Wednesday, January 6, 2021

Dah 2021..Bila SA nak kahwin?

Hi korang...

Aduhai...ingatkan SA dah tak terima apa- apa soalan pasal kahwin ni lagi lepas SA buat keputusan untuk terus move on..nampaknya masih ada yang tak sensitive dengan soalan macam ni kan...please la..dah tahun 2021 patutnya soalan macam ni dah tak wujud dah kan...letih nak jawab...malas la nak jawab...kalau la bab jodoh ni sesenang beli baju kat mana- mana butik..dah lama dah dapatkan secepat yang mungkin. Bab hati dan perasaan ni mana boleh nak paksa. Blom kes menunggu sikit punya lama janji harapan yang tak pasti..



Tahun 2021 ni SA nak senang hati, always happy dan nak teruskan aktiviti sihat..hujung tahun SA plan nak daki Gunung Kinabalu. Harapan impian SA jadi kenyataan. Untuk itu SA akan sentiasa berlatih training hiking gunung dan bukit yanaga kecil- kecil dulu. Patutnya SA nak naik Gunung Kinabalu bulan September tahun ni tapi SA terpaksa tarik diri sebab anak dara SA nak SPM tahun ni kan...macam tak adil plak kat dia kan..mama pi hiking time dia nak SPM. So SA manage to join group lain untuk naik Kinabalu end of this year. hehehe...

So berkenaan bab jodoh ni SA takde kuasa nak jawab macam mana. SA bukan la nak menidakkan perasaan. Siapa kata SA x nak kahwin dan ada complete family. Bukan SA sorang je..malah SA yakin ramai nak kahwin kan. Sampai bila nak duduk sendirian. Esok- esok dah tua siapa nak jaga. Anak SA kalau dah berjaya dah berumahtangga dah tentu di bawa suami kan...tapi siapa la SA untuk menidakkan kuasa Allah SWT. Kalau ada jodoh tu...ada la...kalau takde...SA tak boleh nak buat apa pun...berserah aje la kan...

Just terasa hati la skit orang duk pertikai jodoh SA...aduhh...apa la salah SA kat diorang sampai sibuk sangat bab jodoh ni....tak boleh ke jaga tepi kain sendiri..apa la yang diorang risau..sedangkan SA ni bukan la sailang laki- laki dorang. SA just nak tahun 2021 ni SA bebas dari sebarang persoalan..pertanyaan and nak relaks2 je menjalani kehidupan...

16 comments:

  1. Wahhh bestnya hiking.. teringin juga nak join tapi itulah takde geng

    ReplyDelete
  2. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri je lah kak.. soal jodoh bkn mcm kita shopping di shopee kan? Semoga impian kak SA nk menakluk kinabalu tu tercapai thn ni.. aminn

    ReplyDelete
  3. Sayaa... fahammm.. soalan tuuuu. hmm

    ReplyDelete
  4. Ya takde sapa nak duduk sendirian.
    Semoga berjaya mendaki Gunung Kinabalu.

    ReplyDelete
  5. let them be.. mulut org takleh tutup kan

    ReplyDelete
  6. Kalau mulut tempayan bolehlah kita tutup2.

    ReplyDelete
  7. bestnya hiking..teringin juga nak pergi..ntah bila la dapat join hiking mcm ni. biarlah apa org nk kata

    ReplyDelete
  8. soklan..macam main kawen2 masa kecik jer. ingat senang ke nak kawen..huhu

    ReplyDelete
  9. Sabarla kak... kadang ada benda yg diluar kawalan kita, buat dek je janji akak happy

    ReplyDelete
  10. Insy Allah Semoga tahun ini bertemu jodoh amin.


    www.oohsenyum.com

    ReplyDelete
  11. semoga dipermudahkan segalanya untuk SA

    ReplyDelete
  12. Alahai... mulut orang ni kan.. Tak habis-habis..
    Eloklah tu kak.. Berhappy happy dengan hiking.. LeYa setuju dengan aktiviti sihat macam ni..

    ReplyDelete
  13. jangankan soalan kawen, bila da kawen nanti diorang tanya lak bila nak ada anak..macam saya ni haaa...

    ReplyDelete
  14. Sebelum ni dah biasa dah dengar soalan2 cepu platinum nih..mula2 terasa jgk, sebab kenapalah nak pertikaikan jodoh org ni?lama2 memang lantakkan jek..cuma kadang2 ada jugakla rasa geram kan..apapun semoga SA bertemu jodoh yang terbaik..amiin..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, bila ada yang bertanya, itu tandanya mereka sedar kewujudan SA. Kalau orang langsung tak bertanya lagi sedih nanti..Mungkin mereka prihatin tu Hihihi..In sha Allah, semoga satu hari nanti sampai jodoh yang masih menjadi rahsia Allah.. Amiin

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......