Hiking kini menjadi pilihan ramai kini untuk mengisi masa lapang. Rata-rata hiking memang sangat mendapat tempat di hati peminat- peminatnya termasuk SA..So hari ni SA nak share ngan korang...10 sebab hiking menjadi kegilaan ramai peminatnya...SA dah lama cuti hiking ni sebab MCO kan...lepas ni insyaallah SAa akan mulakan semula selepas kebenaran merentas negeri di benarkan semula. Kesian kawan- kawan satu group yang takde di NS...so tunggu la kebenaran merentas dulu baru kami on semula hiking ni..
Next plan kami adalah mendaki Gunung Datuk.. separuh yang ada kat NS dan start mendaki GD dah last week..SA x join sebab nak tunggu kawan- kawan yang lain dan kebetulan SA ada hal hari Sabtu kan...
10 Sebab Hiking Menjadi Kegilaan Ramai Peminatnya
1) HIKING BUAT ANDA GEMBIRA
Menurut kajian Universiti Stanford pada tahun 2014, hiking boleh meningkatkan mood gembira dan mengurangkan keresahan anda.
2) HIKING BOLEH MEMBANTU ORANG YANG DEPRESI
Sembilan puluh minit melakukan aktiviti panjat bukit ataupun gunung dan berada di sisi alam semulajadi boleh mengurangkan rasa depresi pada otak, kata kajian di dalam LA Times.
3) HIKING BOLEH MENGURANGKAN STRESS
Berjalan jauh, menolong rakan-rakan dan mendaki bukit boleh menjadi punca positif pada kepala dan hati yang stress akibat pelbagai masalah.
4) HIKING MEMBANTU ANDA MENYELESAIKAN MASALAH
Menghabiskan masa mendaki bukit boleh meningkat kemahiran menyelesaikan masalah anda sebanyak 50%, kata kajian di dalam Huffington Post.
5) HIKING BANTU TINGKATKAN MEMORI
Dengan hanya satu jam menghabiskan masa bersama alam sekitar, prestasi memori anda akan meningkat 20%, menurut satu kajian di Universiti Michigan.
6) HIKING MEMBANTU ANDA LEBIH KREATIF
Apabila anda mendaki bukit bersama teman-teman, mendaki hingga ke puncak, ia membantu anda untuk menjana idea-idea baru yang lebih kreatif.
7) HIKING MENINGKATKAN STAMINA
Terutamanya anda yang suka mendaki di bukit dan gunung yang mencabar, kesannya sama seperti anda melakukan senaman kardio. Hiking menjadikan anda lebih fit dan membantu menbakar kalori sehingga 500 kalori dalam masa satu jam.
8) HIKING BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Dengan melakukan aktiviti mendaki, ia merendahkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko diabetes dan juga obesiti. Mendaki pada ketinggian yang lebih tinggi pula bagus untuk jantung anda.
9) HIKING DI TEPI LAUT BAGUS UNTUK ANDA
Kajian pada tahun 2012 menyatakan, mendaki di kawasan yang berdekatan laut biru boleh membantu anda kurang berfikir tentang masalah. Warna biru laut sememangnya menjadi penenang jika anda dilanda pelbagai dugaan.
10) HIKING MENJANJIKAN KESERONOKAN BERSAMA KELUARGA DAN TEMAN
Jika ada ahli keluarga dan teman-teman anda yang berkongsi hobi yang sama iaitu mendaki, ajaklah mereka bersama kerana sememangnya ia memberikan kegembiraan dan kepuasan yang maksima apabila anda sampai ke puncak dengan orang tersayang.
hiking bole mengelakkan urusan rumahtangga n suami seketika.. kehkeh2
ReplyDeletetapi kalo lama sangat tak hiking, tetiba kena hiking, memang pancit ahh..pernah kena kat diri sendiri masa pergi Medan, tiberr tour agent tu ajak naik Gunung Sibayak..perghhh..semputtt kat atas tu..jantung laju gilerr...ahahha
ReplyDeleteAktiviti ni memang menyeronokkan nak-nak kalau laluan ade air terjun... stop main air dulu hehehe
ReplyDeletezaman belajar je suka hiking...
ReplyDeletedah tua2 ni kaki dah x kuat hahahaha...
silap-silap kang takut org lain kena tolong papah sepanjang hiking :D
wahhh. byknya kebaikan hiking.
ReplyDeletesyu pon suka hiking ni. rsa hilang stress bila dpt hiking. mood pon jd happy
Seronok tengok orang pi hiking, tak tau lah Kak Sue mampu ke tak nak buat SA..
ReplyDeleteWak hari2 hiking kat kebun aje
ReplyDeleteoo patutala ramai yg suka hiking dah jadi seronok ye
ReplyDeletebestnya dpt p hiking...asyik perap dlm rumah je ni
ReplyDeletePaling best pergi hiking sebab boleh nampak view yang cantik dari atas bukit/gunung.
ReplyDeletesaya ni nak bangun tidur pun malas kadang tu..lagi nak hiking...memang tak la...hahaha
ReplyDeleteLamanya tak hiking. Selalu ikut kawan hiking tapi kita tunggu bawah bukit heheheee.
ReplyDeletebestnya hiking. bagus utk kesihatan mental, fizikal dan emosi. Rasa release betul. tapi naniey xde geng nak hiking. Lagi now ada Naura lagi la tak beraktiviti mana..
ReplyDelete