Sunday, February 28, 2021
Menu Ahad Yang Panas Lit Lit...
Friday, February 26, 2021
Resepi Sup Kepala Ikan Jenahak Versi SA
- Kepala Ikan Jenahak 2 biji - Siap potong2 untuk buat sup
- Bawang putih - potong dadu kecik2
- Bawang merah - Hiris
- Halia 2 inci - hiris memanjang
- tomato - 2 biji
- carrot - sebatang
- celery - 2 batang
- Garam
- Secukup rasa
- Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau dan sedikit garing
- Masukkan kepala ikan jenahak, kacau bagi mesra dengan bawang
- Masukkan air
- Masukkan carrot nak bagi dia cepat empuk
- Setelah mendidih
- Masukkan garam + secukup rasa
- Masukkan celery dan tomato
- Siap!!!Sedia dihidang
The 12 Brands That Will Get ‘Invited’ To A CNY Open House
McD, KFC And Shopee Among The Top Brands That Will Get Invited To Their Homes
Thursday, February 25, 2021
Briskwalk & Jogging Leha- Leha Jer.....
Wednesday, February 24, 2021
Kembali Memasak Selepas Lama Gantung Kuali...
WW~ Siput Babi & Si Kembar
Tuesday, February 23, 2021
Tugas Sebagai Setiausaha Sangat Mencabar Dan Bukan Untuk Glamour
Hi korang...
Eksekutif secretary? secretary? atau dalam bahasa melayu setiausaha, apa sahaja yang korang faham,bukan lah satu bidang yang mudah ye kawan- kawan. Dan takde istilah kerja sebagai setiausaha hanyalah untuk mengejar glamour. Tugas ini lah sebenarnya sangat- sangat mencabar..Kebanyakkan orang hanya beranggapan bahawa setiausaha syarikat hanyalah mencatat minit mesyuarat, menyediakan laporan mesyuarat dan hanya buat kerja- kerja perkeranian sahaja. Malah ada yang merasakan jawatan setiausaha syarikat di Malaysia hanya sesuai kepada golongan wanita sahaja, salah ye...ada juga setiausaha lelaki. Apa sebenarnya tugas setiausaha ni? Apakah mereka perlu menjadi ‘telinga dan mata’ bos di pejabat sahaja?
Jom tengok apa tugas SA sebagai setiausaha di pejabat..
Apa yang SA nak share kat sini...adalah tugas- tugas seorang setiausaha syarikat. Scope kerja adalah sama, secara ringkasnya seorang Setiausaha ditugaskan agar mengekalkan kelancaran pejabat melalui pelbagai tugas pentadbiran dan perkeranian. Tugas-tugas ini merangkumi semua bukan hanya menyimpan fail dan mengambil minit mesyuarat tetapi juga menangani jadual pejabat, menyelaraskan mesyuarat dan lawatan, mengatur fail, menjawab telefon dan melakukan banyak tugas penting lainnya.
Percaya tak bekerja sebagai setiausaha kena pandai bermain dengan emosi? Pandai mengawal keadaan. Kena peka dengan situasi dan kena pandai mencari jalan penyelesaian? Itu kalau dapat boss yang baik..yang memahami. Kalau dapat boss yang mempunyai masalah emosi, terlampau tegas? Haaa masa ni la kita sebagai setiausaha akan diuji..
SA dari awal bekerja dengan company SA sekarang...dah ramai boss yang SA jaga, Dapat yang paling sporting, paling tegas, yang kiasu...semua SA dah rasa. Pernah SA kena tahan tak dapat balik sampai jam dah pukul 10 malam. Hanya semata- mata ex boss tu nak SA admit kesilapan yang SA tak buat. SA face hard situation masa tu. So...bukan customer jer always right ye...boss is always right. walau korang yakin korang tak salah. Tapi akhirnya boss yang kiasu ni tadi jadi boss yang SA sayang. Ada sebab SA diuji. Lepas beberapa bulan SA dinaikkan gred. Alhamdulillah...rindu plak kat boss Singapore SA tu. Lepas tu SA pernah jaga boss paling best jugak, tak banyak kerenah, kerja ngan dia pun best...boss perempuan tau. Sayangnya dia dah pencen tahun lepas. Ada yang cakap boss perempuan ni lagi tegas..ye bab kerja memang la boss SA ni tegas. Tapi bab- bab lain especially kebajikan memang dia the best so far. Setakat ni SA dah jaga 7 orang boss. Semua boss sangat- sangat mencabar. but alhamdulillah sampai sekarang SA suka dengan kerja SA. Its not easy for me to maintain sustaine dalam bidang ni ye...Nak pulak sekarang SA jaga satu division yang besar. Dalam 1 Division SA ada 3 lagi section. Setiap section ada bos tersendiri dan SA jaga semua boss tersebut. Semua ada lain- lain karakter dan memang mencabar.
Berikut merupakan tugas- tugas SA sebagai setiausaha.
- Membantu kelancaran pentadbiran pejabat & division
- Menjawab panggilan telefon
- Entertain client luar yang datang temujanji dengan boss.
- Melibatkan diri dan membantu pengurusan dokumen untuk team projek
- Menetapkan temujanji/jadual mesyuarat untuk boss dan staff
- Booking hotel dan penerbangan untuk boss dan semua staff
- Membuat claim boss
- Bekerjasama dengan setiausaha jabatan lain
- Bekerjasama dengan setiausaha dari company lain
- Menguruskan majlis hari lahir atau apa sahaja majlis formal melibatkan boss dan department
- Menjadi mata dan telinga boss
Monday, February 22, 2021
Sekolah Bakal Buka, Mamalong & Kakak Dania Letak Jawatan...
Hi korang...
Ramai ibu bapa dah mula menarik nafas lega apabila KPM mengumumkan pembukaan semula sesi persekolahan tidak lama lagi. So tamatlah tugas ibu bapa yang dilantik menjadi cikgu di rumah. Sejak PKP 2.0 dikuatkuasakan semula sebelum ni merupakan mimpi ngeri buat ibu bapa apabila menjadi guru belajar untuk anak- anak dirumah. Baru la semua faham tugas seorang guru macam mana kan?
Macam tu jugak SA...
SA merangkap guru disiplin sepanjang program PdPR ni...dan kakak Dania sebagai guru sandaran kat rumah memantau dan mengajar 3 orang anak buah yang akan datang kerumah belajar berama- sama. Memang tinggi kesabaran kami berdua memantau 3 orang ni...paling selalu ada kat rumah merupakan si kembar. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengajar budak- budak sekolah dan nasib la SA memang x minat jadi cikgu. Sebab apa? sebab SA kurang sabar. suruhlah SA menjawat jawatan lain dan jangan la suruh jadi cikgu..memang angkat tangan dari awal.
Mudah Dan Jimatnya Buat Asam Keping Sendiri
Sunday, February 21, 2021
Menu Airtangan Mak & Abah
Jadikan Vitamin C & Bioflavonoids Sebagai BFF Anda
Hi korang,
VITAMIN C sememangnya sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda cantik dan awet muda. Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C.
Hari ni SA nak share ngan korang kebaikkan mengamalkan pengambilan vitamin dalam kehidupan kita seharian
Hari ni SA nak share ngan korang beberapa kebaikkan pengambilan Vitamin C untuk badan kita. SA memang mengamalkan pengambilan Vitamin C & Bioflavonoids dari Biolife ni kerana ianya bebas acid. sesuai untuk SA yang mengalami gastrik. 1000mg cukup untuk keperluan sehari vitamin dalam badan. Sebotol Vitamin C ini mengandungi 90 biji tablets untuk kegunaan 3 bulan dan SA amalkan sebiji sehari selepas sarapan..
Antara kebaikan pengambilan vitamin C :
1) Mencantik dan Menyihatkan Kulit
Vitamin C dikatakan dapat membantu menyihatkan dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.
2) Menghasilkan kolagen
Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, kita dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.
3) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan
Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, kita semua disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.
4) Membantu menghindari jangkitan kuman
Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita semua tidak mudah diserang jangkitan kuman.
5) Keburukan
Suplemen vitamin C mempunyai keburukan yang tersendiri buat mereka yang merokok, mengambil minuman beralkohol dan berkafein. Ia sebenarnya boleh mengganggu fungsi suplemen vitamin C itu sendiri.
Memandangkan dah hampir setahun dunia berperang dengan Covid 19, kita semua sememangnya disarankan untuk utamakan pengambilan supplement especially vitamin C untuk mengelakkan dari jangkitan kuman. Itu yang SA dan family amalkan..tingkatkan pengambilan vitamin C sekurang- kurangnya mampu menghindarkan jangkitan dan menguatkan imunisasi.
Jom amalkan cara hidup siht agar kita semua terhindar dari sebarang jangkitan penyakit merbahaya. Belum terlambat lagi untuk kita semua mengubah cara hidup dan terus amalkan dan pentingkan pengambilan supplement.