Wednesday, December 30, 2020

Bukit Sikai Seri Menanti Kuala Pilah Checked!

Hi korang...

Bukan main SA kan..nak hujung- hujung tahun ni makin rajin hiking. Akiviti sihat kan...rasa puas sangat bila buat aktiviti macam ni. Berjurai- jurai peluh keluar..Aktiviti Hiking (mendaki) bukit ataupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai. Bukit ataupun gunung kini menjadi destinasi riadah yang dilakukan pelbagai peringkat umur, termasuk di kalangan orang berumur dan kanak-kanak. Kebelakangan ini kerap kita dapat melihat pelbagai aktiviti luar dilakukan oleh orang awam. Ini sedikit sebanyak memberi petanda bahawa umum telah menyedari bahawa selain menghabiskan masa ditempat kerja atau memerap dirumah, aktiviti luar menyumbang kepada gaya hidup sihat yang sering menjadi faktor penting dalam penjagaan kesihatan seorang manusia.Menjadi satu kepuasan yang tak terhingga buat SA apabila sampai ke puncak. Lepas tu korang akan addicted untuk hiking lagi. 

Last week SA hiking 2 buah bukit sekaligus dalam satu hari. Bukit Sikai kat kampung SA di Sri Menanti Kuala Pilah dan Bukit Baginda, Batu Kikir NS. Bukit Sikai takde la susah mana pun. Biasa je...tak lama pun mendaki.Tapi best bila sampai peak dihidangkan dengan udara yang sejuk, nyaman dan rasa macam kat Cameron Highland












































Tak lama lepas habiskan sedikit masa kat peak Bukit Sikai kami pun turun...teruskan perjalanan ke Bukit Baginda untuk misi seterusnya selepas misi mencari awan karpet di Bukit Sikai GAGAL. Takde langsung awan kapet cuma lebih banyak kabus. Maybe sebab awal pagi kan...kebetulan baru hujan.

Next entry SA akan citer bab Bukit Baginda plak. Kat sini SA mengalami mental blocked. teruk betul masa ni....sabar jer la...kena lebih banyak work out lepas ni....

See ya next entry....

8 comments:

  1. ada geng hiking sronokla....bila dpt smp puncak tu dpt tgk view yg cantik

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Best la along dapat hiking.
    Jeles tengok gambar2 atas bukit.

    ReplyDelete
  4. background berkabus buat nampak dreamy aje semua gambar...macam di kayangan gituuu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......