Monday, January 18, 2021

Koleksi Masakan SA Sepanjang PKP 2.0

Hi korang,

Masakan kampung sangat dekat di hati kita semua kan?Khususnya di kalangan kita masyarakat Melayu. Datang lah pelbagai masakan fusion, barat mahupun hidangan Korea. Masakan Melayu tetap terpahat di hati. Pastinya hidangan nasi dan lauk pauk masakan kampung mampu membuatkan sesiapa yang berdiet fikir dua tiga kali untuk menolak pelawaan.

So sepanjang PKP 2.0 inilah smeua menu masakan SA yang SA kumpulkan untuk satu entry hari ni...apalah malas sanagt diri ni nak buat entry hari- hari. Ini memang paksa diri sebenarnya..memang kalau dilayan perasaan malas update entry ni sampai bila- bila pun blog tak berupdate. Jom la tengok masakan SA beberapa hari ni...


Ikan bilis tamban yang kecik2 tu SA buat goreng berlada...


Sayur Bok Choy + Sawi biasa dan timun jepun..hahahaha...lebur je semua...buat goreng biasa


Ikan keli masak lemak cili api campur pucuk ubi serai...pucuk ubi yang daun panjang2 tu


Telur dadar


Ikan masin bulu ayam goreng garing


Kobis panjang goreng


Ikan siakap masak lemak cili api campur daun kunyit..


Sayur kangkung celur


Sambal belacan
 

Salad, timun jepun dan tomato dibuat ulam


Saayur kailan ikan masin


Ikan mambong masak lemak cili api


Sambal sotong


Sayur apa ntah nama dia...goreng biasa je


Ayam goreng kicap


Rendang Itik NS


Sup gearbox kambing mamak style...

Haaa..itu la koleksi masakan SA 2-3 hari ni...ada yang simple, ada yang beria macam rendang itik NS tu dan Sup Gearbox kambing mamak style tu..Rasa macam nak raya plak kan..hahaha...so SA berharap sangat SA dapat membantu korang yang kat rumah tu yang sedang work from home atau surirumah yang dah buntu tak tau nak masak apa. At least melalui SA nyer entry ni kornag bleh dapat idea untuk masak apa tengahari nanti kan...

Sampai sini dulu, nanti SA sambung lagi di entry lain....doakan SA rajin eh...hahahaha...

10 comments:

  1. berkeroncong perut tgk menu SA time ni...sedap2 belaka tu...dapnya ikan keli masak lemak

    ReplyDelete
  2. tu dia org nismilan, seminggu berapa kali masak lomak cili api ni.. sedapppp

    ReplyDelete
  3. wow..semua menu pun menariks... yum yum!

    ReplyDelete
  4. Ikan bilis tamban tu dah berpuluh tahun Kak Amie tak makan. Tak pernah jumpa di LD. Masak kecik2 dulu, itulah antara lauk nasi kami. Ikan bilis tamban goreng dengan jeruk lobak dan bubuh kacang tanah goreng.

    ReplyDelete
  5. Wahhh semua makanan nampak sedap sedap belaka

    ReplyDelete
  6. peh...semua lauk pauk tu memang satu periuk nasi tak cukup tuh...selain menambah perisa..
    tahan lama masakan macam ni...pkp 3.0 pun boleh makan lagi

    ReplyDelete
  7. Lauk kampungan memang menepati citarasa dan menyelerakan betul.

    ReplyDelete
  8. Kak SA !! lama sngt saya tak makan ikan tamban tu.. rasa sejak arwah ayah xdak. dia suka sngt.. iskk rasa nak pi cari nanti. sedapnya..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah