Hi korang...
Tengah - tengah lepak tgok tv tertukar channel TV2 ternampak rancangan In Person With Ziana Zain...pergh..fav artist SA dari dulu kini dan selamanya...SA kalau pi karaoke or masuk pertandingan menyanyi memang akan nyanyi lagu ni...SA ada kenangan indah bila masa jadi PR Event Management dulu beberapa kali uruskan promosi Ziana Zain. Ada gambar tapi kena cari semula nanti rasanya ada simpan dalam IG SA....
Jom baca artikel berkenaan Ziana Zain yang menjadi Idola SA selama ni selain Fazura...nanti bila- bila SA cari semula gambar dengan Ziana Zain dan share kat sini..
source from google.com
Lebih sedekad tidak mementaskan konsert solo, Ziana Zain gementar menjayakan rakaman Konsert In Person With Ziana Zain 30 yang bakal disiarkan TV2, pada jam 9 malam ini.
Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain mengaku risau memikirkan reaksi peminat selepas menyaksikan konsert berkenaan.
"Sudah lebih 10 tahun saya tidak muncul dalam konsert solo. Justeru, apabila diberi peluang, saya berdebar. Maklumlah, sudah lama tidak beraksi dalam persembahan lebih sejam.
"Saya tahu jangkaan penonton amat tinggi. Mereka pasti mengharapkan nyanyian dan tenaga saya sama seperti ketika masih muda.
"Namun, mereka harus sedar, pada usia 53 tahun, agak sukar untuk saya berbuat demikian.
'Dalam hal ini, saya ikut nasihat penyanyi senior Salamiah Hassan dan adik, Anuar Zain agar menyanyi ikut kemampuan diri dan menjaga usia
Ziana risau kemampuan beraksi dahulu dan sekarang dibandingkan peminat selepas konsert istimewa di TV2, malam ini.
source from google.com
"Usah paksa diri kerana pada saat ini, saya sudah tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa," katanya kepada BH Online.
Berkongsi pengalaman mementaskan konsert dalam normal baharu, penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Madah Berhelah ini tidak menafikan kekok kerana tiada penonton.
"Saya rasa kepetahan untuk berceloteh terbatas. Biasanya, kehadiran penonton yang ramai menyalurkan kita tenaga dan aura untuk lebih bersemangat.
"Tanpa sorakan mereka, kita sendiri rasa tidak puas. Hendak buat lawak pun hambar. Tapi hendak buat macam mana, kenalah patuh soal keselamatan. Sekurang-kurangnya, kita ada kerja," katanya.
Untuk memeriahkan lagi konsert terbitan Ain Sabrina On ini, Ziana mengundang Naim Daniel sebagai penyanyi jemputan.
Konsert yang dianjurkan sempena tiga dekad pembabitan Ziana dalam industri seni bakal menyaksikan penyanyi bersuara lantang ini mendendangkan lagu popularnya.
Credit : Berita harian online
Selamat menyambut 30 tahun Ziana Zain di dalam industri muzik tanah air...semoga beliau terus success mewarnai dunia seni dan terus kuat dan menjadi wanita tabah serta menjadi contoh kepada semua wanita di luar sana.
Uishh dah 53 ya nampak muda lagi.. suka lagu Ziana sebab boleh feeling lebih
ReplyDeleteBetul ikut kemampuan kerana ZZ sudah ada peminatnya yang tersendiri.
ReplyDeleteMaintain cantik ZZ ni. Penyanyi ada class tersendiri..
ReplyDeleteSA boleh angkat kening mcm ZZ x
ReplyDeleteshe is so pretty
ReplyDeleteFavourite saya jugak. Kecik2 dulu selalu gaduh dengan peminat Siti sebab nak bekap ZZ the best. Haha. So childish
ReplyDeleteminat ziana zain suara dan body tak berubah pun. still maintain
ReplyDeleteKak Sue suka juga kat Ziana Zain nie tau.. tak banyak berubah pun dari dulu..
ReplyDeleteOh umur Ziana Zain dah 53 tahun ye? Nampak muda lagi..
ReplyDeleteteringat zaman kecik2 dulu, suka betul tengok lakonan ziana zain ni dengan erra fazira..
ReplyDelete