Friday, December 25, 2020

Bukit Batu Sawa - Last Part

Hi korang...

Selamat becuti, hari ni merupakan public holiday sempena Christmas. Kalau korang keluar jangan lupa jaga SOP. Berhati- hati ye..gelombang Covid 19 sekarang makin melampau especially di area Selangor. Kes naik mendadak kan. 

So hari ni SA nak habiskan entry tentang hiking Bukit Batu Sawa. Entry kali ni part turun plak. Nak turun tak ambil banyak masa. Kalau tak salah dalam 20-30 minit sahaja. Nak naik bukan main amik masa yang lama. Nak turun bukan main sekejap jer..the best part is SA tergelincir sekali dan jatuh...adoiii sakit montot...hahaha..tak pernah tak jatuh la SA ni...asyik la jatuh.



Masa turun memang perlu hati- hati sebab struktur tanah tu bukan semuanya tanah. Terdapat pasir dan batu jugak. Nasib disediakan tali


Keselamatan tetap perlu dijaga


Kat sini la SA jatuh...eh...sini ke atas lagi...hahaha...lupa dah


Lereng- lereng pun agak curam


Sakit punggung kak? hahaha..


Turun laju la kan...


Suka tengok akar- akar kayu...jangan sesekali potong ye...rosak keasliannya..kat mana ntah SA tengok ada orang potong akar kayu melintang...


Pokok ni tetap ada sama macam kat Gunung Berembun 2 bulan lepas


Ni macam pokok salak..siap ada buah lagi....cuma amik gambar je tak berani nak usik


menarik kan?


Cuma buah nampak pelik..kulit dia dah macam buah salak..tak tau la betul ke x


Masa nak turun tu memang ada laluan yang curam so kena jaga langkah


Kalau nampak si dia ni lalu pun jangan di pijak atau dialihkan..biar dia lalu dan jangan halang...dia pun makhluk tuhan gak kan...


Nampak?


Cantik kan akar- akar ni...tapi ntah makhluk mana pi cantas masa akar ni tapi bukan kat sini...kat gunung lain


Kami sampai semula di kawasan lalang di pencawang elektrik itu menandakan kami dah sampai ke laluan keluar...


Pose selfie dengan handphone masing- masing namanya ni


Semua sporting kan....


Kami abadikan jugak gambar kenangan di ladang getah


One more pose


jom pulang ke pangkal jalan...


pokok ni pun walau sejenis rumput atau keluarga lalang tepi semak...bunganya nampak menarik...


Cantik kan?


Akhirnya kami berjaya menakluki Bukit Batu Sawa...alhamdulillah selepas kaki gatal lama tak hiking...apapun kami masih tak puas..SA akan mendaki lagi Ahad ni . Kali ni di Bukit Sikai Kuala Pilah dan juga Bukit Baginda di Batu Kikir. Doakan SA berjaya menakluki..hajat di hati nak tengok awan karpet di Bukit Sikai...semoga misi bertemu awan karpet berjaya selepas gagal di Bukit Batu Sawa Jelebu. Banyak lagi plan hiking SA...bukan ingin menunjuk gagah berani tapi lebih kepada melaksanakan aktiviti sihat. Tak semua apa yang SA buat orang suka dan di tuduh menunjuk - nunjuk. Lillah hitaala SA hanya berkongsi pengalaman..Tak suka takpe..SA suka!!

Jumpa lagi di entry seterusnya....nantikan update SA eh...

Selamat bercuti..Selamat Menyambut Hari Krismas kepada yang meraikan....

Bukit Batu Sawa, Jelebu NS Checked!!!

4 comments:

  1. naik takpe, mencabar bila turun bukit kan

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah :)

    ReplyDelete
  3. Ramainya bunga RTB (rumput tahi babi)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......