Sunday, March 7, 2021

Menu Sabtu Minggu Pertama

Hi korang...

Semalam SA ngan Mak Abah dan Dania berpeluang balik kg Kuala Pilah sekejap, pagi- pagi lepas sarapan kami gerak ke kampung yang ambil masa 20-30 minit dari rumah. SAje je nak balik sebab dah lama betul taka balik kan. Cuaca memang panas semalam dan buat kami semua tak tahan. Nak balik lepak lama- lama kat kampung pun tak boleh sebab Mak nak dialysis pukul 1 tengahari. Balik dari kampung terus pergi kedai beli bahan- bahan nak buat laksa plak..petang tu rasa nak makan laksa sebab balik kampung ada ambil daun kesum dan bunga kantan. Berkobar- kobar semangat nak buat laksa..entry laksa SA share kat entry lain eh....

So balik semalam SA masak lauk ni je la...4 menu biasa yang SA masak untuk lauk tengahari..kelakar sebab mak suruh masak ikan senangin tu 2-3 ketul je untuk semalam bawak ke dinner..SA pi masak semua sekali...hahaha.....tapi habis sebab ikan senangin tu fresh dan manis...hehehe....masak plak pedas skit dan campur asam belimbing buluh kan...memang sedap la makan...

Jom tengok menu SA masak



Jiran sebelah bagi Udang harimau banyak..separuh abah masak masuk dalam maggi hari Khamis ari tu..pas tu lagi separuh buat goreng tepung macm tu ha...buat garing skit..sedap...


Ikan senangin masak lemak cili api campur belimbing buluh


Sayur kangkung celur


Sambal belacan


Makan dalam cuaca panas...memang berpeluh- peluh...sedap betul makan sebab dah lama x buat sambal belacan. Memang sambal belacan ni menaikkan selera kan..SA makan ikut portion sebab petang nak makan laksa..

Menu- menu diatas memang simple dan mudah dimasak...bahan- bahan memang dah ada untuk memudahkan lagi dan menjimatkan masa memasak...lepas ni SA dah start kerja dan semestinya SA takde peluang nak masak macam hari biasa. Mungkin Sabtu jer la SA leh share masakan SA.

Nanti SA cerita entry kat kampung ye...till then..jumpa lagi next entry


6 comments:

  1. akak sebut udang letak dlm maggi terus rasa nak makan maggi..
    kangkung celur tu sedap jgk mkn dengan kuah rojak. Lama x mkn..
    Sedapnya masakan ada belimbing buluh. Kat sini susah nk jumpa. Kena pergi pasar tani kot baru jumpa. Masak gulai masam ikan sungai..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. lauk yang menyelerakan. semalam pun saya kat pilah gak. Dapat juga bawa balik belimbing buluh. tengah musim agaknya sekarang.

    ReplyDelete
  3. pehh udang masuk dlm meggie je.. adeh sedap

    ReplyDelete
  4. sedapnya udang goreng tepung tu!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah