Wednesday, December 2, 2020

Pengalaman Pertama Kali Disentuh Mayat Reput

SAMBUNGAN DARI  CHAPTER 1 & CHAPTER 2

CHAPTER 3

Sekejap sahaja telah masuk sesi pembelajaran untuk bulan yang ke tiga. Aku seperti biasa, masih cuba membiasakan diriku dengan situasi yang baru. Kelas teori sudah hampir sampai ke penghujungnya dan kemudian akan disusuli dengan sesi latihan praktikal dan latihan amali. Pada peringkat awal pembelajaran, penekanan banyak diberikan pada pendedahan struktur badan manusia. Setiap 206 tulang temulang didalam badan manusia perlu dihafal. Dalam ratusan tulang manusia itu, penekanan pada peringkat awal ini hanyalah berkisar pada tulang panjang iaitu tulang tibia, fibula, femur, metatarsals dan phalanges pada bahagian kaki manakala tulang humerus, radius, ulna, metacarpals dan phalanges pada bahagian tangan.





Setiap alur dan lekuk pada tulang adalah penting untuk diingati dan difahami khususnya disetiap bahagian tulang. Bayangkanlah tubuh manusia yang diciptakan Tuhan ni sangat kompleks, penuh berselirat dengan otot dan urat-urat yang setiap satunya ada fungsi masing-masing. Tiap-tiap struktur ini ada fungsinya dan masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain. Esok pagi merupakan hari pertama kami akan masuk ke makmal diseksi yang terletak di blok anatomi. Aku agak teruja juga untuk menantikan hari esok kerana yang pertama, dapat keluar daripada suasana pembelajaran di dalam kelas yang telah berlarutan hampir 3 bulan. Yang kedua, aku akan dapat melihat sendiri bahagian badan dan organ manusia yang telah diawet untuk tujuan pembelajaran perubatan. Kelas akan bermula pukul 8 pagi esok.

Kami semua tiba awal hari ini. Semua pelatih nampak bertenaga dan berkobar-kobar untuk memulakan sesi latihan amali. Ada yang telah hadir seawal pukul 7.15 pagi. Kami semua berkumpul di luar kelas sementara menanti pintu kelas dibuka. Dari jauh aku perhatikan gelagat Lia dan Nini yang sedang menunggu dihadapan pintu kelas. Lia nampak tekun cuba menghafal sambil menatap buku anatomi didalam dakapannya. Manakala Nini Nampak tenang dan bersahaja sambil matanya liar memandang kawasan di persekitaran blok anatomi. Sesekali dia menoleh ke arahku yang sedang kusyuk memerhatikan mereka dari kejauhan. Aku tersentak, apabila mata kami bertentangan. Terus sahaja aku mengalihkan pandanganku kearah buku yang ku pegang. Aku berpura-pura membelek buku ditanganku sambil membaca sebaris dua ayat di bahagian muka belakang buku. Sesekali mataku menjeling kembali, nampaknya pandangan Nini telah beralih ke arah kelas kosong di blok sebelah. Fuh.. Selamatt, bisik hati kecil ku..

"Okay murid-murid semua"… Satu suara mula memecahankan keheningnan pagi itu. "Kamu semua boleh masuk dan ambil tempat duduk masing-masing". Katanya sambil membuka kedua-dua daun pintu. Itulah dia Professor yang akan mengajar subjek anatomi pada pagi ini. Lengkap dengan kot putih makmal dengan cermin mata berbingkai hitam tebal dan rambut yang tersisir kemas dengan belahan pada tepi. Ya itulah Professor yang kami gelar Doktor P.Ramlee. Aku pun dah tak ingat nama sebenar beliau. Doktor P.Ramlee memang tidak lekang dengan kot putih dengan senyuman lebarnya. Bila diamati, tak adalah wajahnya macam P. Ramlee, tapi lebih mirip pada Dr. Ismadi dalam cerita Ibu Mertuaku. Tapi disebabkan gaya 70-an dengan spek tebal dan rambut belah tengah murid-murid lebih gemar memberikan beliau dengan gelaran itu.

Setelah semua pelatih duduk. Aku perhatikan sekeliling kelas, saling tak tumpah macam makmal Kimia semasa di sekolah menengah dahulu. Dr. P.Ramlee memangil aku, Abang Rosli dan Sgt. Prem untuk bangun. Alamak, apa pulak ni bentak hatiku. Jangan la pulak dia nak tanya soalan awal-awal pagi ni, tak ada buat apa-apa persediaaan pun untuk hari ni. "Kamu bertiga ikut saya". sambungnya. Kami terus mengangguk dan terus menuruti arahan. Kami masuk ikut satu pintu dan terus melalui satu lorong kelam dengan cahaya yang samar-samar. Laluan itu membawa kami ke tangga untuk turun ke bahagian bawah. ‘Dewan Diseksi’, satu papan tanda jelas kelihatan di sebuah pintu. Beliau menolak daun pintu dan menyalakan semua suis lampu. 

Lampu kalimantang berkelip-kelip dan mula menerangkan keseluruhan dewan. Itu dia... Jelas dapat kulihat meja-meja besi bersedia menunggu kehadiran mayat-mayat reput untuk kelas pada hari ini. Dr. P.Ramlee menyentuh bahuku, "ikut saya" ujarnya dengan senyuman lebar menampakkan keseluruhan giginya. Aku mengangguk akur dan terus mengikuti langkahnya. Kami terus berjalan kembali di laluan suram itu hingga ke dua daun pintu dengan sebahagian cermin pada bahagian atas. Aku memandang ke dalam, gelap. Di sisi pintu jelas tertulis, ‘Bilik Simpanan Cadever’. Tersentak hatiku apabila melihat tulisan itu. Doktor ni nak suruh aku ambik mayat ke? Ok masuk, ujarnya. Suis lampu dipetik dan jelas aku dapat lihat ada 4 bekas plastik tidak bertutup. Kesemua bekas itu setinggi paras pinggangku. Walaupun lampu telah dipetik, bilik itu masih terasa suram dan menakutkan. 

"Pakai sarung tangan ni" ujarnya sambil menghulurkan sarung tangan latex panjang hingga ke pangkal lengan. "ambil organ jantung dalam bekas tu, ambil lima" ujarnya lagi. Aku memberanikan diri melangkah ke bekas terdekat dengan diriku. Aku menoleh kedalam bekas, keruh. Tiba-tiba bau tengik kuat mengisi rongga hidungku. Sangat kuat sampai terasa basah kedua-dua biji mataku. Aku cuba menahan dan mula membayangkan bau aroma kek vanilla yang ku-makan pagi tadi. Tanpa sedar tanganku sudah mula mencelup kedalam bekas berair keruh itu. Tanganku menyeluk masuk dan mula meraba-raba. Tak ada apa-apa pun. 

Aku terus menyeluk tanganku lebih dalam lagi hingga ke paras siku. Tiba-tiba, arghh apa ni.. Jeritku dalam hati. Aku dapat rasakan jelas, ada tangan memegang lenganku. Jari-jemari lembik itu terasa jelas menyentuh pergelangan tanganku. Refleks ku cepat-cepat mengangkat tangan keluar daripada bekas keruh itu. Aku dapat melihat cecair formalin (Bahan Kimia untuk mengawetkan mayat/Mengelakkan daripada reput dan busuk) menitis-nitis daripada tangan ku. Aku menoleh ke belakang dengan muka sedikit pucat, Doktor P.Ramlee dengan senyuman lebarnya memandang tepat pada ku. "Bukan bekas tu" katanya. "Bekas yang disana tu, dalam tu semua penuh dengan specimen tangan dan kaki" Ya allah.. Baru nak cakap, bentak ku dalam hati. 



Aku terus melangkah ke bekas yang ditunjuk, aku menjenguk ke dalam bekas itu, sama jugak keruhnya. Baru aku nak mula menyeluk kedalam bekas keruh itu, bush.. Tangan Abang Rusli pantas meyeluk kedalam bekas air. Bila masa dia sampai di sisi aku pun aku tak pasti. Tangannya meraba-raba sekejap hingga ke pangkal siku dan bushhh. Tanganya keluar kembali dari bekas dengan satu objek bulat berwarna kebiru-biruan. "Haa.. Itulah organ yang saya nak.." ujar Doktor P.Ramlee dari belakang kami. "Ambil lagi" ujarnya. Aku pun dengan pantas menyeluk dan meraba-raba didalam bekas. Kali ini jari-jemariku dapat merasakan objek bulat dan licin. Tarus aku pegang dan angkat keluar, jantung manusia dewasa yang basah dan lembik dengan berwarna kebiru-biruan. Terus aku ambil dan letakkan di atas troli besi yang ada di dalam bilik itu. 

"Ok dah cukup. hantar terus ke Dewan Diseksi tadi" dia terus memberi arahan. Kami terus membawa organ-organ tadi dan meletakkan di meja-meja besi. Dalam masa yang sama terdapat petugas-petugas makmal membawa tulang-tulang panjang manusia (Humerus dan Femur) dan diletakkan bersama-sama organ yang kami ambil tadi. Kelas kami pun bermula apa bila pelatih-pelatih lain masuk kedalam Dewan Diseksi. Aku terus menumpukan perhatikan pada kelas pada hari itu, tapi dalam fikiranku masih ligat memikirkan, betul ke ada tangan yang memegang lenganku tadi.. Atau mungkin perasaanku saja.                   


BERSAMBUNG...


34 comments:

  1. siapalah yang pegang agaknya kan wuuu

    ReplyDelete
  2. Upah pun tak mahu masuk ke kelas ni.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Nasib bukan akak....kalau akak mmg dh pengsan dh

      Delete
  4. Sy tak baca awal cerita jadi mcm tak faham sgt. Adkaah anda sedang melalui latihan sbg doktor? Tapi yg menarik nama doktor tu Dr P. Ramlee u alls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada part 1 & 2 kat atas tu kak..kalau free bleh baca..more to come...hehehe..ni base on true story my friend yang melalui latihan tersebut...

      Delete
  5. Scary story! But it is also interesting to learn about human body and bones. So this post also has good information sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..when i read this i can felt really scary and i'm starting imagine the situation..for your info this story base on true story friend of mine

      Delete
  6. Alamak terbaca part 3 terus. Kena baca part 1 and 2 ni sebab macam best tapi takut la jugak kalau baca sorang2. Sendiri punya imaginasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part 1 and Part 2 seram sgt sebab pengenalan...part 3 slowly masuk bahagian seram....tungguuu..kak baca pun meremang

      Delete
  7. Seramnya... I'm scared to read scary stories but this story is interesting even though it's scary

    ReplyDelete
  8. Memang menarik sangat saya pasti awak bakal seorang doktor. Doktor mesti berani bajet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannnnn.....ini pengalaman sahabat saya la awak...

      Delete
  9. Suka baca kisah seram macam ni, nak-nak kisah benar. Seram juga ye kalau sentuh mayat reput, tak dapat bayangkan tugas2 pakar forensik tu hah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonde mmg suka kan...SA penakut tapi dalam takut-takut sibuk jugak nak baca

      Delete
  10. Apa nie? Rawlins suka baca citer seram and tonton movie seram tapi minta dijauhkan la dapat pengalaman real life. Uisssh. Terus meremang bulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pengalaman sahabat sis...ao .buatkan cerpen base on true story..more to come...tungguuuuuuu....

      Delete
  11. I don't think I can ever do medics or forensics. Masa sekolah dulu pun, i opted out of biology subject sebab taknak dissect frog.
    Anyway, great writing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too sbb iolls adalah manusia penakut...dulu pernah koma sebulan, hidup dalam halusinasi 2 minggu so..pengalaman tu je dh cukup scary...

      Delete
  12. Oh maiii, real life horror experience kah ni... This story reminds me of my cousin yang ambik course bedah siasat kat UMT dulu, ada kan kursus macam tue? he told me that he quit after that and ambik Chemical Engineering :P perghh serious perlu kekuatan kot utk ambik kursus macam ni.. salute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...oh yes...my friend's experienced turn to cerpen or novel...harap boleh bukukan nanti...salute to him kan...berani...kalau i..mmg x berani la...

      Delete
  13. scary hoi.. gigih saya pergi cari part 1 tadi. sebab nak tahu ceritanya dari awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. part 1 and part 2 ada dalam entry yg sama..next will be part 4...

      Delete
  14. Seramnya. Nasib baik beramai-ramai. Kalau jadi kat diri sendiri ni, malam mesti tidur tak lena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram kan..kalau SA yg kena...berhenti la..xde la nak teruskan medic tu...x sanggup..iolls penakut

      Delete
  15. Eeee ni kalau baca time memalam ni maunya terasa-rasa plak kat tangan kita oiii...
    Tapi kan SA, anak sulung Sis kan belajar medic, pernah dah banyak kali masuk bilik mayat dan tengok bermacam jenis mayat, tapi dia, lek lekkkk jeee... sebab kata dia, fokus untuk study, taknak fikir bebukan hahahaha..yang kita ni punya serammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo anak sis amik.medic eh..berani erk dia..bagus la..kalau kita rasanya confirm.menangis tu and x nak teruskan..

      Delete
  16. Seramnyeee! Mcm mana bole berani ? Saya tak mampu nak jdi mcm korang.

    ReplyDelete
  17. Seram jugak...klsu dok sorang2 ni..
    Tehokaw.com

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah