Thursday, February 4, 2021

Menemankan Mak Check Up Di HTJS

Hi korang

Hari ni pepagi SA dah kuar rumah temankan Mak SA check up kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Kalau pergi hospital memang kena pagi-pagi sebab parking takde kan...pergi pagi pun lambat jugak sebab ada yg lagi cepat dari Mak. Penat nak tunggu ni...confirm lama. Mak dah jumpa doc dah tapi kena jumpa doc Prebiotics plak..ada doc khas rupanya...so layankan aje...

SA perhatikan hari ni ramai pesakit buah pinggang ramai betul rupanya...kebanyakkan yang dah berumur dan speechless ada yang muda-muda jugak...allahu...muda lagi....terus rasa insaf. terus.rasa lepas ni memang kena jaga pemakanan. Macam Mak SA dia dapat sakit buah pinggang lepas buat Bypass jantung. Lagipun mak ada Darah Tinggi kronik dan kencing manis. Tapi yang muda-muda ni x tau la apa sebabnya. Maybe sebab keturunan atau memang dh sakit buah pinggang dari azali. wallahualam...kesian jugak tengok...



Masa dalam kereta...


SA suruh mak duduk terus and SA uruskan pendaftaran


Dah siap timbang berat badan


Waiting...


Ramai pesakit2 warga emas


Masa ni dah 2 jam menunggu


Menunggu lagi jumpa doc yang kedua


Dah settle amik plak appointment baru dan slip ubat


Lepas check up kat kat Klinik Nephrology terus plak ke Pusat Rawatan Harian CAPD. Kat sini SA first time pergi..bangunan baru ni canggih sikit...selesa pun selesa..masuk jer ooo rupanya pusat rawatan harian bagi pesakit buah pinggang yang cuci air..SA x tau nak citer macam mana proses cuci buah pinggang menggunakan air khas ni...Yang selalu SA nampak mak masukkan air melalui tube yang di pasang di perut dan cukup masa air tu dikeluarkan dan digantikan semula..macam tu la kaedahnya dan dibuat secara manual..


SA suruh masuk dulu..Mak nak tunggu SA gak...alahai...


SA x bleh masuk dalam bilik rawatan so tunggu kat luar je


Ni la air khas yang digunakan untuk mencuci buah pinggang..air ni banyak ada kat rumah SA..berpuluh2 kotak untuk kegunaan sebulan

Masa kat CAPD ni SA kena ngorat..rupanya ramai kenal mak kat sini..siap ada yang tanya mak SA...
" Acik Pipah bawak siapa plak hari ni...tak penah nampak pun...bukan yang selalu temankan acik tu kan?" eh..eh..sempat tau...hehehhe...tau la SA first time hantar mak kat sini...Mak cakap..." Anak acik...yang sulung.."hahahha...SA buat x tau je...malas nak beramah mesra...perut dah lapar sebenarnya sebab pagi makan roti jer sekeping...

Konon- konon nak keluar dari rumah selepas berkurung lama masa PKP ni kan...sebab dah rimas duduk rumah...rupanya lama giler temankan Mak kat Spital...rasa rimas jugak la sebab ramai orang...penjarakkan sosial macam kelaut...tu yang buat SA sedikit gelisah...ada je cuba nak berdiri dekat SA alihkan badan ke tempat lain dan berdiri jauh...Penat berdiri jer la kan sebab bagi laluan kat mereka yang sakit duduk...

Balik jer SA ajak abah pergi pasar dan beli bahan nak masak...12.30 tghari baru SA start masak...pengalaman yang macam- macam hari ni...SA mulai faham keadaan orang- orang yang sakit kronik ni....


 


11 comments:

  1. Betul kak. Ramai yg muda2 dah kena buah pinggang. Kadang xde sebab pun. Moga kita dijauhkan dari penyakit2 ini. Aamin.

    ReplyDelete
  2. Moga Mak SA sentiasa sihat dengan izinnya... runtin bulanan kena pergi ikut jadual Hospital bagi

    ReplyDelete
  3. saya pun ada darah tinggi dan diabetis ni...tak taula krinik ke tidak...tp ubat darah tinggi dah 3 jenis kena telan hari hari..kronik kot.

    ReplyDelete
  4. moga tak ada apa yg serius pada makcik lps ni,

    ReplyDelete
  5. semoga mak kak SA sentiasa sihat. untung dia ada anak solehah

    ReplyDelete
  6. Prihatin SA pada mak, inshaAllah nantia Dania buat perkara yang sama. Aamiin.

    ReplyDelete
  7. haritu ammi teman mama gak buat last checkup kat HTJ sebelum operation. Lama sungguh menunggu. mula2 jumpa doc pakar, pastu doc bius, doc apa lagi ntah. DAh le kerusi tempat duduk tu bau mcm mana ntah..mcm hapak je bau nya.

    ReplyDelete
  8. hehehe anak mak yg jeliterr tuuu., ;p

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..selesai urusannya..teringat pula masa teman mamak kat kampung pergi hospital..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Di hati mak penuh berbunga. Ada anak yang sentiasa berbakti untuknya. Syukur kepada Allah. Moga mak sihat selalu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah