Monday, February 22, 2021

Mudah Dan Jimatnya Buat Asam Keping Sendiri

Hi korang...

Asam gelugor merupakan bahan masakan yang seringkali digunakan dalam keperluan masakan- masakan seharian. Penggunaan asam gelugor sangat- sangat sinonim dalam menambahkan kelazatan dan menaikkan aroma dalam masakan tersebut. Kalau di tanya pada anak- anak kita sekarang apa asam gelugor atau lebih dikenali dengan panggilan asam keping, memang mereka tidak tahu atau tidak kenal. Anak SA sendiri confuse apa asam keping. Asam jawa kenal la katanya. 

Jom kita tengok aktiviti SA dan family dalam menghasilkan asam keping sendiri. 




Asam keping menerbitkan rasa masam dalam masakan. Apabila bersatu dengan perencah masakan lain akan mewujudkan imbangan rasa yang enak. Ia biasa digunakan dalam masakan seperti asam pedas, gulai, tomyam dan laksa selain bertujuan menghilangkan rasa hanyir ikan dalam sesuatu masakan.

Nama botani asam gelugur ialah 'garcinia cambogia' dan ia adalah pokok hutan yang dipercayai berasal dari India.

Penggunaan asam ini mudah. Hanya ambil beberapa keping menurut kesesuaian cita rasa dan masukkan ke dalam masakan.

Sememangnya rasa masam boleh juga diperoleh menggunakan asam jawa. Namun asam keping lebih ringkas dan mudah digunakan.



Germ plak tengok buah ni...rasa macam sedap je...macam buah mangga muda..


Buah asam gelugur nak buat asam keping..RM3 sebiji ada orang jual kat pasar...Abah SA beli 3-4 biji..dah siap hiris dan nak jemur plak...so pagi semalam memang bangun tido jer SA nampak mak hiris buah asam gelugur ni...maka terjadilah conversation ngan abah pagi semalam..

Me : sedap plak nampak buah ni bila dh hiris...macam buah mangga muda..sedap x abah kalau cicah kicap cili ni...
Abah : Cubo la buek...kot terdayo kau kunyah...
Me : 😆😆😆😆
Mak : Cubo buek...mak bagi RM100 dengan syarat habiskan 1/2 biji
Me : Boleh terus kurus x? tapi RM100 x berbaloi la mak.
Mak : 😆😆😆😆
Abah : Cubo la long..abah up lagi RM100
Me : Takpo la...x sanggup berumah dalam toilet kang de...

Tak pasal2 cirit birit kang...dh la x sihat macam org lain...SA cuba jugak gigit skit ..mak oiiiiii...bertakung air liur dek masam eh...belum pernah lagi la orang makan buah asam gelugur fresh ni cicah ngan kicap kan...



Lepas dah hiris..kita jemur di tengah panas agar cepat keringnya. untuk kali ni Abah cuma ambil masa 2 hari untuk dapatkan asam keping yang cukup kering nak pula cuaca sangat- sangat panas sekarang kan.

Menghiris perlukan kemahiran untuk memastikan hirisan sekata, tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Hirisan yang tidak sekata akan menyebabkan bentuk hirisan tidak menarik.

Hirisan yang tebal pula akan menyebabkan proses pengeringan lambat. Bagi mereka yang mahir menghiris, hanya beberapa minit diperlukan untuk menghiris setiap biji asam gelugur dengan ukuran hirisan sekata. Bagi memudahkan kerja, pisau tajam diperlukan.


Dah siap!!


Cantik kejadiannya kan....

Sekalipun asam keping ialah bahan penting yang kerap digunakan dalam masakan, tidak ramai yang tahu bagaimana ia dihasilkan terutamanya bagi genarasi baharu yang tinggal di bandar.

Apakah proses yang dilalui sebelum asam keping ini sampai kepada pengguna?

Kebanyakan pengguna hanya tahu membeli bahan tersebut dalam bentuk kepingan yang sudah siap sehingga menyangka ia memang asalnya dalam bentuk seperti itu. Cara itu lebih mudah kan? Hanya beli dan terus digunakan.

Tetapi SA dan family memilih untuk buat sendiri. Sebab itu kalau pergi pasar tani dan nampak buah ni, kami akan terus beli beberapa biji dan buat sendiri. Kualiti dan kebersihan lebih terjamin apabila buat sendiri kan..beberapa biji buah asam gelugur itu cukup stok untuk setahun penggunaan.

Memang puas hati buat sendiri cumanya buah asam gelugur ini bukan la buah yang sentiasa ada kerasa ianya tergolong dalam buah yang bermusim. Kalau tiba musimnya memang banyak di jual di pasar- pasar tani.  SA sendiri tak pasti bila musim buah asam gelugur ini. Bila ternampak kat pasar tani memang akan beli.

Semalam dah tunjukkan pada Dania proses buat asam keping...so baru la dia tahu asam keping tu sebenarnya dihasilkan dari buah...arwah atuk SA ada tanam pokok asam gelugur ni di dusun kat Kuala Pilah. Sayangnya SA pun dah lama x pergi dusun tu dan dah tentu2 dah jadi hutan banat. masa kecil2 dulu ada la sekali dua ikut arwah atuk naik gunung pergi dusun. merasa la mengutip buah asam gelugor untuk dibawa balik ke rumah. Kini semuanya tinggal kenangan kan.....
 

15 comments:

  1. wah buat sendiri..cantik kejadiannya

    ReplyDelete
  2. pernah gak buat sendiri asam keping ni..lama pulak tu stoknya nak habis..memang jimat!

    ReplyDelete
  3. sama SA..saya pun stok asam keping, mak yang bagi sebab mak buat sendiri macamni. Buah asam ni pun mmg banyak kat area rumah mak kat kampung.

    ReplyDelete
  4. First time nampak proses pembuatan asam keping ni. Selalunya beli yang dah siap.

    ReplyDelete
  5. wah, baru tau jugak.. nampak fresh sgt asam keping tu

    ReplyDelete
  6. beberapa tahun lepas first time saya nengok asam keping yg fresh kak.. untung boleh buat sendiri

    ReplyDelete
  7. Wah dah siap.. Memang untung buat sendiri la..

    ReplyDelete
  8. Lagi puas hati kan bila buat sendiri.. Lebih bersih.. Jimat pun jimatkan..

    ReplyDelete
  9. okay this is the first time tau benda ni

    ReplyDelete
  10. Pertama kali nampak buah asam keping tu. Selalunya tengok yang dah siap tu aje. Macam buah pisang bila sis SA tangkap gambar dekat-dekat macam tu. Haha

    ReplyDelete
  11. Mak mertua pun buat sendiri. Selalu dapat bekalan dari mak mertua. Asal ada buah mesti dia buat. Lagi sedap dan bersih buat sendiri :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......