Sunday, March 7, 2021

Laksa Penang Tak Cukup Bahan Namanya Ni...

Hi korang..

Seperti yang SA janjikan sebelum ni...meh la SA nak share aktiviti buat laksa SA lepas masak lauk tengahari semalam...kisahnya dalam fridge banyak sangat ikan kembung dan ikan pelaling..korang tau la Pak Zain tu kalau pi kedai takde la ikan lain yang dia nak beli...balik- balik ikan pelaling. Stok makin banyak lepas tu SA cakap nak buat laksa la..panggil bebudak ni balik makan laksa...si budak Lisa tu mengada..hari tu sibuk nak makan laksa..bila orang buat dia tak balik plak...geram betul....


See...gemuk- gemuk ikan kembung dan ikan pelaling kan?


Bahan- bahan,,daun kesom tu besar2 tau...jarang jumpa besar2 macam tu...ni Mak Lang SA yang tanam...ambik sikit kat kampung


Rebus ikan sekali ngan asam gelugor...x nampak pulak asam gelugornya....


Sementara tunggu ikan masak..SA siapkan mee laksa tu...rebus dan toskan


Condiments untuk laksa


Cili padi dan limau kasturi


Salad..


Dah siap kuahnyaaa...pekat skit...


Semangkuk laksa SA makan...

Sebab apa SA caakp tak cukup lengkap? Sebab takde nenas dan petis udang...kalau ada lagi sedap..laksa version ni SA x buat pedas sebab abah SA kan takleh makan pedas...itupun dia dah sibuk sakit perut. Maybe dia tak boleh makan mee laksa tu..angin kan....lepas tu SA adjust la kuah laksa tu bagi pedas sikit...haaaa...amik kau...berulang- ulang SA dan Dania makan...kitrang jer la yang habiskan...itupun ada setengah periuk lagi kuahnya....caner nak abiskan ni...

Sabar jer la budak- budak ni tak balik...terpaksa la SA simpan kuah laksa dalam freezer. Bila dania nak makan nanti dia panaskan la...esok SA dah mula kerja...ingatkan nak bawak bekal...tapi tengok la dulu...kalau rajin nak jugak bawak bekal pi kerja ha....musim2 Covid yang belum habis ni memang bahaya kalau nak keluar kesana sini kan....


7 comments:

  1. Tak cukup bahan pun nampak sedap kak. Rajin akak melaksa. Okaylah ada lebih simpan nanti tinggal panaskan je. Itulah, tak leh nak kemana sangat. Sekarang ni pun elakkan tempat orang ramai. Dapat lah balik kampung kejap.

    ReplyDelete
  2. Laksa Penang mmg ada telur ke? igtkan yg ada telur ni laksa kedah .heehehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya terliur nampak. nak try buat lah. hehe

    ReplyDelete
  4. kat rumah ikan kembung pun banyak ingat nak buat laksa juga tapi sampai ke sudah tak buat lagi..hahaha. sedapnyaa akak masak :)

    ReplyDelete
  5. peh kalau ada nenas dgn petis lagi sedap kak oii tapi tak cukup syarat pun sedap gak tu

    ReplyDelete
  6. dah baca sampai bawah baru tahu apa tak cukup. Tengok kat atas smua macam dah cukup..

    Kalau ada nenas lagi sedap...

    ReplyDelete
  7. kalo saya, macam ni pun dah cukup..fuhhhhh merecikk peluh kat dahi hirup kuah..haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah