Hari ni SA nak share ngan korang resepi sayur kangkung masak lemak cili api. Ni merupakan idea mak SA dan masa mak SA sihat dulu dia rajin gak masak macam ni...Kisahnya Isnin SA buntu tak tau nak masak apa...sayur kangkung memang banyak dalam fridge. Mak cakap jom kita masak lauk orang pi berladang, bersawah or motong getah 🤔🤔🤔...SA macam confuse plak...jom la Mak bagi idea katanya..okey laaa...rupanya ini lauk org berladang, bersawah and motong getah...memang bahaya makan lauk macam ni..nak lari dari kebiasaan makanya bahaya sebab akan makan bertambah...masa masak tu mak throwback la citer dia masak lauk macam ni masa arwah atuk dan uwan SA balik dari motong getah atau bersawah. Masa ni mula la dia buat drama, nangis plak...erm...mak..mak...sabar jer la...lately ni cepat plak dia tersentuh hati.
Bila SA up gambar kat FB, ramai macam pelik yang sayur kangkung bleh masak macam ni...jangan kata kangkung, sawi pun boleh sebenarnya dan ada yang mintak resepi.
Resepi Sayur Kangkong Masak Lemak Cili Api
Bahan- bahan
- Sayur kangkong seikat besar
- Cili api 15 biji - lebihkan kalau nak pedas*
- Segenggam ikan bilis
- Kunyit hidup - sebesar ibu jari*
- Santan segar sebungkus / boleh guna santan kotak juga
- Garam
Bahan 2&4 tumbuk lumat.
Cara masak
- Sama je macam masak lemak ikan..tumbuk cili api + kunyit hidup ( agak2 nak pedas letak banyak and kunyit besar ibu jari ),
- masukkan santan dalam kuali dan campurkan cili ngan kunyit hidup td,
- biar santan menggelegak dan kacau sentiasa..
- agak2 santan dah masak baru masukkan kangkung, ikan bilis
- perasa garam, masak dlm 2-3 minit..tutup api...siap!!!
Nak tambah selera makan korang boleh gandingkan dengan ikan masin goreng dan jugak ikan goreng...confirm bertambah makan.
HuwaaaaðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜...Sabtu ni SA nak hiking uolls ..mustahil x makan kan sebab lauk sedap ha...ok..cuba jogging petang ni lama skit...mana tempat nak teroka petang kang...jangan la hujan ha..langit dh mendung je kt luar tu.
Mesti sedap... kangkung ni masak apa pun dana suka
ReplyDeleteIlmu baru ni,biasa kangkung goreng belacan..tak pun tumis kering je SA. Ni boleh ubah seleralah.
ReplyDeleteTak pernah lagi buat kangkong masak lemak...boleh di cuba ni...nampak sedap plak..
ReplyDeleteselalu kangkong ni kami masak belacan jer..nti nak try masak lemak pulak
ReplyDelete1st time gak dgr ni, selalu either goreng mcm tu je or goreng belacan..kan?
ReplyDeletetq for sharing!
boleh imagine bertapa rapuhnya batang kangkung tu
ReplyDeleterare ni SA , kak ana belum pernah masak lemak kangkung selalu tumis je, boleh lah try nanti :)
ReplyDeleteok, first time ni nampak kangkung masak lemak..boleh cuba gak resepi ni nanti..
ReplyDeleteehhhh tak pernah wei masak gini
ReplyDeleteok..lom pernah buat atau terfikir nak buat. Boleh la try nanti...
ReplyDeletemenarik ni makan waktu tghari, panas2 fuh blh bertambah nasi
ReplyDeleteMesti pedas giller ni
ReplyDeletewah sedap juga kangkung buat masak lemak :)
ReplyDeleteSedap sayur kangkung. rangup rangup di makan. selalu masak tumis. Macam sedap juga masak lemak cili api ni.
ReplyDelete