Monday, January 25, 2021

Resepi Ikan Siakap Goreng Berlada Versi SA

Hi korang...

Lama dah SA tak share resepi dalam blog kan..asyik letak gambar makanan jer...dan sememangnya dalam draft banyak entry makanan yang SA masak setiap hari...memandangkan PKP ni takde apa pun aktiviti selain dari tidur dan jogging..hahaha...hari ni rumah SA meriah ngan anak- anak buah yang berkampung kat rumah ni buat kerja sekolah dan PDPR. Ibu diorang siap ambil cuti lagi nak pantau anak- anak belajar. Lepas ni tak tau la macam mana. Takkan ibu nak ambil cuti hari- hari kan...mamalong sibuk dengan kerja office dan kerja2 rumah..setakat tgok- tgok kan okey je...nak tolong apa- apa memang tak mampu la..

So hari ni SA nak share resepi yang dah biasa SA masak dan pernah jugak share dalam blog ni...tak kisah kot ulang- ulang resepi kan...bezanya cuma lain- lain ikannya...










 Menu


  1. Ikan Siakap 3 keping bahagian badan
  2. bawang merah 3 ulas
  3. bawang putih 4 -5 ulas
  4. cili api 20 biji
  5. sos ikan  - 1 sudu besar
  6. Sos tiram 2 sudu besar
  7. Bawang besar - 1 labu - hiris


cara memasak

  1. lumurkan ikan Siakap dengan kunyit dan goreng dalam minyak yang panas. 
  2. Angkat dan asingkan apabila dah garing
  3. bahan 2-4 tumbuk hancur
  4. tumis bahan 2-5 sehingga naik bau
  5. masukkan sos tiram..
  6. biarkan sampai garing sikit..
  7. masukkan ikan dan gaulkan
  8. tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dah


Dah siap...sesuai dihidangkan ketika panas...bertambah-tambah korang makan nasi...tapi ingat..makan jangan melampau sangat...ikut macam SA...nasi je sesenduk...selebihnya lauk....sayur jangan lupa ye...sayur kan penting...

okey la...selamat mencuba...


8 comments:

  1. Terliur memalam tengok ni haa..

    ReplyDelete
  2. Sedap betul masakan macam ni. pedas, ikan garing bertambah nasi :)

    ReplyDelete
  3. Sedap nye makan dengan nasi panas2

    ReplyDelete
  4. ni masakan yang SK tak pernah masak, harus dicoba ni

    ReplyDelete
  5. Lauk macam ni makan dengan nasi panas-panas memang sedap.... kalau masak guna sambal belacan semalam lagi sedap....

    ReplyDelete
  6. adeh sedapnya alahai kak SA oii lapar ni

    ReplyDelete
  7. sedapnya..lapar pula tengah malam ni bila tengok post ni..hehe

    ReplyDelete
  8. Makan dengan nasi panas panas, confirm 2,3 kali menambah! Hehehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah