Sunday, January 31, 2021

Resepi Singgang Ikan Pelaling Cara SA..

Hi korang...

Lately ni SA rajin masak singgang atau rebus untuk Abah yang tak berapa sihat. Abah mengalami gastrik yang kronik dan memang dinasihatkan oleh doktor untuk jaga pemakanan. Kesian plak tengok dia asyik makan rebus-rebus jer...

So..hari ni SA terpanggil untuk share resepi lauk yang SA masak untuk Abah. Bukan sesuai untuk orang tak sihat jer tapi cukup sesuai untuk mereka yang diet.

Jom tengok resepi SA yang simple..masa nak sediakan pun sekejap jer...x sampai 15 minit dah siap.


Resepi Singgang Ikan Pelaling Cara SA

Bahan-Bahan

4 ekor ikan pelaling
3 biji bawang putih ketuk dan cincang2
3 biji bawang merah - hiris nipis
1 batang celery - hiris
1 keping asam keping
1 batang serai - dititk
2 inci halia - hiris nipis
1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 batang lobak putih  - hiris
air secukupnya
garam secukupnya

Cara penyediaan

1. Mula-mula panaskan air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukan semua bahan yang dihiris nipis bersama serai,dan biarkan sampai semua bahan agak layu.

2. Kemudian masukan asam keping kacau perlahan dan biarkan hingga kuah kembali mendidih, selepas tu masukan ikan dan kacau perlahan.

3. Tutup dan biarkan hingga ikan masak 

4. Perasakan dengan garam secukupnya dan bila sudah masak ikan singgang siap untuk dihidangkan

Selamat mencuba!!!

8 comments:

  1. Moga abah SA sembuh seperti sediakala. Bagus makan lauk singgang ikan ni. Berkhasiat dan menyihatkan.
    Nanti Kak Amie kongsikan sambal ikan bilis garing ye SA.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kita pun nak kena makan lauk singgang selalu, boleh cuba resepi SA ni nanti

    ReplyDelete
  3. Resepi yang mudah untuk dimasak dan sedap.

    ReplyDelete
  4. sesekali makan singgang memang sedap kak. semoga ayah akak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. Sedap kak sesekali singgang. Mse dlm pantang pun laki slalu mskkan singgang. Mkn pns2 sedap. Semoga ayah akak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. singgang ikan cam ni febret mak saya kat kampung..dulu ada satu masa macam hampir setiap hari makan singgang ikan..

    ReplyDelete
  7. Ooh akak letak lobak putih ye sedap gak

    ReplyDelete
  8. Laukk simple untuk dimasak. Makan dengan budu lagiiii sedappp! Hehehehehe.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......