Friday, February 12, 2021

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2021

Hi korang....

Hari ni merupakan sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun 2021. Tahun ni kaum cina menyambut perayaan ini serba sederhana. Takde kedengaran mercun macam tahun- tahun yang lepas. Senyap sunyi jer kawasan rumah SA..kalau ada pun malam semalam sekali jer tapi rasanya dari taman lain. Kalau dulu meriah dengan mercun dan gendang tarian singa. Betul la pandemic ni mengubah segalanya...semua terasa asing. Dah terpaksa kerana Covid-19 ini bukan sebarangan bencana. Tak tau la sampai bila kita nak hadapi semua ni. Rindu nak lepas bebas kemana- mana macam dahulu. Nampaknya semua perayaan lepas ni sama jer macam tahun lepas..kena sambut dalam suasana dan ikut SOP..kan?

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko Covid 19 semasa perayaan Tahun Baru Cina. Mmeandangkan keadaaan negara yang masih menjalani MCO, maka adalah disarankan agar sambutan ini diadakan secara sederhana dan mengikut SOP yang disediakan oleh pihak MKN dan KKM.



Dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terpenting bagi orang Cina dalam menyambut tahun baru dalam kalendar qamari cina. Kalendar qamari cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun lepas merupakan tahun tikus manakala untuk tahun 2021 adalah tahun Lembu.
Di kesempatan ini,

SA ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua penganut- penganut Buddha, kawan- kawan Chinese SA, tak kira la blogger ker, kawan sekerja dan kawan- kawan sekolah. Selamat Tahun Baru Cina. Selamat bercuti buat semua dan penuhi percutiaan anda semua dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan lupa #kitajagakita.

6 comments:

  1. Selamat Tahun Baru Cina & selamat bercuti juga buat SA :)

    ReplyDelete
  2. Happy cuti juga! Takdapat gather gather uncle Zoom je dengan kawan2

    ReplyDelete
  3. uishh dari CNY saya tak blogwalking kat sini..hahahaha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......