Monday, February 8, 2021

Resipi Ayam Singgang Simple Dan Jimat Masa

Hi korang..

Hari ini, SA nak kongsikan resipi Ayam Singgang yang sangat menyelerakan dan khas untuk korang yang ingin hasilkan menu simple dan ringkas masa musim- musim PKP ni. Dimakan pula dengan nasi putih panas-panas, memang power!

Begini caranya untuk membuat Ayam Singgang dengan menggunakan bahan-bahan simple sahaja..Ayam singgang adalah hidangan lauk yang sedap dan juga sangat mudah untuk dibuat..Memang betul senang, korang hanya perlu didihkan air dan masukkan bahan-bahannya sahaja! SA memang tak guna masa yang lama untuk masak menu Ayam Singgang ni..




 
Bahan-bahan:
  • 4 ketul paha ayam / whole leg ( potong kecik)
  • Air secukupnya 
  • 1 biji bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci kunyit (tumbuk)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 inci lengkuas (dihris) 
  • 1/2 sudu kecil maggi secukup rasa
  • 2 batang serai
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 biji cili merah (dipotong)  - SA x guna cili
  • 5 batang sayur bendi - SA guna tomato
  • 5 biji cili padi - SA x guna
Cara Memasak

1. Masukkan air, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, serai, asam gelugur dan maggi secukup rasa. Didihkan.
2. Masukkan ayam
3. Didihkan hingga ayam masak. 
4. Masukkan Tomato
5. Ayam Singgang sudah siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!!

Menu ni SA tak gunakan cili langsung so the kids kat rumah ni boleh makan dan hurm...bertambah- tambah nasi diorang makan...paling mengejutkan habis lauk ni untuk makan tengahari aje...tak sangka plak masing- masing suka...nanti bila- bila diorang suruh buat lagi...

12 comments:

  1. menu singgang mmg simple..tp ayam tk pernh lg buat singgang..slalu ikan singgan, daging singgang or tulang singgang

    ReplyDelete
  2. Singgang ayam ni hidangan sedap, sihat dan berkhasiat. Kuahnya tu kalau hirup panas-panas... aduhai... slurrrppp...sluurrppp!

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap nie SA.. nanti nak cuba masak jugak lah..

    ReplyDelete

  4. lamanya tak buat singgang ayam. Tapi hari ni nak buat kari ayam nampak status kak SA kat fb td. Nak kena cari daun kari dulu lah :)

    ReplyDelete
  5. Aduhai, sedapnya. Boleh masuk plan menu utk minggu ni :)

    ReplyDelete
  6. Ayam singgang pun sodap, cepat dan mudah nak masak :)

    ReplyDelete
  7. saya tak penah makan ayam singgang.. selalunya masak dgn ikan

    ReplyDelete
  8. ammi pun nak cubalah esok. tapi tetap nak letak cili sbb nak bagi si kecik tu blajar makan pedas

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......