Sunday, February 28, 2021

Menu Ahad Yang Panas Lit Lit...

Hi korang...

Akhir- akhir ni panas betul kan cuaca?SA sehari berkali- kali mandi termasuk waktu malam. so hari ni SA masak lauk atau menu yang simple lagi dan kali ni menunaikan permintaan mak yang dah muak makan ikan, muak makan ayam. So lauk hari ni berasaskan sayur dan ada la tambahan menu lain untuk anak dara dan Pak Zain...Sedap betul makan hari ni memandangkan lambat masak..pagi dah pergi ke Econsave cari barang dapur untuk kegunaan 2 minggu dan terus ke Pasar Besar Seremban selepas 1 tahun tak pergi. Giler la....kalau dulu every week memang pi Pasar Besar Seremban. Ni sejak MCO tahun lepas sampai tahun ni...baru kami terjah hari ni. Tapi SA ngan Pak Zain je la yang pergi...Mak tinggal dalam kereta. 

Jom tengok apa menu yang SA masak...


Cendawan Tiram Masak Lemak Cili Api


Daging goreng kicap for Dania...minah ni makan memang sangat memilih, daging kalau bahagian lemak2 tu tak suka..mesti daging pejal...sebab tu tadi beli daging batang pinang, mahal sikit pun takpe la..asalkan dia nak makan...


Ikan mambong goreng biasa je


Masak bening sayur bayam...no minyak at all

Syukur...rezeki hari ni...walau cuaca panas tetap sedap makan....bila dah kenyang perut dan dah suka hati..walau cuaca panas tetap la tido siang...aduhai...sedap betul hari ni SA tido...tak pernah- pernah tido siang...hari ni tido lama betul...bangun jer dah terasa segar dah badan sebab dapat rehat yang cukup. WFH dah 2 bulan tapi rehat tak pernah cukup kan....apa nak buat...kerja office buat..kerja rumah pun buat...nasib x lama lagi sekolah buka...SA jer la ntah bila nak masuk office...penat kerja dari rumah ni....


12 comments:

  1. first time tgk org masak cendawan lemak cili api hehehe...

    ReplyDelete
  2. Sedap menu Kak SA. Cendawan tiram masak lemak cili api tu saya tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  3. Mana pernah tak sedap kalau lauk pauk SA masak, semua sedap. Kak Sue pun tido petang lama hari nie, penat kemas dapur dengan bersihkan pokok-pokok kat depan rumah pagi tadi..

    ReplyDelete
  4. Sayur masak bening..memang ngam sangat dengan cuaca panas terik sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. nampak simple tapi menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  6. Sedap dah menu-menu nih... nak-nak menu cendawan tu...

    ReplyDelete
  7. Semua sedap2.. Ni menu confirm menambah nasi..

    ReplyDelete
  8. adeh bergetar tali perut tgk lauk kak SA

    ReplyDelete
  9. Cendawan lemak cili api dengan ikan mambong goreng tu...perghhh!

    ReplyDelete
  10. ammi rasa WFH lebih penat dari keje kat ofis. sbb bila keje kat ofis takyah sibuk nak masak lunch bagai. Tp bila WFH otomatik otak pikir apa dorang nak makan kat rumah.

    ReplyDelete
  11. Uishh tak pernah lagi cuba cendawan masak lemak cili api, next time boleh try lah.
    Yang penting sayur bayam tu sodappppp.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah