Hi korang...
Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal dilihat sudah menjadi trend.
Kini, sudah ramai yang mula meminati dunia sukan berbasikal, bukan sahaja lelaki bahkan kaum wanita, malah golongan artis juga menunjukkan minat berbasikal.Sana sini man- mana SA pergi memang ramai yang berbasikal beriadah dengan kawan- kawan, keluarga mahupun kayuhan solo. Menarik sangat. Tapi sayangnya SA tak pandai bawa basikal..pernah la bawa masa kecik- kecik dulu..sekarang jangan harap la..tak pernah lagi..berpuluh tahun dah. Kalau ada yang ajak join sukan berbasikal ni SA memang mengeluh la...
Teringat masa SA bercuti ke Lombok beberapa tahun yang lepas...kawan- kawan sewa basikal untuk ke lokasi buaian di persisiran pantai, SA je tinggal..sebab SA x pandai bawa basikal. Sedih oiii....so apa SA buat kat Lombok? Berjalan di persisiran pantai jer la....kalau sekarang nak suruh SA beli basikal...erm..x tau la apa jenis nak beli dan jenama apa yang terbaik..
Pada hujung minggu pula, kita dapat melihat pelbagai lapisan usia menjadikan aktiviti itu sebagai hobi sama ada bersama keluarga, rakan ataupun secara sendirian.Berbasikal juga merupakan antara aktiviti sukan yang sangat baik untuk kesihatan. Paling menarik apabila sekumpulan team seperti di dalam gambar memilih kawasan- kawasan popular untuk aktiviti kayuhan mereka. Banyak yang SA nampak di media sosial selain aktiviti hiking, berbasikal juga ada tempat- tempat popular untuk kayuhan ini yang mana sebelum ini SA x pernah tau pun wujudnya tempat- tempat cantik. Kalau hiking tu SA tau la sedikit sebanyak lokasi menarik yang menjadi tumpuan.
Basikal zaman dulu tidak sama seperti sekarang, kini ia sudah canggih, malah kerangka basikal model baharu jauh lebih ringan berbanding ‘basikal tua’.Minat mendalam terhadap aktiviti sihat itu mendorong individu tertentu berbelanja besar sehingga puluhan ribu ringgit untuk memiliki basikal berkualiti.
Satu ketika dahulu basikal jenis BMX menjadi pilihan, kini basikal jenis Dahon Vybe D7, Raleigh Ugo Folding Bike, Asogo Mountain Bike dan banyak lagi turut menarik minat orang ramai.
Aktiviti berbasikal juga perlu mengikut kesesuaian tempat serta jenis basikal seperti basikal ride bike, mountain bike, touring bike.
Mereka yang baru menceburi bidang sukan berbasikal disarankan supaya memilih basikal yang betul. Sekiranya minat onroad jadi belilah road bike. Kalau minat onroad dan offroad beli Mountain Bike. Kalau minat melancong pula dan memerlukan ruang beg atas basikal jadi beli touring bike.Mereka yang terhad bajetnya tidak perlu bersusah payah berhabisan untuk membeli basikal yang mahal. Belilah basikal yang sepadan dengan kemampuan dan tujuan kayuhan anda.
Komponen yang terdapat pada sebuah basikal ada yang mahal dan mungkin memerlukan perbelanjaan ratusan ringgit dan boleh mencapai ribuan ringgit untuk dibeli.Oleh yang demikian penyelenggaraan basikal adalah perlu untuk memastikan pemilik basikal tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menggantikan komponen tersebut.Sekiranya kita kerap melakukan kayuhan atau tugasan yang ekstrem, maka pemeriksaan perlu dilakukan dari masa ke masa kerana ia melibatkan keselamatan penunggang dan basikal itu sendiri.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.Aktiviti itu juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. So tidak mustahil anda akan dapat lihat aktiviti kayuhan basikal popular di waktu malam.
Bagi mereka yang berkeupayaan dari segi kewangan, mereka hanya perlu menghantar basikal ke kedai untuk diselenggara.
Namun bagi segelintir individu pula, menyelenggara basikal sendiri lebih memberi kepuasan dan menjimatkan perbelanjaan.Setiap kali melakukan aktiviti berbasikal, penunggang basikal perlu menggunakan laluan yang bersesuaian seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa
Larangan aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah bertujuan mengelakkan penunggang terdedah kepada risiko yang membahayakan keselamatan diri serta pengguna lain. Penunggang basikal yang ingin menjalankan aktiviti berkenaan perlu sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain. Jaga keselamatan keluarga sekiranya anda mengayuh bersama- sama keluarga. Sesetengah yang SA nampak mereka beramai- ramai mengayuh basikal di jalan jalan raya. Ada anak- anak kecil juga. So..sebagai ibu bapa haruslah menitik beratkan keselamatan anak- anak.
Sudah makin ramai yang berbasikal sekarang kan? Daripada artis hinggalah ahli politik,masing-masing takkan terlepas dari memuat naik gambar dan video sedang berbasikal di laman media sosial milik mereka.
Persoalannya, berbasikal ini sudah jadi satu budaya bersukan atau masih di tahap ‘trend’ bermusim?
Terpulang kepada anda untuk menilainya asalkan aktiviti ini mampu meningkatkan tahap kesihatan kita bagi SA ia sudah memadai.
SA bila nak join aktiviti berbasikal?
Aktiviti berbasikal senang. Dari atas sampai bawah tak perlu susah-susah workout
ReplyDeleteBetul la SA. Sekarang menjadi satu rutin ramai yang berbasikal. Ada macam-macam jenis dan bentuk basikal PC tengok. Beriadah cara baharu. Yang penting jaga keselamatan.
ReplyDeletePKP ni sy stop dulu, takut nak kayuh dekat area office, kayuh area rumah jer santai-santai... keluarkan peluh
ReplyDeleteuncle tak mampu basikal macam ni... huhu
ReplyDeleteSekarang antara hobi kayangan, cuma kadang da yang berbasikal bukan ditempatnya beramai2 lK tu, bahaya
ReplyDeletetakda basikal.. klu beli pun yg bonceng kottt. hihi
ReplyDeletetakut betul tiba2 minat nak berbasikal.. sbb mahal
ReplyDeletepandai bawak basikal kecik2 dulu..sekarang tak tahu la masih pandai ke tak..hahahah
ReplyDeleteSampai sekarang, aktiviti berbasikal ni masih ada. Tapi kadang kadang cukup risau sebab yang berbasikal ni makan jalan atas jalan raya, kalau terlanggar, ya allah tak boleh bayang.
ReplyDelete