan secukup rasa 1/2 sudu kecil. Tak perlu letak garam sebab tadi masa goreng ikan dah lumur garam sikit kan...dah sebati semua padamkan api...dah siap


Curahkan sambal tadi atas ikan yang dah goreng...

Dh siap!!

Sedia dihidang dan makan dengan nasi panas- panas..pedas memang pedas dan itu yang buat korang makan bertambah...hehehe...

Jumpa lagi next entry...selamat mencuba ye....pst...petang2 kalau buat cekodok ikan bilis cicah sambal ikan kembung ni memang best tau...tak percaya? cuba la...sepinggan cekodok pasti settle...tummy pun happy...hehehe..

9 comments:

  1. ooo SA guna cili ijo eh?
    ako suka buat smabal tumis cili merah hhehe.. br je makan semalam...

    ReplyDelete
  2. ni makan dgn nasi putih saja pun sedap ni

    ReplyDelete
  3. Naniey suka masak macam ni. Memang menambah la masak macam ni. Kadang buat ayam goreng pun mcm ni juga..

    ReplyDelete
  4. aduii,terliurrr nadyaaa. sedapppppp :)

    ReplyDelete
  5. menu begini mmg menambah kak SA oi!

    ReplyDelete
  6. ini mmg sedap.. takyah lauk lain dah

    ReplyDelete
  7. As macam gini lauknya pun dah ok sangat. Makan mesti bertambah...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......