Saturday, January 23, 2021

Terkesan Pandemic Ibu Mencuri Kerana Anak Lapar & Sakit...

Hi korang...

Media sosial di gemparkan dengan berita Seorang Ibu kepada 3 anak kecil telah ditahan atas tuduhan mencuri. Mencuri itu satu jenayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul.

Itu kata-kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, yang turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang ditangkap mencuri Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis itu, dia dimaklumkan semalam bahawa polis daerah menerima laporan kecurian tersebut yang berlaku di sebuah pasar raya.

Bagaimanapun, katanya, ada sesuatu pada kes berkenaan yang menggangu fikirannya.

Suspek ditahan kerana disyaki mencuri kek pandan, sosej dan dua pek Kool Fever untuk anak-anaknya.

“ Jadi saya pun berasa terpanggil, untuk pergi berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam itu,” katanya pagi tadi

Nik Ezanee bercakap menerusi siaran langsung Facebook di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, memaparkan dia dan sekumpulan pegawai pergi melawat keluarga suspek di sebuah flat kos rendah di daerah berkenaan.

Polis membawa bersama bakul hadiah dan sebungkus beras daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain beberapa barangan keperluan untuk keluarga itu.

Tidak ketinggalan, beberapa pek Kool Fever turut disumbangkan.

Kehadiran mereka menerima sambutan hangat daripada keluarga itu, terutamanya wanita dengan tiga anak yang masih kecil itu.

Ketika dihubungi kemudian, Nik Ezanee berkata polis mendapat tahu lima sekeluarga itu sedang berdepan masalah kewangan. Suami suspek bekerja sebagai juruteknik lif, tetapi pendapatannya terjejas teruk gara-gara perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Kalau lapar, kita (orang dewasa) boleh tahan lagi. Kalau anak-anak kita lapar, itu perkara lain,” katanya.

Kata Nik Ezanee, dia sudah menasihatkan wanita itu agar tidak melakukan jenayah lagi, dan meminta wanita itu meminta bantuan daripada pusat zakat terdekat atau daripada masjid.

Malah, katanya, jika keluarga itu berdepan dengan situasi terdesak, dia mengalu-alukan mereka datang ke balai polis.



Kesan PKP / Covid 19 ni, buat ramai yang stress. Rasa stress sampai jadi macam nak gila pun ada..namun kisah seorang ibu yang terdesak sampai terpaksa mencuri untuk anak yang kurang sihat sangat-sangat menyentuh hati SA. Selain isu ekonomi / PKP, kita x tau apa masalah ibu tersebut sampai terpaksa bertindak sebegitu rupa. Mungkin mengalami masalah dengan suaminya sampai terpaksa mencuri. Mungkin tiada suami dan tiada langsung pendapatan..Sedangkan pita pelekat cool fever tu kita beli semata-mata buat anak main-main 'babi air' je..dan orang lain lagi memerlukan sampai terpaksa mencuri. SA berharap sangat ada ramai pihak tampil membantu surirumah tersebut. Seandainya tidak terdesak dan anak tak sakit dia takkan sampai sanggup mencuri. Kalau kita rasa hidup kita susah di musim pandemic ini...ada lagi orang yang lebih susah di luar sana. 

Kalau SA ditempat surirumah tersebut...demi anak mungkin SA akan bertindak macam tu jugak selepas tiada ikhtiar lain..

Wallahualam...

Respek tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal


6 comments:

  1. hopefully ada la pihak yg turun padang utk membantu kan

    ReplyDelete
  2. Setuju, PC rasa balai polis juga boleh jadkan satu tempat untuk menagadu masalah dan kemudian balai polis akan berhubung dan menghubungi pihak sewajarnya untuk membantu. Kadang dikala sukar, kita jadi buntu untuk mencari , merujuk dan mendapatkan bantuan.

    ReplyDelete
  3. Sedihnya. Ibu terpaksa berbuat begitu demi anak-anak. Kak Amie dengar kisah viral ini daripada Encik Suami. Alhamdulillah. Tindakan adil telah dilakukan oleh pihak polis. Ada nilai keprihatinan walaupun menjalankan tugas atas nama undang-undang.

    ReplyDelete
  4. Moga ada pihak yang membantu mereka yang terjejas dengan keadaan pandemik ini. Kesian ibu yang terpaksa mencuri kerana anak lapar dan sakit

    ReplyDelete
  5. Demi anak anak mak sanggup buat apa saja sebab taknak anak berlapar. Alhamdulillah polis membantu. Polis ni pun viral tolong budak yang berniaga kena rompak bagi handphone tu. tapi tulah ada yang persoalkan kenapa ambil video kat rumah ibu yang mencuri ni. kesian dia jiran jiran tahu dia mencuri. apepun semoga mereka yang terkesan dengan pandemik ni terus sabar,kuat, usaha dan dimurahkan rezeki. Aaminnn

    ReplyDelete
  6. saya pun terasa sedih baca cerita ni kak.. ramai kat luar tu yg kesempitan kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah