Wednesday, February 10, 2021

Cara Betul Makan Limau Mandarin

Hi korang...

Tak lama jer lagi kita semua akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Sana sini dah banyak pasaraya menjual limau mandarin. Limau mandarin sememangnya sangat berkait rapat dengan perayaan Tahun Baru Cina ini. Rasanya yang manis dan berjus memang tidak dinafikan ianya menjadi kegemaran orang ramai.

Namun ada satu perkara yang akan melanda orang ramai yang suka makan limau mandarin kan? Jika dimakan banyak pasti akan mengakibatkan gejala sakit tekak dan menjurus ke arah mendapat batuk yang teruk dalam jangka masa yang lama.

Gambar dari Google.com

Apa yang menyebabkan gejala batuk melanda mereka yang makan limau mandarin? Limau  kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang dari terkena gangguan batuk. Tetapi bilangan pesakit yang mengalami sakit tekak, tekak gatal bertambah apabila tiba musim perayaan ini.

Apa kaitan dengan limau mandarin?

Sejenis kimia iaitu Sulfur Dioxide digunakan oleh pengusaha buah-buahan dengan merendam buah limau dengan cecair bahan kimia tersebut terlebih dahulu.Ia dilakukan sebelum buah limau tersebut di masukkan kedalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari kulat, serangga dan bakteria. Bahan kimia tersebut bertindak sebagai bahan pengawet agar buah limau tahan lama sebelum di pasarkan.

Apakah Kesan Bahan Kimia Sulfur Dioxide terhadap manusia?

Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, deman dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan perut dan radang usus. Ia juga boleh menyebabkan radang kulit dan serangan penyakit lelah

Gambar dari google.com

Cara Betul Makan Limau Mandarin

Untuk mengelakkan dari mendapat masalah seperti yang dinyatakan diatas. Berikut merupakan cara betul makan limau dan tips ini baoleh dilakukan sebelum makan limau mandarin:-

  1. Basuh dan rendam dahulu buah limau ini sebelum dimakan
  2. Pastikan jari yang menyentuh kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi buah limau sebelum dimakan
  3. Sekiranya perlu pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek kulit limau
Semoga kita semua kekal sihat di musim perayaan ini. Amalkan kebersihan. Stay safe everyone. walau terdapat sedikit kelonggaran dalam musim PKP ini, gunakan sebaiknya..patuhi SOP.

Selamat Tahun Baru Cina...

15 comments:

  1. Sedapnya.. Sana sini ber"limau mandarin"

    ReplyDelete
  2. Paling penting tu basuh dulu. Tak jumpa lagi limau mandarin yang manis. Sedapnya kalau dapat. Banyak isu limau ni dah makin kurang pulak penjualan dia.

    ReplyDelete
  3. ada orang kata tak leh makan banyak buah limau ni nanti batuk2 ye SA, tapi kalau ada depan mata memang laju je nak2 time cuaca panas-panas macam ni hehe :)

    ReplyDelete
  4. Betul selalu makan limau excited sampai tak basuh tu kadang-kadang sakit perut, sakit tekak semua.

    ReplyDelete
  5. yee kalo tak basuh bersih2 nanti boleh jatuh sakit..

    ReplyDelete
  6. Selamat bercuti Suria... Tahun ni tak makan limau pon🍊🍊

    ReplyDelete
  7. aduhhh selalunyaa... lepas kupas jer terus makan

    ReplyDelete
  8. Patut lah sebelum nie mak mertua Kak Sue kalau nak makan limau nie mesti rendam atau basuh beria.. nanti boleh ikut cara nie..

    ReplyDelete
  9. selalunya main hentam kupas. haha

    ReplyDelete
  10. alamak. selama ni tak rendam pun. terus kopek je ambik dari kotak

    ReplyDelete
  11. Bila dah ngadap limau china ni, tak teringat batuk atau sakit tekak.

    ReplyDelete
  12. tq for sharing ni kak.. saya mmg tak makan buah ni.. serik

    ReplyDelete
  13. Memang bahaya bahan penyalut limau mandarin tu. Kalau dah mula gatal tekak, batuk-batuk, rasa perit sangat. Tahun ini macam tak banyak pula limau mandarin.

    ReplyDelete
  14. kakak ipar ammi selalu dapat berkotak2 buah limau dari contractor. jadi dia akan rendam semua tu dalam air garam dulu pastu baru dia agih2kan kat adik bradik. jadi bila makan banyak pun takdelah batuk sakit tekak bagai

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......