Tuesday, February 9, 2021

Koleksi Menu Seminggu Ini....

Hi korang

Dunia masakan memang sinonim la dengan SA kan...sehari kalau x masak memang x sah...nak plak SA stay dengan family...ada 3 baby besar nak kena jaga.. Baby besar dua orang takde masalah nak jaga...ada sorang baby besar yg x berapa nak sihat..problem angin dalam badannyang buat kami yang lain jadi susah nak sediakan masakan yang sesuai untuk dia. Hari-hari baby besar ni kena makan lauk sup, rebus, kukus. Goreng - goreng atau gulai memang x boleh apatah lagi kalau pedas....mencabar kesabaran sebenarnya tapi SA sebagai anak kena betul-betul ikhlas menjaga amanah yang dh allah beri...

So...memandangkan dunia SA lebih kepada masakan makanya SA akan tetap update koleksi menu masakan SA hari - hari. Mana yang SA x pernah share tu SA share la kat sini. Takde la pandai sangat masak pun..boleh la setakat nak bagi jiran sebelah menyebelah rasa...

Jom la tengok gambar...



Kari ikan parang campur bendi yang Pak Zain tanam


Sotong goreng kunyit campur sayur buncis dan carrot


Singgang Ikan kembung untuk Pak Zain


Sambal belacan


Singgang Ayam 


Kerang rebus


Kangkung celur


Tauhu sumbat

Jumaat  malam SA malas nak makan nasi...dh tak selera plak...check foodpanda tak banyak pilihan..last -last SA order Domino's pizza je..order 1 pizza je...tapi dapat 1 pizza extra..rezeki betul...


Domino's Pizza


apa nama chicken ni...lupo laaaa


Smoked beef peperoni pizza


Yang ni x tau nama pizza

Alhamdulillah....

Walau rajin masak hari-hari...adakala datang malas masak tu teruk jugak...dia macam blurr x tau nak masak apa ..rasa macam nak masak ni satu part paling complicated. Kalau boleh set jadual dan menu masak hari2 memang senang tapi dh memang tak boleh kan...hehehe...memandangkan SA masak hari-hari ni...SA rajin nak jengah blog masakan orang lain...nak dapatkan idea...mana yang resepi senang-senang orang lain punya tu memang la SA cuba buat dan olah sendiri ikut kesesuaian selera orang-orang dalam rumah....

16 comments:

  1. Terus rasa macam nak order Domino leee pulakkkk..

    ReplyDelete
  2. Terasa nak makan kerang rebus la pulak.

    ReplyDelete
  3. Datang sini terus rasa lapar. Terliur tengok menu SA.
    Pizza yang last tu rasanya Tuna Temptation. Favourite sata tu :)

    ReplyDelete
  4. Kerang !!!!! Lamanya tak makan kerang...

    ReplyDelete
  5. Semoga usaha SA masak untuk ayah hari2 Allah balas dengan syurga di akhirat nanti

    ReplyDelete
  6. Paling best kerang rebus and kangkung celur.

    ReplyDelete
  7. betul SA..dah hari2 masak, kadang tu kebuntuan idea nak masak apa. penyudahnya bukak food panda..scroll je nak yg mana. hehe

    ReplyDelete
  8. Lauk pauk selalu sedap-sedap, memang kena dengan selera Kak Sue. Tapi memang ye, kalau hari-hari masak memang kadang-kadang jadi tak tau nak masak apa. Penyudahnya tapau aja lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Saya pilih masakan kampung, sambal dan ulaman :)

    ReplyDelete
  10. sedap2 semuanya tapi mampu tengok je dulu..sekarang tengah diet dengan penuh kesungguhan..

    ReplyDelete
  11. vibrate perut tgk gambar kak uiii

    ReplyDelete
  12. ye betul tu. nak masak hari2 tu mcm alahai nak pikir menu. masa berPKP kat rumah mama haritu pun mcm alahai nak masak apo gak eh. kalau tekak anak branak sendiri ok je. tp ada anak buah ngan adik. ammi pun dah lupa apa selera dorang sbb dah lama tak duduk bawah satu bumbung sekali kan

    ReplyDelete
  13. Rajin betul akak masak.. Saya mood ke laut dalam dah memasak2 ni🤣

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......