Hi korang...
Maybe ada antara korang yang mengikuti perkembangan SA di Media Sosial tau yang SA dah tak duduk menyewa bilik lagi dah...sejak MCO tahun lepas dan PKP baru ni SA dah jarang balik rumah sewa dan asyik bayar jer sewa. Dari bazir duit bayar jer sewa bilik SA amik keputusan untuk pindah keluar dan berulang sementara waktu Seremban -KL. Nak plak waktu kerja SA sebelum PKP adalah mengikut rotation yang telah ditetapkan. 2 hari work from home dan 3 hari bekerja. So takde la rasa penat sangat. So SA jimat sedikit kat situ. Zaman pandemik ni memang semua benda jadi sangat- sangat berharga kan..Tapi lepas jer habis wabak Covid-19 ni nanti SA plan nak cari jugak bilik sewa.
Sejak dah official duduk Seremban semula selepas 10 tahun tinggal berpindah randah di KL, SA dapat jimat banyak juga dan kewangan SA sedikit stabil. Ye la walau kerja di dalam company besar SA tak la bergaji besar macam RM10 ribu ke atas. Orang tua- tua kata besar periuk besarlah keraknya kan. Pokok pangkal kena la pandai uruskan kewangan sendiri. Kalau dulu masa duduk KL SA akui memang SA sangat boros. Tapi 2-3 tahun kebelakangan ini SA dah pandai berjimat dan berkira- kira kalau nak beli apa- apa. SA jarang shopping untuk diri sendiri. Kalau nak shopping pun SA akan shopping bila perlu sahaja.
Nak plak zaman MCO, Pandemik Covid 19 bagai ni... Ini bukan masa untuk kita membazir duit. Kena pandai jaga dan melakukan penjimatan. Walau belanja di musim Covid 19 ni agak kasar. Tapi SA lebih banyak berhabis untuk makanan. Benda makan je kan..takkkan nak berkira.
SA doakan kita semua tabah menghadapi masalah ekonomi sekarang. Teruskan berjimat dan jaga diri kita dan keluarga. Ingat ye...kita masih belum menang dimana jumlah kes covid 19 semakin lama semakin tinggi...
Ada baca jugak pasal rumah sewa tu. Kira jimat banyak dan pkp ni bagi peluang besar untuk kak SA kurangkan komitmen yang ada. Sama lah kita, walaupun ada duit tapi better simpan je dari shopping barang kehendak hehe. Take care kak SA :)
ReplyDeleteJauh juga Seremban KL tu
ReplyDeleteRentas negeri lagi
ye kak, kena berjimat kan. Alhamdulillah dpt berjimat ulang alik better ulang alik je skrg ni
ReplyDeleteMoga dipermudahkan segalanya buat SA.
ReplyDeleteAda Kak Amie terbaca entri tu.
ReplyDeleteBagus jugalah keputusan SA itu. Walaupun jauh KL - Seremban, tapi hanya 3 hari lagi dan selebihnya BDR. Naik bas pun walaupun jauh boleh berehat, tidur pun boleh.
tu lah kak..kena berjimat cermat sekarang tapi godaan shopee tu kuat sangat..adoiii..insafnye beberapa jam aje..lepas tu add to cart lagi 🤦♀️
ReplyDeleteKeputusan yg bagus kak pada saya kak
ReplyDeletedulu ramai je kawan2 wak naik bas espress kl seremban tiap2 hari.. huhuhu
ReplyDeletetapi wak nk tnyela jugak psl anak2 cikkak SA yg ramai tu sape yg tanggung kalo SA sewa bilik.. sorry wak tnye je.. xnk jwb xper
Wak baru follow blog SA kot ni, SA ni ibu tunggal ada sorang jer anak, yang ramai- ramai tu anak buah, anak SA stay kat seremban ngan mak abah SA, SA beli rumah dan diorang duduk serumah. So SA sebelum ni memang menyewa bilik kat KL dan setiap Jumaat petang akan balik Seremban, Isnin pagi pergi kerja semula. Terpaksa macam ni demi rezeki dan nak besarkan anak..12 tahun SA merantau ke KL cari rezeki
DeleteJauhh jugakk Seremban - kl tuu. Tapi kalau boleh jimat banyakk, apa salahnya kan kak SA.
ReplyDelete