Sunday, February 21, 2021

Jadikan Vitamin C & Bioflavonoids Sebagai BFF Anda

Hi korang,

VITAMIN C sememangnya sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda cantik dan awet muda. Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C. 

Hari ni SA nak share ngan korang kebaikkan mengamalkan pengambilan vitamin dalam kehidupan kita seharian


Selain dari mengambil vitamin C secara natural melalui buah- buahan dan sayur- sayuran.SA juga mengamalkan pengambilan Vitamin C dalam bentuk supplemen. Banyak rangkaian Vitamin C diluar sana dan khasiatnya adalah sama dan menakjubkan.



Hari ni SA nak share ngan korang beberapa kebaikkan pengambilan Vitamin C untuk badan kita. SA memang mengamalkan pengambilan Vitamin C & Bioflavonoids dari Biolife ni kerana ianya bebas acid. sesuai untuk SA yang mengalami gastrik. 1000mg cukup untuk keperluan sehari vitamin dalam badan. Sebotol Vitamin C  ini mengandungi 90 biji tablets untuk kegunaan 3 bulan dan SA amalkan sebiji sehari selepas sarapan..

Antara kebaikan pengambilan vitamin C :

1) Mencantik dan Menyihatkan Kulit

Vitamin C dikatakan dapat membantu menyihatkan dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.

2) Menghasilkan kolagen

Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, kita dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.

3) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan

Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, kita semua disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.

4) Membantu menghindari jangkitan kuman

Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita semua tidak mudah diserang jangkitan kuman.

5) Keburukan

Suplemen vitamin C mempunyai keburukan yang tersendiri buat mereka yang merokok, mengambil minuman beralkohol dan berkafein. Ia sebenarnya boleh mengganggu fungsi suplemen vitamin C itu sendiri.



Memandangkan dah hampir setahun dunia berperang dengan Covid 19, kita semua sememangnya disarankan untuk utamakan pengambilan supplement especially vitamin C untuk mengelakkan dari jangkitan kuman. Itu yang SA dan family amalkan..tingkatkan pengambilan vitamin C sekurang- kurangnya mampu menghindarkan jangkitan  dan menguatkan imunisasi.

Jom amalkan cara hidup siht agar kita semua terhindar dari sebarang jangkitan penyakit merbahaya. Belum terlambat lagi untuk kita semua mengubah cara hidup dan terus amalkan dan pentingkan pengambilan supplement.

7 comments:

  1. Sk pun mengamalkan vitamin C, semoga dapat membantu menghindari penyakit di sekeliling kita kini

    ReplyDelete
  2. Setuju. Kn amik vit c. Kita bt swab. Lega -ve

    ReplyDelete
  3. Kak Amie sekeluarga pun sentiasa pastikan ambil vitamin C setiap hari. Moga kita semua sihat-sihat saja.

    ReplyDelete
  4. im taking too :) tapi pakai flavetes tu

    ReplyDelete
  5. oooo kalo amek kafein jadi tak berfungsi la vitamin C tu ek..baru tahu..kena cut kafein dulu lah buat masa ni sebab baru je start amek vitamin C...

    ReplyDelete
  6. sama2 la kita jaga kesihatan kan

    ReplyDelete
  7. Pergh!! Ngeri betul nengokkan saiz pil tu.. hehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......