Sunday, January 17, 2021

Aktiviti Senaman Adalah Perlu Sepanjang PKP

Hi korang

Apa jer aktiviti SA di musim- musim PKP ni? SA hanya mampu bersenam jer uolls..pagi petang SA akan jogging, workout senaman ringan untuk cergaskan badan. Dulu masa muda- muda kurang bersenam sebab sibuk dengan kerjaya dan mencari rezeki..dah tua..dah mula sakit sana- sakit sini makanya kena la mulakan senaman. Baik untuk badan dan kesihatan jantung kan..Selain mengawal pengambilan makanan.

Apakah kebaikan bersenam kepada individu?

Bersenam tidak tertakluk kepada sesetengah umur- semata- mata. Bersenam sesuai untuk semua peringkat umur 

Bersenam adalah salah satu cara untuk mendapatkan fizikal yang sihat.

Jika keadaan fizikal kita sihat dan cergas, kita boleh melakukan apa sahaja pekerjaan dengan maksimum. Terdapat banyak kebaikan bersenam jika kita rajin melakukannya.

Bersenam bukan bermakna kita perlu menghabiskan waktu berjam-jam di pusat fitness ataupun di perkarangan tasik.Senaman seperti yoga atau ‘sit up’ tidak memerlukan waktu yang lama dan kita boleh melakukannya di ruang kediaman.

Jika kita betul-betul tidak mempunyai waktu untuk bersenam, kita hanya perlu mempraktikkan senaman yang paling mudah dan murah iaitu berjalan kaki!kalau SA tak mampu jogging sepanjang masa, SA akan berjalan laju..bab ni kita tak perlu push diri kita dan ikut kemampuan badan kita sendiri. Seboleh- bolehnya SA tak paksa...Selain nak terus sihat, SA bersenam sebab SA dalam usaha untuk menurunkan berat badan dari 64kg ke 50kg. Ianya adalah persediaan SA untuk meneruskan aktiviti hiking dan objektif utama untuk pakai semula baju- baju kerja saiz S yang banyak kat rumah. Nampak macam senang jer nak kurangkan berat badan kan? Tapi bukan senang ye...mental perlu kuat. Nak plak SA tinggal di rumah. Hari- hari kena dan perlu memasak. Cuma kena pandai control pengambilan pemakanan harian.










Berikut beberapa kebaikan bersenam setiap hari yang boleh kita perolehi :

1. Memperkuatkan Jantung
Bersenam bukan sahaja membuatkan anda berasa lebih sihat dan segar, malah memperkuatkan lagi keadaan jantung anda. Secara tak lansung tindakbalas jantung menjadi lebih efisien. Jantung juga akan terus berlatih sehingga menjadi lebih kuat. Otot jantung yang kuat berupaya membantu mencegah penyakit jantung.

2. Mengurangi Kadar Gula Darah
Senaman mampu melancarkan otot untuk mengambil glukos dalam darah dan mengubahnya menjadi energi. Ia penting untuk mengurangi risiko terkena diabetis dan penyakit kardiovaskular  lain, yang disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal.

3. Menjaga Paru-Paru
Bersenam mamu membuatkan otot paru-paru bergerak serta meningkatkan kapasiti kerja paru-paru itu sendiri. Selain itu, senaman teratur juga dapat membantu melancarkan pergaliran udara yang masuk dan keluar melalui paru-paru.

4. Mengurangkan Berat Badan
Senaman dapat membantu mencegah kelebihan berat badan. Apabila ia dilakukan secara teratur, bermakna semakin banyak kalori yang terbakar.

5. Mengawal Tekanan Darah
Senaman mampu menurunkan stress serta mempengaruhi tekanan darah. Jika tahap stress anda menurun, maka tekanan darah pun akan turut serta menurun. Jadi, sebab itulah bersenam merupakan pilihan yang tepat ketika anda berasa penat dengan aktiviti yang telah dilakukan.

6. Elok Untuk Tulang & Sendi
Orang yang rajin bersenam memiliki tulang yang lebih padat dan kuat berbading dengan mereka yang liat atau malas bersenam. Bersenam juga elok untuk mencegah osteoporosis. Jarang bersenam juga boleh membuatkan sendi-sendi anda menjadi kaku dan lemah.

7. Kulit Jadi Lebih Sihat & Berseri
Salah satu menjaga kesihatan kulit yang wajar ada berikan perhatian adalah dengan bersenam. Kulit memerlukan nutrisi agar sentiasa sihat dan terjaga keanjalan serta kelembapannya.  Bersenam akan meningkatkan denyutan jantung sehingga dapat melancarkan perjalanan darah, sekaligus menyalurkan nutrisi yang baik ke sel-sel kulit.
Bersenam boleh mengurangi jerawat yang ada pada wajah dan tubuh anda. Jerawat biasanya muncul disebakan faktor luaran dan dalaman. Salah satu faktor dalaman yang mengundang timbulnya jerawat adalah stress. Bersenam akan membantu tubuh anda menjadi lebih relaks dan terhindar daripada stress.

8. Meningkatkan Konsentrasi
Perjalanan darah  lancar ke otak disebabkan oleh senaman yang telah membuatkan fungsi kerja otak serta peningkatan kosenstrasi. Anda akan memiliki kosentrasi yang baik jika anda dapat bersenam secara teratur.

9. Menjadikan Kehidupan Seksual Bertambah Baik
Ketika anda berasa terlalu penat untuk melakukan hubungan seksual, bermakna ia memerlukan senaman. Latihan fizikal yang teratur boleh membuatkan anda menjadi lebih berenergi dan nampak ‘fresh’. Semua ini memberikan efek positif  pada kehidupan seksual anda. Kebaikan bersenam memang tiada tandingannya buat wanita kerana ia mampu meningatkan ghairah seksualnya.


10 comments:

  1. rajinnyaa SA bersenam.. me kena ada geng :(

    ReplyDelete
  2. rajin SA, bersenam... smg SA sentiasa sihat

    ReplyDelete
  3. walau sedikit dan sekejap tapi kalau selalu ada kesannya juga kan SA.

    ReplyDelete
  4. Kak Amie pilih senaman paling mudah. Hanya berjalan kaki sahaja, laju-laju seminggu 2-3 kali. Itu pun sekitar 2-3 km sahaja. Sejak terkurung berPKP ni, dah tak boleh keluar.

    ReplyDelete
  5. saya da lama sangat tak bersenam ni kak..adeii

    ReplyDelete
  6. Rabia pun bersenam skrg bermain badminton setiap petang

    ReplyDelete
  7. Wak senam kat kebun dan reban aje hari2.

    ReplyDelete
  8. berat nk bersenam ni...slalu bersenam atas katil haha

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kak share info. Bagus akak sentiasa bersenam dan jaga kesihatan :)

    ReplyDelete
  10. sangat penting.. tpi stakat ni senaman saya adalah
    bergolek ke kiri dan kekanan katil hahaha..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah