Saturday, January 9, 2021

Merebut Pahala Menyantuni Ibu Bapa

Hi korang...

Sejak SA dah officially duduk kat Seremban dan berulang dari Seremban - KL setiap hari bekerja ni..SA lebih meluangkan masa dengan family. Banyak masa untuk diorang....lega kan...kalau tak risau jugak kan...Mak Abah bukan semakin muda malah makin uzur... SA x nak duduk KL lagi ke? eh x la korang...SA masih belum dapat bilik sewa yang sesuai..memilih sangat ke? harus lah pilih..x nak la salah pilih..kita nak duduk selesa dengan harga kan...tapi tengok la...2-3 bulan lagi...atau selagi kes covid 19 ni selesai. Tak guna kalau sewa bilik dan tak duduk kan...macam bilik sebelum ni...SA rugi bayar sewa je..

Kisah ni SA nak share ngan korang. Bukan la bermegah-megah dengan usaha SA selama ni..tapi sekadar menyantuni kedua ibu bapa SA. Hampir 15 tahun SA menjanda, pernah diuji hampir kehilangan nyawa, kini SA cuba merebut pahala untuk menjaga kedua ibu bapa SA. 

Seorang anak belum diuji selagi kedua-dua ibu bapanya belum mencapai usia tua. Sebab itu, Allah SWT memberi peringatan jelas kepada hamba-Nya bergelar anak supaya berbuat baik kepada orang tua, khususnya ketika mereka mencapai usia tua.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Last week SA bawak Mak Abah dan Dania keluar makan kat luar sekejap. The Chicken Rice Shop Seremban Prima menjadi pilihan...Alhamdulillah...lega dan rasa tenang dapat buat yang terbaik untuk keluarga SA especially Mak Abah...Kat entry bawah ni SA sedikit petikan artikel yang SA baca untuk pengetahuan kita bersama..









Seorang anak belum diuji selagi kedua-dua ibu bapanya belum mencapai usia tua. Sebab itu, Allah SWT memberi peringatan jelas kepada hamba-Nya bergelar anak supaya berbuat baik kepada orang tua, khususnya ketika mereka mencapai usia tua.

Sekiranya berpeluang menziarahi orang sakit di hospital, buatlah pemerhatian dan lakukanlah muhasabah diri. Secara lumrahnya, golongan yang berusia memenuhi ruang hospital dengan segala macam penyakit.

Pelbagai ragam dan keadaan dapat disaksikan. Kebanyakan mereka adalah ibu bapa kepada anak yang sudah berkeluarga dan berkerjaya menyebabkan ada yang tidak mampu menjaga orang tua mereka.

Buat anak-anak, sedarlah kalian hanya mempunyai seorang ibu dan seorang ayah. Tidak ada yang dapat menggantikan tempat itu apabila mereka tiada lagi di dunia ini.

Rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi Allah SWT izinkan. Memang mudah menyatakan sayangnya kita kepada orang tua, namun belum tentu kasih sayang itu dibuktikan dengan ikhlas apabila kedua-dua mereka dalam keadaan uzur dan menunjukkan pelbagai ragam.

Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas kelebihan yang diperoleh anak yang mampu berbakti kepada kedua-dua orang tuanya. Ibnu ‘Umar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah? Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat pada waktunya.” Ditanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.” Kemudian ditanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Satu hadis diriwayatkan Ahmad menjelaskan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh rugi seorang lelaki (begitu juga perempuan) yang sempat hidup bersama kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripadanya, kemudian kedua-duanya tidak menjadi sebab (untuknya) masuk ke syurga.”

Semua orang tahu mengenai kelebihan menjaga ibu bapa ketika mereka mencapai usia tua. Namun, tidak ramai sanggup melakukan amal bakti kepada kedua-dua orang tuanya.

Berbaktilah kepada ibu bapa sejak diri mampu hidup berdikari dan ketika mereka masih sihat. Antara perkara yang perlu sentiasa dititikberatkan ialah soal komunikasi.

Walaupun dihambat dengan tugasan dan kerjaya masing-masing, berusahalah menghubungi mereka selalu bagi bertanya khabar serta berkongsi berita gembira. Melalui cara itu, ibu bapa dapat merasai kedudukan mereka begitu istimewa di sisi anak-anak.

Kadang-kadang, anak lebih selesa berkongsi kegembiraan dengan rakan sedangkan ibu bapa adalah orang yang sepatutnya wajar mendapat perkhabaran gembira itu.

Jika berpeluang pulang ke kampung, jangan malu memeluk ibu bapa. Peluk dan ciumlah mereka sebagai tanda dalamnya cinta dan kasih sayang kita terhadap mereka.

Bukan setiap masa mereka harapkan, cukuplah seketika tapi berkala ketika bersama mereka di kampung. Doakan selalu supaya ibu bapa sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 24)

Selain itu, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah mendidik anak menghormati dan menyayangi datuk dan nenek mereka. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidaklah seorang pemuda menjaga seseorang yang sudah tua melainkan Allah menetapkan seorang pemuda yang akan menjaganya ketika (dia) tua kelak.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Jika hari ini kita berbakti kepada kedua-dua orang tua, pasti kita juga akan mendapat penjagaan yang sama oleh anak sendiri pada kemudian hari.

Justeru, rebutlah peluang berbakti kepada kedua-dua orang tua kerana peluang hanya datang sekali. Apabila ia berlalu, peluang itu pasti tidak akan berulang kembali.

Usah malu memiliki orang tua yang sedang uzur kerana pada merekalah letaknya peluang mendapat syurga dengan segala kenikmatannya.

Credit
Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

11 comments:

  1. Bila sebut tentang orang tua ni..ibu bapa kita, PC kalah sangat. Air mata mudah mengalir.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Allah akam menganugerahi ganjaran yang selayaknya

    ReplyDelete
  3. saya masih ada mak dikampung. tua dan uzur kerana lumpuh sebelah badan. saya tak berpeluang nak selalu ziarah beliau. memang terasa saya ini tak berjaya membalas jasa beliau. memang terasa kecil.

    sebab itu bila sesekali dapat berjumpa beliau saya selalu minta ampun darinya kerana gagal membalas jasanya pada saya.

    tapi ibu la kan... dia akan kata: takapa. mak dah maafkan semua dosa anak anak mak!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.... Semoga beroleh ganjaran yg besar sbb sedaya upaya menyantuni org tua kak 😘

    ReplyDelete
  5. Betul itu selagi ibu bapa masih hidup buatlah baik. Nanti kita akan sedih dan menyesal apabila mereka sudah tiada.
    Insaf, kadang saya ambil mudah pasal ini.

    ReplyDelete
  6. sedap plak tgk... lama x makan chic rice shop.

    betul, Ayu pun rasa bertuah sgt sbb duduk dekat ngan Ibu & Ayah...hari2 leh jumpa, spend masa selalu ngan Ibu & Ayah...

    ReplyDelete
  7. Tengah lapar tgk gambar makanan kak SA adoi laa.. apesal sedap sangat. betul kak.. selagi mak ayah masih ada bahagiakanlah mereka. bila mak ayah dah takde macam saya ni memang setiap hari rasa terkontang kanting aje . ada missing pieces dalam diri ni kak

    ReplyDelete
  8. stay with parents lagi tenang rasa kan sbb dpt tgk diorg depan mata

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah SA.. seronoknya dapat santuni ibu bapa macam nie. Banyak pahala SA tau.. Macam Kak Sue nie tak sempat nak bergilir nak jaga Mak, sekelip mata tiba-tiba Mak pergi tinggalkan kami adik beradik.. huhuhu..

    ReplyDelete
  10. Betul tu kak SA.. bila dah tak ada mak ayah, dah tak ada peluang nak membahagiakan mereka..

    ReplyDelete
  11. mudah2an ada rezeki dan panjang umur saya untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa saya...ameen..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......