Monday, December 7, 2020

Rentas Negeri & Daerah PKPB Dan PKPP Dibenarkan Kecuali Kawasan PKPD

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐌𝐊𝐍) 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 & 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (𝐏𝐊𝐏𝐁 & 𝐏𝐊𝐏𝐏) 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟕 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐏𝐃.




Pergerakan rentas negeri dan daerah ini DIBENARKAN tanpa permit polis.

Dalam kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, keputusan ini terpaksa dibuat demi kelangsungan penghidupan rakyat jelata yang jelas terkesan disebabkan PKPB berterusan.

Apa implikasinya?

☑️ Pergerakan keluar masuk akan berlaku walaupun melibatkan kawasan-kawasan zon merah. Orang Kuala Lumpur balik Kelantan lawat saudara mara, orang Seremban jalan-jalan sampai ke Cameron Highland. Naik bas, naik kapal terbang, naik kereta dan bas.

☑️ Boleh merentas bukan bermaksud TIADA RISIKO jangkitan COVID19. Zon merah ini ada yang mempunyai lebih 1000 kes aktif seperti di Klang dan Seremban. Jadi ulang alik ke tempat sebegini merupakan satu risiko yang sangat berbahaya.

☑️ Kelantan sebagai contoh meningkat kes secara mendadak kerana kes import B. Kluster Huma sebagai contoh mudah. Kes indeks ada sejarah merentas dari negeri Selangor. Dalam masa sehari 35 kes dicatat dan menjadikan daerah Pasir Puteh sekelip mata sebagai zon merah.

Apa peranan kita sebagai masyarakat yang cakna?

☑️ Rentas negeri hanya dalam keadaan MENDESAK. Contoh seperti ibu bapa sakit tenat, isteri nak bersalin atau keperluan kerja seharian. Melancong, pergi makan-makan, lawat kawan-kawan, ziarah kampung halaman BUKAN KEPERLUAN MENDESAK. Ini 'common sense' yang perlu masyarakat ada. Kelonggaran diberikan bukan bermaksud perlu kita salah guna demi kepentingan peribadi.

☑️ Dalam kenyataan Menteri Kanan Pertahanan har ini, beliau ada mengatakan keperluan melakukan 'voluntary testing' (saringan sukarela) .

Kalau terpaksa merentas negeri terutamanya dari zon merah, buatlah saringan kendiri seperti ujian PCR atau RTK antigen di fasiliti kesihatan berbayar. Buat macam negeri Sabah buat di mana saringan diwajibkan dalam masa 3 hari sebelum masuk ke Sabah. Itu tak menjamin tiada jangkitan berlaku, namun setidaknya inilah tindakan pencegahan pertama yang mampu dilakukan.

☑️ Seterusnya, kena buat 'self isolation' (kuarantin kendiri) di rumah atau penginapan sebelum bertemu dengan orang lain, sekurang-kurangya 5 hari. Kalau ada simptom seperti demam, batuk, selesema, sakit kepala, atau hilang deria bau dan rasa, kena cepat-cepat ke klinik atau hospital untuk buat saringan COVID19 dan jujurlah akan sejarah perjalanan yang dilakukan.

☑️ Patuhi SOP sentiasa. Pakai pelitup muka, jaga jarak fizikal, jangan bersalaman, jangan keluar rumah kecuali ada perkara mendesak.

#kitajagakita


10 comments:

  1. fuhhh..berat juga nak ikut dlm excited dh lama x balik kg..huhuu

    ReplyDelete
  2. lama betul tak balik kg tapi bila baca betul-betul kenyataan DS Ismail Sabri, berat hati pulak huhuhu

    ReplyDelete
  3. Betul, bukan lesen utk berjimba sesuka, hati :(

    ReplyDelete
  4. walaupun dah ada kelonggaran, tetap kena berjaga2..sebab benda ni tak nampak dengan mata kasar..

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak balik kampung. Tapi macam mana pun tetap kena hati2 kan ❄️

    ReplyDelete
  6. Dalam gembira kena beringat juga. Covid-19 tak ada hati perut kalau nak menyerang mangsa. Mudah-mudahan keluarga yang jauh didekatkan, yang rindu-rinduan dapat dilunaskan.

    ReplyDelete
  7. Kita belum menang
    Kes harian masih ribu2.
    hari ni N9 top kes.

    ReplyDelete
  8. ramai dah nak holiday sana sini ni, but take care :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah