Tuesday, January 19, 2021

Jom Cuba Senaman Ringkas Cantikkan Punggung

Bagi sesetengah wanita, mempunyai punggung yang besar dan padat adalah sebuah anugerah kerana tidak semua wanita mampu memilikinya.Punggung yang besar dan padat adalah salah satu senjata wanita untuk menarik perhatian lelaki selain memiliki wajah yang menawan.

Inilah antara senaman yang SA buat hari- hari, sebelum jogging atau setiap pagi...hehehe..kenapa nak besarkan punggung..bukan nak besarkan la...just nak nampak cantik pinggul kita tu...lagipun senaman macam ni bagus untuk kempiskan perut yang sedikit buncit. Nanti nak pakai apa- apa baju dah tak cantik kalau perut buncit kan?

Disebabkan itulah ramai wanita berlumba-lumba untuk mendapatkan bentuk punggung seperti yang mereka inginkan.Sama seperti membuat senaman bahagian otot yang lain, senaman otot punggung juga penting untuk menjaga kekuatan dan keseimbangan tubuh ketika anda beraktiviti. Mempunyai otot punggung yang kuat akan membuatkan aktiviti anda sehari-hari menjadi lebih efisyen.

Jika anda termasuk dalam kategori mereka yang menghabiskan waktu seharian duduk di depan komputer, anda perlu melakukan senaman punggung ini. Jika otot-otot tersebut lemah, anda akan mendapat sakit punggung di kemudian hari.Selain itu, memiliki otot punggung  yang kuat juga akan membuatkan postur tubuh anda menjadi lebih baik.

Kena Rajin Bersenam!

Gerakkan badan anda terutama bahagian pinggang dan kaki. Joging atau berenang, lakukan paling kurang 15-20 minit setiap hari. Dengan bersenam, anda akan berpeluh dan otot-otot punggung juga akan bekerja secara optimum.

Cara Besarkan Punggung Dengan Tiga Bentuk Senaman:

Squats



Squats adalah senaman yang sederhana dan sangat mudah untuk dibuat. Anda cuma perlu berdiri dengan kaki terbuka (lebih lebar daripada bahu anda). Pastikan kepala dan punggung tetap lurus, bengokkan lutut anda sampai paha sejajar dengan lantai. Jangan biarkan lutut anda lebih panjang daripada jari kaki. Tahan seketika, kemudian luruskan kaki anda lagi. Lakukan sebanyak tiga set yang semuanya terdiri dari 10 hingga 15 kali dengan masa tiga hingga lima minit. Untuk hasil yang lebih baik, peganglah dumbell di tangan ketika anda sedang melakukan squats.


Lunges




Pada posisi berdiri, pastikan kedua belah  kaki anda menghadap ke depan selebar bahu. Setelah itu, langkahlah salah satu kaki anda kira-kira sepanjang satu meter (bergantung pada kepanjangan kaki serta kekuatan kaki anda). Pastikan tubuh anda tegak lurus dan bengkok lutut ke depan, sejauh mana yang anda boleh atau sehingga paha anda sejajar dengan tanah. Lutut kaki belakang akan menyentuh tanah. Dengan menggunakan otot paha kaki depan, angkat tubuh anda maksimum ke posisi asal. Ulangi dengan kaki berikutnya yang melangkah ke depan. Lakukan tiga set yang masing-masing terdiri dari 10 hingga 15 kali pengulangan dengan kiraan masa tiga hingga lima minit. Anda juga boleh memegang dumbbell untuk memberikan lebih bebanan pada otot paha dan punggung.


Hamstring Curls



Anda boleh menggunakan peralatan senaman yang anda di gym ataupun di rumah. Ikatkan beban di kedua pergelangan kaki anda dengan posisi berdiri menghadap ke tembok atau satu benda yang boleh anda jadikan pegangan, seperti di belakang keruasi. Perlahan-lahan angkat satu kaki ke arah belakang sampai setinggi paha anda. Tahan seketika, kemudian turunkan kaki anda secara perlahan-lahan juga. Lakukan tiga set yang semuanya dengan 10 hingga 15 kali pengulangan, dalam tempoh tiga hingga lima minit.

Jom korang...amalkan senaman yang sihat ni....semoga kita semua terus sihat...

Credit photo : Google.com


12 comments:

  1. hye! ada juga try, pakej turunkan berat bdn. paling penting kena warm up dan cooling down supaya otot tak sakit... =D

    ReplyDelete
  2. Rabia pun dh start jogging dekat rumah ni

    ReplyDelete
  3. Selalu PC dengar kawan-kawan cakap kalau nak punngung besar atau lebar kena kecilkan badan biar ada cutting..cantik berkebaya katanya. Kikikiki. Aduh macam-macam.

    ReplyDelete
  4. wow...datang sini bukan sebab clickbait hahaha..sebab nak tahu jugak info pasal ni...
    nanti nak cuba walaupun saya laki, mana tahu takdelah isu sembelit ke ape nanti..hehe

    ReplyDelete
  5. wow! baguss. Kak SA share entri ni. nanti bolehlah saya praktik buat exercise ni

    ReplyDelete
  6. kena bersenam ke...? malasnya...

    ReplyDelete
  7. Squad dan lunges je agak rajin juga nak buat :)
    Hamstring Curls tak pernah cuba..huhu

    ReplyDelete
  8. Bab senaman ni uncle yg paling malas! huhuhu

    ReplyDelete
  9. ehehe kena exercise kasi okay.. biar elok ja tamo oversize
    nnt sangkut nak pakai bajuu hehe..

    ReplyDelete
  10. Seronok betul bagi yang suka amalkan senaman. Banyak cara boleh dipilih.

    ReplyDelete
  11. Ok.. Nk kena buat squat... Sebab dah lama gila xbuat..plank pun sama.. Adoiyai.. Ni bercinta la nak buat 60 seconds bila dah lama xbuat ni🤣

    ReplyDelete
  12. Senaman macam ni memang bagus untuk dilakukan. Saya hari tu lama tak bersenam terus sakit belakang. Sejak tu bersenam balik. Haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah