Saturday, February 13, 2021

Alhamdulillah Capai Target 8 Ribu Steps...

Hi korang...

Hari - hari SA memang target jogging dan rekod steps SA..rekod step bukan nak bermegah dan share di media sosial atau mana- mana platform hanya untuk mengetahui tahap fizikal SA sahaja. sebelum- sebelum ni SA target 5000 steps dengan jauh larian atau brisk walk 3km sehari...tapi baru ni SA cabar diri dengan naikkan lagi jumlah langkah ke target 8000 langkah dengan kejauhan 5km. Saja SA mencabar diri SA..tapi usaha SA tu dikatakan tidak mencukupi kerana SA hanya keluarkan peluh dan tak burn fat sepenuhnya. Jarak masa yang SA guna untuk dapatkan steps tu terlalu lama..tapi takpe la..8000 langkan dalam masa 1 jam 20 minit untuk beginner macam SA dah kira satu pencapaian yang baik kan...as long as SA lari dan briskwalk hari- hari..cuma hari ni nak target 10000 langkah tu macam tak tercapai. Kita tak push sanagt, cuba jer kan..kalau dapat alhamdulillah...kalau sebaliknya, cukup untuk kesihatan sendiri.

Sambil2 SA jog dan brisk walk..as usual SA sempat untuk snap gambar dan abadikan kenangan dalam blog..untuk tatapan korang jugak....


Masa snap gambar pemandangan ni tetiba burung lalu
Baru setengah jam SA lari tetiba dengar guruh berdentum dentam..rehat sekejap lepas tu SA teruskan larian
Sehingga sampai ke padang bola..SA sempat lari 3 round
then sambung briskwalk area taman..
Kat sini SA ternampak pelangi petang...subhanallah cantiknyaaa...
Masa ni dah dekat ngan area rumah SA
SA sempat edit skit...
gambar asal..
tak melengkung habis..hanya separuh tu jer tapi cantik sangat kan


Bacaan track record pedometer step SA

Jom SA kongsikan manfaat berjalan kaki.

BERJALAN kaki adalah senaman yang tidak memerlukan banyak modal dan memberi banyak manfaat kepada kesihatan anggota badan.

Fakta berjalan kaki yang harus anda tahu:
  • Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.
  • Berjalan satu kilometer bersamaan 1,200 langkah kaki
  • Secara purata seminit berjalan bersamaan 100 langkah kaki.
  • Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.
  • Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai anda harus berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer. Anggaran ini untuk individu yang mempunyai berat badan 70 kg.
Faedah berjalan kaki

Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:

1. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
2. Mengurangkan stres. Ketika berjalan ia boleh merangsang penghasilan hormon endorfin dan membuatkan anda berasa lebih ceria serta sihat.
3. Menyihatkan jantung dan merendahkan paras kolesterol.
4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan melancarkan aliran darah.
5. Mengekalkan kekuatan otot.

Teknik berjalan dengan betul
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan dengan lebih optimum lagi.

Tegakkan postur badan.
Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.

Hayunkan tangan.
Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan

Luruskan bahagian belakang badan.
Untuk memastikan anda berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan dan pandang ke hadapan.

Kawal pernafasan.
Semasa berjalan pastikan pernafasan sentiasa teratur. Sekiranya berasa nafas semakin tercungap-cungap, anda perlu mengurangkan kelajuan dan berhenti berjalan.

Tetapkan sasaran
Untuk membuatkan aktiviti berjalan anda seronok tetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.

Gunakan pedometer
Alat ini untuk mengukur langkah kaki yang diayun. Alat ini diletakkan pada bahagian pinggang dan ia akan mengira berapa langkah kaki diayun pada setiap hari

So..jom la kita mengamalkan aktiviti ini untuk tampak lebih sihat..nak pulak bila duduk rumah dan wfh ni..kita kurang ada aktiviti..masa ni la nak mulakan aktiviti sihat.tak kisah aktiviti apa asalkan ianya memeberi manfaat untuk kita...

10 comments:

  1. Tahniah SA, permulaan yang bagus untuk gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  2. Kak Amie memang suka senaman cara jalan kaki. Kalau rajin, dapatlah 4km sekali jalan. Kalau tak berapa rajin dapat 2km saja. Tq SA kongsikan cara jalan kaki yang betul. Yang selalu Kak Amie buat hayun tangan. Yang lain tu nanti diteliti kembali time berjalan heheeee.

    ReplyDelete
  3. 8 ribu? Memang tak terkejar lah unlce... (malu)

    ReplyDelete
  4. Alamak lama tidak buat aktiviti jalan kaki.

    ReplyDelete
  5. kalori nak tambah senang je tapi nak bakar kemain payah.. Naniey td ingatkan nk briskwalk la tpi gagal !

    ReplyDelete
  6. Kalau waktu kerja 8000 steps ni no hal. Tapi bila duk rumah (masih wfh) ni... Aihhh tak tau nak kata apa.

    ReplyDelete
  7. alaa jeles sebab kita belum lagiiiii...huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......