Thursday, February 25, 2021

Briskwalk & Jogging Leha- Leha Jer.....

Hi korang...

Misi #RoadTo50kg SA masih berjalan lancar...hari- hari jogging + briskwalk...kontotkan citer ni la aktiviti SA setiap petang, gigih tuh nak turunkan berat badan disamping menjaga pemakanan...kalau dapat 53kg pun okey dah...Doktor cakap ikut BMI, SA nyer berat bdan antara 53-56 kg sahaja...cuma SA nak cabar diri dapatkan 50kg tu...sekarang 58-59kg...takde la overweight kata doctor tapi knowing SA yang tk macam orang normal lain...better turunkan berat badan untuk terus kekal sihat...

Sebenarnya gambar kat bawah ni ada 2 session tau..campur gambar hari Selasa tu..tengok baju la kan...hehehe...malas nak amik gambar tapi semalam sempat amik video...kontot kana cerita ko sumabt la sekali dalam entry ni SA....



Pemandangan hari Selasa petang jam 6.30pm..matahari macam x sihat jer kan...tapi panas terik berbahang...


    Cubaan amik gambar berlatar belakangkan matahari...gagal disitu


Berhenti berehat jap...ramai pm tanya kasut..allah...ni kasut murah je beli kat Decathlon jenama Quecha rasanya...best...selesa kasut ni


Moh siap cepat..dah petang ni


Macam malas tapi kena paksa diri


Nak lari ke nak posing Cik Leha oiiii


Berhenti rehat jap...berjurai- jurai peluh


One more selfie...


Nak tengok jogging Leha- Leha tu macam mana? moh tengok video ni haaa...


Hasilnya semalam....
 


SA kena perbaiki masa...sebelum ni SA boleh dapat 30 minit untuk 3km...memandangkan jogging Leha leha lemah gemalai menikmati my own sweet time..so tak berapa cantik kat walking time tu...ramai gak yang jogging kat area rumah SA ni...dan paling banyak diorang beriadah naik basikal...termasuk kaum ibu...kaum ayah jogging..bila kita pun jogging mula la yang perempuan pandang- pandang macam kita buat salah plak...takut lettew...kalau takut pi la jogging sekali ngan laki tu kan...

So semalam SA dapat la jogging dan briskwalk lama sikit...mana taknya..avoid kawasan mak- mak lepak membawang kat taman permainan dan SA pi fasa 6. Bayangkan SA kat Fasa 4...jauh skit la lari...semua sebab nak elak pandangan maut..ikutkan boleh jer buat bodoh tapi kalau dah pandang- pandang macam kita ni nak jogging seiring ngan laki diorang....makanya SA tukar la lokasi...ntah bila la nak pi jogging kat Taman Tasik Seremban. Atau orang panggil Lake Garden Seremban. Masih belum berani lagi nampaknya sebab semalaam kes kat NS melampau tinggi....so tak berani la nak merayau x tentu arah...

Korang doakan SA capai impian nak dapatkan 50kg ye...


12 comments:

  1. Itulah tidak panas ke jogging petang-petang.
    Insya Allah semoga tercapai berat 50 kg.

    ReplyDelete
  2. Kalau dekat setaman leh join dua kaki. tak suka gak fenomena makcik makcik sembang tu. Eloklah tu jauh sikit dari pandangan mereka. Janji kita dapat sihatkan badan :)

    ReplyDelete
  3. wahhhhh bestnya SA leha-leha pon boleh dapat 3.65km

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya SA.. Kak Sue teringin juga nak briskwalk macam SA nie. Tapi asyik lah sibuk dengan hal rumah nie tak habis-habis..

    ReplyDelete
  5. Sebut jogging leha leha teringat mak leha.
    Dah power tu briskwalk banyak tu. Naniey sikit je. Baru nak warm up..

    p/s Pes tomyam tu beli kat shopee (marchever nama kedai)

    ReplyDelete
  6. Kasut kat Decathlon memang selesa. Ai sekarang jogging pun pakai kasut decathlon. Tahan lasak gak.

    ReplyDelete
  7. ala mak leha pun power juga tu kak.. terbako semua lemak tu

    ReplyDelete
  8. taklama lg bole capai target SA nk 50kg tu

    ReplyDelete
  9. chaiyok chaiyok boleh punya capai 50kg

    ReplyDelete
  10. Sabtu haritu ammi gi briskwalk kat Lake Garden sampai cramp betis sbb banyak tangga/bukit sikitkan

    ReplyDelete
  11. Aamiin, moga moga kak SA dapat capai 50 kg :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah