Hi korang..
Bukan main lagi SA ni kan...nak masuk kerja mengalahkan nak masuk sekolah plak..semua nak beli baru..SA nyer kasut kerja dah x leh pakai.tapak dah rosak and nak kena pi repair. SA suka pakai kasut tu sebab comfort..so nak tak nak sebab dah rosak makanya SA beli la sandal kat Vincci. Takde pilihan kat Seremban kan...so rembat jer apa yang ada..lagipun kasut lain ada kat office..so sandal ni pakai untuk pergi kerja balik kerja dan kegunaan seharian je...
Nasib SA masuk Vincci sebab dia tengah buat clearance sales..sandal yang SA beli ni RM49. Cuma kalau ada masalah size lepas dah cuba dan nak tukar lepas dah bayar dah tak boleh ye...ingat nak beli 2 pasang kasut tapi ada orang tukang zikir kat telinga SA...tak boleh katanya..beli satu jer buat apa nak beli banyak2...adehhh...sabar jer la....
Sape suka beli kasut Vincci?
As usual amik warna hitam boleh padankan dengan apa jer kaler
Comfort kasut ni..senang pakai sebab ada strap tu ha...lekat kan aje
Cantik tak?
Knowing SA dulu memang hantu kasut...memang suka sangat beli kasut kadang penuh dalam kereta. tapi sekali dah lama x pakai dan dah rosak rasa rugi plak...sebab tu SA beli ikut keperluan dan pakai sampai dah betul2 rosak baru beli lain...haaa...ni dah betul- betul rosak maka SA terpaksa la beli baru...
Balik tadi mak cakap dah takde ke pesen lain nak beli...itu la yang paling cantik yang mata SA ni berkenan...yang lain tak berkenan langsung...SA plak dah x pakai kasut tumit tinggi...dah tua- tua ni dah tak berahi kat kasut tumit tinggi...ada jer kat opis tu yang 6 inch...tak pakai- pakai pun...takut terpeleot dan takut jatuh...lagipun bahaya umur- umur macam sekarang pakai high heel sebab takut sakit tulang belakang kan....
Memakai kasut bertumit yang terlalu tinggi sangat digemari oleh wanita bekerja untuk kelihatan lebih yakin dan lebih tinggi.Kadang-kadang terpaksa demi untuk kelihatan cantik.Namun, tahu tak korang pemakaian kasut bertumit terlalu tinggi dan memakai terlalu lama boleh menyebabkan masalah postur dan masalah sakit sendi?
Postur badan kita mungkin berubah menjadi sedikit bengkok sekaligus tulang belakang turut sama terjejas membengkok. Kajian menunjukkan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci cenderung memberi kesan yang sangat besar pada tulang sendi pada bahagian kaki dan kesan jangka masa panjang memberi kesan pada tulang belakang. Bayangkan jika kita tidak menjaga, kita berkemungkinan akan lumpuh.
Tanda-tanda awal terjadinya kesan ini adalah betis mula kebas dan bahagian tulang belakang mula merasa lenguh dan tidak selesa. SA dah pernah rasa sebab tu dah tak pakai kasut tumit tinggi dah...lebih selesa pakai flat shoe dan sandal je...ini pun dah cukup tinggi dah walau tapaknya rata.
So...buat wanita di luar sana SA nak seru korang supaya kurangkan memakai kasut bertumit tinggi kerana kesan penggunaan mungkin tidak akan nampak. Tetapi setelah kita berumur pasti kita akan menyedari kesan tersebut. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna kan...so better berjaga- jaga dari sekarang.
Jumpa lagi korang next entry...
lama juga tak merayap kat vinci..sama la sejak mco ni habis semua kasut rosak..
ReplyDeletetapi suka pkai heels rasa cam confident lebih heheh
sandal Vincci banyak design yg menarik..
ReplyDeleteDana lagi dah lama tak beli sandal atau kasut di vincci kak... sbb kdg tak banyak untuk saiz besar
ReplyDeletepesan org2 tua pas beli kasut baru kene gigit kasut tu utk elak melecet belakang tumit., hehehe
ReplyDeleteKalau dah gigit kasut tu, masih melecet juga
Deletegigit kaki yang melecet tu pulak
Vincci kalau buat sale, memang betul betul murah. Tapi time takde sale mahal sangat hahaha
ReplyDeleteSimple! Just nice.. Lama gak x soping kasut ni..
ReplyDeleteCantiknya kak. Saya pun dah lama tak beli kat vincci. Kasut vincci tahun 2018 pun ada lagi haaa. Cume xdaya nak pakai sbb bdn dh mok2 so cm xsesuai. Heheheh
ReplyDeleteSamalah Kita, dulu hantu kasut, sekarang ni dah insoffff hahaha
ReplyDeleteTak apa-apa sepatu bermasalah. Yang penting tampil cantik. He he ....
ReplyDeletecantik :) kalau kerja office mmg syok pakai..shida ni mmg duk office tp kehulu kehilir..amat x sesuai..last2 guna selipar je ^_^
ReplyDeletecantik
ReplyDeleteaakak pun suka sandal vinci
dah lama tak masuk vincci
ReplyDeletevincci area naniey semua dah tutup. Lama x masuk. Sejak tak keje ofis ni memang xde dah high heel. Kalau dulu pergi kelas pun pakai 3inch. lol...
ReplyDeleteLamanyaa tak masuk Vincci
ReplyDeleteLama juga tak ke VINCCI sejak pandemik COVID-19 ni. Saya pun dulu suka kumpul kasut sampai tak terpakai dan reput. Sekarang nak membeli pun kena tunggu kasut rosak dulu baru beli baru.
ReplyDeletetak pernah pakai VINCCI, tapi kasut akak beli tu memang nampak selesa...
ReplyDelete