Kehidupan moden dengan keadaan virus Covid-19 ini membuatkan kita lebih sibuk dari sebelumnya. Setiap orang harus melakukan banyak perkara setiap hari. Suri rumah yang dulunya hanya fokus pada urusan rumahtangga kini terpaksa juga menjadi guru demi untuk memantau pelajaran anak-anak di rumah.Kadang-kadang masa yang ada bagaikan tak cukup.
Masing-masing cuba melakukan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang serba baru ini. Perlahan-lahan satu demi satu perubahan dilakukan seandainya dirasakan rasional.
Antaranya jika dulu suka bercuti ke sana ke mari, kini aktiviti bercuti sudah dikurangkan. Jika dulu akan selalu pergi makan di restoran itu dan restoran ini, kini aktiviti itu juga sudah dikurangkan.
Tak hanya itu, jika dulu sering ke pasaraya dan pasar basah untuk membeli barang runcit, kini telah mula memberanikan diri untuk membeli barang runcit secara atas talian. Ini adalah konsep yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mereka yang menggunakan perkhidmatan penghantaran barang runcit boleh minta dihantar barang makanan secara terus sehingga ke depan pintu rumah. Ini bermakna, tidak perlu pergi ke pasar raya untuk menguruskan tugas membeli-belah seperti dulu lagi.
Perkhidmatan penghantaran barang runcit beroperasi dengan cara yang mudah, jelas dan berkesan. Pelanggan umumnya mempunyai pelbagai pilihan kerana barangan yang dijual banyak dan sama seperti apa yang ada di pasaraya.
Kelebihan Beli Barang Dapur Dalam Talian
Seperti hal lain dalam hidup, ada positif dan negatif yang berkaitan dengan pembelian barang runcit di internet ini. Antara kelebihannya adalah :
- pelanggan bebas berfikir mahu beli barangan apa
- bebas untuk membuat pembelian dan memesan barangan runcit pada bila-bila masa, 24/7.
- tak perlu keluar dari rumah, hanya duduk saja tanpa perlu bersusah payah.
- boleh buat pesanan menggunakan komputer, telefon bimbit atau peranti mudah alih yang lain untuk menyelesaikan pesanan
- tidak ada had pembelian
- boleh gunakan servis secara berulang
- sudah tak perlu bersesak di tempat beli barangan basah seperti dulu.
Untuk para pengguna servis
grocery delivery , pelanggan boleh bayar menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian. Tak ada duit tunai di tangan pun tak mengapa, tak perlu bergegas keluarkan duit dari ATM.
Sebilangan besar pilihan penghantaran dalam talian menawarkan penghantaran pada hari yang sama, ini bagus untuk orang sibuk yang tidak mahu tinggal berjam-jam menunggu penghantaran.
Satu lagi kelebihan lain, pelanggan boleh jejaki jumlah perbelanjaan yang telah dilakukan. Membeli-belah dalam talian pelanggan boleh jejaki jumlah kos perbelanjaan yang telah dilakukan. Secara tidak langsung pelanggan dapat membuat anggaran jumlah perbelanjaan yang sering dilakukan. Boleh tahu tahap perbelanjaan sendiri ke atas barangan runcit yang telah dilakukan selama ini.
Kekurangannya pula, bayaran kos penghantaran mungkin lebih tinggi berbanding dengan keluar beli sendiri. Untuk cuti umum slot penghantaran mungkin sudah penuh hingga perlu tunggu lama.
Seperkara lagi, orang lain yang akan memilih barangan segar yang dipesan (seperti daging, ikan, buah, dan sayur-sayuran) jadi pembeli tidak akan dapat melihat sama ada ianya sebaik kita pilih sendiri ketika beli barangan di kedai.
Membeli-belah dalam talian bermaksud tidak perlu beratur di checkout untuk membayar, tidak perlu kelam kabut untuk mencari ruang di tempat letak kereta pusat membeli-belah dan tidak perlu berada di kalangan orang ramai dalam sebuah premis yang sama.
Salah satu daripada servis penghantaran barangan runcit dalam talian ini adalah Pandamart. Bagi yang belum tahu, Pandamart ini merupakan salah satu daripada servis pihak Foodpanda.
Jika dulu guna servis penghantaran Foodpanda untuk pesan makanan siap di masak tapi sekarang sudah boleh guna untuk servis penghantaran barangan runcit juga. Jika selama ini sudah biasa dengan servis Foodpanda, selepas ini bolehlah cuba-cuba gunakan servis Pandamart pula.
baru sekali je guna foodpanda beli makanan. sebab tak sempat masak..penuh kelas anak anak
ReplyDeleteWah, mudahnya dengan pandamart ni. Harap lepas ni ada juga dekat twmpat juju ni
ReplyDeletekak ana pun banyak kali guna pembelian online untuk mak abah di kampung waktu2 pkp ni SA :)
ReplyDeletegood choice..tp being me kalau nak beli mcm heboh nak picit2 belek2 hahah
ReplyDeletecuma sediakan duit ja kan...cash or byr online
ReplyDeleteMacam2 dah sekarang foodpanda. Dedulu mkanan je tp skrg semua ada kan. Byk pilihan
ReplyDeleteSekarang nih memang rajin beli On line, sebab malas nak beratur lama nak beli barang dapur... bazir masa menunggu... gunakan khdmat Abg Panda jer senang
ReplyDeletebeli brg dapur scr online sy x penah try lg... dlu ms pkp penah nk try tp at last x jd jugak.. keluar jugak beli kt mydin
ReplyDeleteKak Sue pernah sekali je beli barang dapur online, lupa dah nama dia.. lama dah. Sekarang nie senang dah ada Pandamart macam nie kan SA. Tambah sekarang dengan PKP nie, ada banyak juga lah sedia perkhidmatan macam nie.. siap duit je kan..
ReplyDeletesaya memang bila terdesak sangat, beli guna pandamart ni lah..senang dan free delivery pulak tu..hihi
ReplyDeletePilihan berbelanja yang menjimatkan masa dan tenaga bagi yang sibuk dengan urusan lain. Syukur, ada alternatif sebegini.
ReplyDelete